Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Biskut Coklat Chips Sedap Rangup Macam Famous Amos. Confirm Jadi.

0 9,659

Kalau lalu kat kedai Famous Amos, bau biskut ni memang tak nak kalah. Betul-betul menggoda keimanan kan. Dulu ada orang kongsikan cara buat biskut coklat chips sedap dan rangup macam Famous Amos ni. Dan viral sebab resepinya memang menjadi.

Jadi jom saya kongsikan semula resepi biskut ni kali ni dari Ikaa Rejab pula yang tunjukkan cara membuatnya step by step. Mudah je rupanya. Buat satu adunan boleh dapat 2 jenis ramuan biskut. Dah alang-alang duduk rumah je tu, apa kata jom cuba.

Bila dapat buat lebih 1 jenis biskut ni memang seronok. Bolehlah melayan tekak yang suka kepelbagaian. Dalam resepi ni akan bahagikan kepada 2 bahagian. 1 adunan akan campurkan coklat dan coffee chips. Dan 1 lagi adunan akan campurkan callebaut choc powder dan callebaut choc.

Katanya bila dah jadi biskut, yang letakkan callebaut powder tu lebih sedap sebab rasa dia lagi padu bila guna pure cocoa. Boleh rasa tahap biskut premium. Tapi kalau guna coklat biasa pun dah cukup sedap.

Namun boleh je cuba buat dua-dua jenis ramuan. Kadang-kadang lain tekak lain pula citarasa. Yang pasti kedua-dua ni memang sedap dan wangi lepas dibakar.

 

BISKUT COKLAT CHIPS SEDAP DAN RANGUP MACAM FAMOUS AMOS

Nak dapatkan biskut yang rangup ni tips dia perlu masukkan dulu adunan ke dalam peti sejuk sebelum dibakar. Dari dulu memang petua ni diguna pakai. Biasanya kalau tak masukkan dalam peti sejuk, lepas je bakar biskut akan terlebih kembang dan tak rangup.

Bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan A:
  • Butter 250 gram
  • Brown sugar 1 cup
  • Esen vanilla 1 sudu teh
  • Telur 1 biji
Bahan B:
  • Tepung gandum 2 ½ cawan
  • Tepung jagung ½ cawan
  • Soda bikarbonat 1 sudu teh
  • Baking powder 1 sudu teh
  • Minyak 5 sudu besar
Cara buat biskut coklat chips macam Famous Amos:

▶️ Sediakan 1 bekas, dan satukan kesemua bahan A.

▶️ Kemudian gaul manja sehingga sebati.

▶️ Lepas tu masukkan pula kesemua bahan B sikit demi sikit.

▶️ Dan terus gaulkan je. Jangan gunakan mixer pula.

▶️ Kalau adunan terlampau lembik, boleh adjust dengan menambahkan tepung.

▶️ Pastikan adunan mesti macam dalam gambar.

▶️ Lepas dah sebati, asingkannya kepada 2 bahagian.

▶️ 1 bahagian masukkan choc chip dan coffee chip. Dan 1 lagi adunan masukkan callebaut choc powder dan callebaut choc too.

▶️ Gaulkan ramuan masing-masing sehingga sebati.

▶️ Kemudian masukkan kedua-duanya dalam peti sejuk selama 1 jam. Sebenarnya lagi lama lagi bagus.

▶️ Bila nak bakar, keluarkan ramuan yang nak dibakar je dulu, lepas tu kalau berbaki simpan semula dalam peti sejuk.

▶️ Scoop kan adunan dan letak atas baking paper atas loyang.

▶️ Panaskan oven siap-siap sebelum tu.

▶️ Dan bakar pada suhu 170’c selama 20 minit.

▶️ Dah siap!

 

BACA JUGA: Biskut Peanut Butter Coklat Chip Tanpa Tepung. Biskut Raya Paling Senang!

 

Fuuhh, lepas je bakar memang boleh bau semerbak wangi biskut ni satu rumah. Yang gilakan biskut coklat ni pasti tak menyempat nak sambar lepas je dibakar, terutama anak-anak.

Eloklah buat banyak adunan dan jenis biskut. Nanti simpan dalam bekas kedap udara. Bila craving biskut coklat yang manis-manis, boleh terus ngap masuk mulut je.

Lepas tengok resepi ni, terus rasa tak sabar nak cuba kan? Jangan lepas peluang cuba buat sendiri biskut coklat chips ala Famous Amos ni. Nanti taulah macam mana rasa nikmatnya. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.