Segalanya Tentang Makan..

Buat Sendiri Mini Choco Jar Macam Yang Dijual, Hanya 3 Bahan Je. Siap Coklat Extra Leleh.

0 4,702

Macam ni rupanya nak buat mini choco jar yang macam selalu kita beli tu. Rupanya senang je. Hanya guna 3 bahan. Kali ni boleh buat coklat lelehnya lebih ikut selera yang kita nak. Kalau tak tu, rasa tak puas makan kalau coklat lelehnya sikit, kering atau tak kuat rasa coklat.

Bila buat sendiri ni dapatlah gunakan coklat yang kualiti tinggi sikit, dan beli coklat kegemaran kita. Makan pun puas, dan mungkin lebih jimat sebab boleh buat berbalang-balang. Kalau yang dijual tu kadang-kadang yang bekas kecil je cicah sampai RM13-15 satu jar.

Kadang-kadang kalau perasan mini choco jar yang dijual ni bila nak makan keesokannya tu, coklat jadi kering, keras atau seakan-akan hilang. Habis kesemuanya meresap.

Sebenarnya tips untuk kekalkan coklat yang cair dan leleh tu ialah dengan lebihkan minyak. Gunakan apa-apa minyak sayuran terutama minyak canola supaya nanti anda makan coklatnya tak cepat muak.

Tak perlu panjangkan cerita lagi, jom kita lihat cara membuatnya seperti yang dikongsikan oleh Nur Faizah ni. Beliau pun dah lama jual choco jar yang gunakan coklat berkualiti dan sedap dinikmati.

 

BUAT SENDIRI CHOCO JAR COKLAT EXTRA LELEH

Kalau anda nak makan coklatnya betul-betul lebih cair dari yang ada di gambar, boleh bancuhkan coklatnya dengan minyak yang lebih dari resepi asal.

Keesokannya masih leleh dan tak perlu lagi rendamkan botol dengan air panas. Hanya kacaukan coklat supaya sebati dan terus makan.

Bahan-bahannya:
  • Mini coco crunch 1 kilo
  • Milk chocolate Beryl’s Coin Compound 1 kilo
  • Minyak canola 400ml – 500ml atau 2-3 cup (kalau nak extra leleh, masukkan lebih dari 500ml tu)

Cara buat mini choco jar coklat extra leleh:

▶️ Masukkan chocolate Beryl’s dalam periuk dan cairkannya atas dapur.

▶️ Gunakan kaedah double boil dengan suhu rendah sederhana atau api yang kecil.

▶️ Pastikan coklat betul-betul mencair.

▶️ Bila dah cair, masukkan minyak canola sambil mengacaunya. Boleh je gunakan apa-apa brand minyak sayur. Tapi minyak canola ni tak cepat muak walau dimasukkan banyak.

▶️ Biarkan coklat sejuk sekejap.

▶️ Dah sejuk, tuangkan coklat ke dalam jar yang dah siap isi mini coco crunch.

▶️ Kalau nak makan terus, masukkan coco crunch dalam mangkuk dan sendukkan coklat leleh ni. Gaul sebati dan terus makan.

▶️ Kalau masukkan dalam bekas/jar, terbalikkan botol supaya coklat tergaul sebati dengan coco crunch.

▶️ Dah siap. Bolehlah makan.

 

BACA JUGA: Resepi Corn Flakes Coklat Rangup Dan Sedap Tak Terkata. Sehari Je Habis Licin!

 

Buat sekali banyak lagi untung. Buat siap-siap untuk anak-anak. Boleh mereka makan satu botol seorang tanpa berebut.

Memang terliur melihatnya. Selain gunakan mini coco crunch, ada juga jenis choco jar yang dijual gunakan bubble rice. Yang ini pun boleh dikatakan favorite juga.

Bila buat sendiri mini choco jar ni, bolehlah anda buat 2 versi sekaligus. Satu jenis gunakan coco crunch, dan satu lagi gunakan bubble rice. Barulah puas menikmatinya. Jangan lupa cuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.