Segalanya Tentang Makan..

Butir Nangka Pisang Berlemak-Lemak! Sedapnya Makan Dengan Pisang Manis. Jom Buat Minum Petang.

0 841

Mudah je kalau nak buat juadah minum petang yang sedap dan kena dengan selera. Siapa sini yang suka pemanis mulut yang manis berlemak, boleh buat butir nangka pisang ni. Ada pisang manis yang masak atau ranum, simpan siap-siap 2-3 biji untuk campur dalam butir nangka.

Butir nangka ni sebenarnya adunan tepung pulut yang digentelkan menjadi bentuk macam biji buah nangka. Selalu nampak orang buat bewarna warni sebab nak nampak cantik lagi. Kalau dulu-dulu dah siap gentel adunan tepung terus masukkan je dalam periuk tanpa letakkan pewarna pun.

Ikut suka anda nak buat macam mana. Ada warna warni ni nampak menarik sikit terutama nak bagi anak-anak makan. Cara buat butir nangka pisang ni mudah je. Dan bahan-bahannya pun sangat ringkas.

Tapi rasa cukup sedap, manis dan berlemak. Puas hati gigit butir nangka yang lembut kenyal tu sambil hirup kuah santannya yang lemak manis. Dah la rupa dan warna cantik kejadiannya, rasa pun sedap.

Bolehlah buat seperiuk besar hulur sekali pada jiran-jiran. Bahan ringkas je kalau nak buat sekali banyak. Jom lihat perkongsian resepi dari Yat Muhamad ni.

 

RESEPI BUTIR NANGKA PISANG

Untuk rasa manis boleh masukkan gula pasir dalam kuah santan. Tapi kalau anda nak warna kuah santan gelap-gelap sikit boleh masukkan gula merah. Ikut citarasa anda.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 250 gram tepung pulut
  • 1 cawan air garam + gula
  • Pewarna makanan
  • Santan kara
  • Daun pandan
  • Gula pasir
  • Garam
  • Pisang masak 2 biji ikut saiz (sama ada pisang emas, pisang tanduk atau apa sahaja yang anda suka)
  • Gula melaka (optional – kalau nak warna gelap sikit)
Cara buat butir nangka pisang:

▶️ Masukkan tepung pulut dalam besen atau mangkuk besar.

▶️ Tuangkan sikit demi sikit air garam+gula ke dalamnya sambil uli-uli tepung.

▶️ Kalau adunan keras boleh tambahkan sikit lagi air. Kalau terlampau lembik boleh masukkan tepung. Pandai-pandai adjust.

▶️ Uli sampai adunan tak melekat di tangan.

▶️ Kemudian bahagikan adunan kepada 3 bahagian.

▶️ Letakkan apa-apa pewarna yang anda suka.

▶️ Bentukkan doh menjadi macam ni. Buat colorful lebih cantik.

▶️ Didihkan air dalam periuk dan masukkan kesemua butir nangka.

▶️ Lepas dah terapung, angkat dan toskan.

▶️ Rendamkan sekejap dalam air sejuk untuk bagi butir nangka tak melekat sesame sendiri. Tapi kalau anda tak kisah melekat, tak perlu rendam.

▶️ Dalam kuali/periuk, masukkan sikit air dan panaskan bersama dengan gula/gula merah dan juga daun pandan yang disimpul.

▶️ Kacau sehingga gula mencair.

▶️ Kemudian masukkan santan. Kacau lagi.

▶️ Masukkan butir nangka tadi dan juga pisang yang telah dihiris.

▶️ Perasakan dengan garam sikit untuk tambah lagi lemak.

 

BACA JUGA: Resepi Kuih Lopes Lembut Dan Sedap. Hidangkan Sekali Dengan Kuah Gula Melakan Dan Santan!

 

▶️ Masak sampai mendidih, boleh padamkan api.

▶️ Sedia untuk dihidang.

Kalau pening nak buat apa untuk minum petang, buat je butir nangka ni. Sangat mudah dan cepat kan? Bab menggentel tu pun mudah sangat tak ambil masa yang lama pun.

Ajak anak-anak gentel sekali pasti mereka suka. Kalau buat sekali confirm repeat lagi sebab sedap. Tak puas hati kalau makan sekali je.

Kalau tak ada pewarna pun menjadi juga butir nangka pisang anda. Yang penting berasa lemak dan manis kuahnya. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.