Shout out to all chocolate lovers! Ni salah satu resepi brownies cookies versi mudah dan sedap yang anda boleh buat untuk jadikan snek kudapan santai. Mahu habis sebalang untuk sehari je ni. Sedap sangat dengan rasa coklatnya yang pekat dan crunchy bila digigit.
Mengikut perkongsian dari Mazliana Mazlan ni, anda boleh ikut resepi ni tanpa ragu-ragu sebab hasilnya sedap dan terus jadi kegilaan lepas mencubanya. Stepnya senang, dan nak buat bancuhan dan bakar biskut tak ambil masa yang lama pun.
Walaupun resepi mudah, tapi rasanya tetap padu dan sedap dek rasa coklat dan teksturnya yang rangup. Rangup-rangupnya pun, isi dalam cookies ada rasa ‘chewy’ sedikit. Itu yang buatkan sangat nikmat bila digigit.
Untuk resepi Mazliana Mazlan ni, beliau gunakan Thermomix sebab resepi cookies ni ada proses double boil. Mudah ada alat ni sebab double boil dalam 1 bowl je. Tambah lagi senang untuk timbang dan mix kan bahan.
Bagi yang tak ada Thermomix, boleh buat teknik double boil guna periuk biasa je dan bancuhan pula buat gunakan mixer. Ikut step yang sama walaupun bancuhannya guna teknik yang berbeza.
RESEPI BROWNIES COOKIES
Pemilihan coklat pun penting juga untuk rasa yang lebih sedap. Biasanya yang sedap ialah coklat Beryl’s dark choc coin. Ikut anda nak gunakan coklat coin mana yang disukai.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Dark chocolate coin 220 gram
- Butter 30 gram
- Telur 2 biji
- Gula 130 gram (boleh kurangkan sikit kalau nak kurang manis)
- Tepung 35 gram
- Vanilla extract ½ sudu kecil
- Baking powder ¼ sudu kecil
Cara buat brownies cookies:
▶️ Mula-mula masukkan dark chocolate coin ke dalam thermomix. Dan gunakan minimum 70%.
▶️ Kemudian masukkan pula butter.
▶️ Masak dan cairkannya dengan teknik double boil. Bagi yang guna thermomix, buat 5 minit dengan suhu 50’c reverse spoon.
▶️ Lepas dah double boil, kepekatannya akan jadi seperti dalam gambar di atas.
▶️ Selepas tu masukkan telur ke dalam mixer. Bagi yang guna thermomix, keluarkan coklat yang dah double boil tadi dan ketepikan. Gunakan bowl yang sama tadi untuk masukkan telur.
▶️ Masukkan gula. Pemilik resepi ni gunakan organic raw cane sugar. Tapi boleh je kalau gunakan gula biasa.
▶️ Selepas tu masukkan vanilla extract.
▶️ Bagi yang gunakan mixer, pukulkan bahan ni dalam masa 5 minit dengan kelajuan sederhana sambil masukkan coklat.
▶️ Manakala bagi yang gunakan thermomix, masukkan butterfly whisk dan pukul 3 minit dengan kelajuan 4. Kemudian tambah lagi 1 minit 30 saat lagi dengan kelajuan 2 sambil masukkan coklat tadi.
▶️ Dah siap sebatikan, masukkan tepung gandum dan baking powder.
▶️ Kemudian kacau dengan spatula sehingga betul-betul sebati. Bagi yang nak pakai mixer, mixer dengan kelajuan perlahan.
▶️ Sediakan loyang pembakar dan siapkan alas baking paper.
▶️ Ceduk dengan sudu bancuhan tadi dan letakkan atas baking paper. Jangan risau kalau lihat adunan agak cair. Memang begitu teksturnya.
▶️ Kemudian bakar dalam oven sehingga masak kedut-kedut.
▶️ Dah siap!
BACA JUGA: Macaroni Goreng Tepung Rangup. Tak Sangka Dengan Makaroni Boleh Buat Snek Kudapan Yang Sangat Sedap!
Sedapnya tengok brownies cookies ni bila lihat rupanya selepas dah siap. Biskutnya yang membentuk leper sikit buatkan lebih crunchy dan sedap digigit.
Yang lagi menggoda tu bila dapat bau coklat cookies yang baru je lepas dibakar. Semerbak harum bau wangi coklat satu rumah. Memang sesuai buat makanan santai anak-anak di rumah.
Lepas ni kalau nak cuba, bolehlah buat resepi brownies cookies versi mudah dan sedap ni. Selamat mencuba!