Segalanya Tentang Makan..

Agar-agar Santan Pandan Sedap Dan Senang Nak Buat! Makan Sejuk-Sejuk Serius Marvellous!

0 6,649

Agar-agar ni kalau dapat makan time sejuk-sejuk, fuhh sangat menyegarkan. Kadang-kadang boleh leka makan habis semangkuk sambil menonton tv. Apa-apa perasa pun dah sedap kat tekak ni. Apatah lagi kalau dapat makan agar-agar santan pandan yang rasa lemak-lemak dan wangi!

Buat pula tebal-tebal seloyang, memang nikmat betul untuk dijamah sekeluarga. Kalau sesekali terasa kat tekak tu nak makan pemanis mulut yang segar, buatlah agar-agar ni. Sebab agar-agar ni antara yang paling senang nak disediakan.

Sebelum ni, kita selalu tengok orang buat agar-agar santan gula melaka kan. Tapi kombinasi agar-agar santan dengan perasa pandan ni pun tak kurang juga sedapnya. Memang terasa wangi-wangi berlemak.

Boleh dijadikan hidangan pemanis mulut yang simple tapi sedap! Kalau buat untuk buka puasa memang puas. Malah agar-agar ni juga sesuai kalau nak dihidangkan buat tetamu.

Bagi yang nak cuba, jom follow resepi yang dikongsikan oleh Jueliner Winnie ni. Sangat simple, mudah dan yang penting nampak menyelerakan. Jarang tak jadi kalau ikut resepi ni.

 

RESEPI AGAR-AGAR SANTAN PANDAN

Selain agar-agar santan perisa pandan dan gula melaka, ada juga orang buat perasa lain seperti sirap, jagung, keladi dan kelapa muda. Macam-macam perisa sebenarnya boleh dibuat bergantung pada selera anda. Boleh gantikan je perasa pandan tu dengan perasa yang anda inginkan.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Agar-agar tali sebungkus
  • Daun pandan 4-5 helai yang dikisar dengan air 150 ml
  • 1 biji telur
  • 1 kotak santan
  • Perasa pandan 1 penutup (tak letak pun tak apa sebab dah ada daun pandan, tapi kalau warna tak cukup pekat, boleh masukkannya)
  • Gula kasar (kuantiti ikut citarasa)
  • Mug penyukat (mudah untuk ukur sukatan air)

Cara buat agar-agar santan pandan:

▶️ Panaskan periuk. Kemudian masukkan agar-agar tali dan 1400ml air ke dalamnya.

▶️ Kacau sehingga agar-agar larut dan hancur.

▶️ Seterusnya masukkan secawan gula. Dalam pada tu boleh rasa. Kalau tak cukup manis, ikut berapa banyak nak letak lagi sehingga dapat rasa manis yang anda nak.

▶️ Kacau sehingga gula hancur.

▶️ Selepas agar-agar dan gula hancur sepenuhnya, masukkan air daun pandan yang telah dikisar.

▶️ Kacau sebati dalam 5 minit. Kalau nampak air pandan tu dah cukup pekat, tak perlu tambahkan pewarna lagi. Lagipun air daun pandan tu dah cukup wangi.

▶️ Dalam mangkuk lain, pecahkan telur dan masukkan santan ke dalamnya.

▶️ Kemudian baru masukkan ke dalam periuk dan kacau perlahan-lahan dengan api yang kecil.

▶️ Dalam 5-10 minit agak-agak dah masak boleh padamkan api.

▶️ Tuangkan dalam bekas atau loyang.

▶️ Tunggu sejuk sekejap, kemudian masukkan dalam peti ais.

▶️ Dah sejuk bolehlah potong dan dihidangkan!

 

BACA JUGA: Cara Buat Acar Ikan Bilis Campur Dengan Ikan Masin Kurau! Memang Sedap Dan Padu Rasa Dia!

 

Dalam banyak-banyak agar-agar santan, yang perasa pandan ni antara yang buatkan orang tertarik. Warnanya cantik buatkan kita melting dan rasanya pun sedap.

Kalau nak ikutkan, buat seloyang tak cukup. Sekali buat tu eloklah buat sekali banyak. Biarkan dalam peti sejuk yang siap dipotong kecil-kecil. Bila nak makan terus ambil je. Kalau dibiarkan dalam peti sejuk lagi lama, lagi sedap dan nikmat!

Nanti jangan lupa mencubanya. Boleh jadi dessert untuk anak-anak. Cara buat dan bahannya pun simple je. Rugi kalau tak buat. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.