Tak sangka pemanis mulut yang simple dan sikit je bahannya boleh hasilkan hidangan dessert yang super sedap dan berlemak krim. Anda pernah nampak orang buat filipino fruit cocktail yang simple ni tak? Serius kalau tak pernah makan anda wajib cuba.
Kadang-kadang ada yang ingat ianya puding cocktail. Tapi sebenarnya bukanlah kategori puding sebab ia dalam bentuk kuah. Cuma kuahnya pekat. Bila sekali masuk mulut, terasa enaknya bila makan buah cocktail sambil dihirup sekali dengan kuah manis dan lemak berkrim.
Kalau nak rasa lebih sedap dan segar, selain buah cocktail tu, boleh juga masukkan nata de coco dan juga buah segar yang sebenar. Tak kiralah buah apa sekali pun, bila dicampurkan rasanya akan lebih padu!
Lepas tu simpankan dalam peti sejuk sebelum dijamu. Bertambah berganda sedapnya. Kalau nak buat hidangan pencuci mulut untuk tetamu memang sesuai sangat buat dessert ni sebab ianya enak dan nampak mewah.
Sebenarnya ada banyak variasi resepi yang diolah untuk filipino fruit cocktail ni. Untuk kali ni jom lihat resepi yang dikongsikan oleh Syuhada Che Din ni. Mudah je. Hanya perlukan 3 bahan. Gaul-gaul dah siap!
FILIPINO FRUIT COCKTAIL
Untuk rasa manis pencuci mulut ni, anda boleh adjust tahap kemanisan yang anda suka. Semua bergantung pada susu yang dimasukkan. Dalam hidangan ni tak ada campurkan apa-apa air. Sebab tu kuahnya pekat.
Bahan-bahannya hanyalah:
- Mix fruit cocktail
- Whipping cream
- Susu pekat
- *Boleh tambahkan nata de coco atau buah-buah segar yang lain ikut suka. Biasanya boleh campurkan tembikai, pisang, anggur, epal, buah naga dan sebagainya
Cara buat filipino fruit cocktail simple:
▶️ Sediakan bekas yang sesuai.
▶️ Dan masukkan mix fruit cocktail tanpa ambil airnya.
▶️ Masukkan susu pekat (tak kira apa jenama susu).
▶️ Adjust susu ikut tahap manis anda suka dan berapa banyak kuah yang dibuat. Untuk resepi ni masukkan 1 sudu besar susu.
▶️ Kemudian tuangkan whipping cream.
▶️ Gaul sekata whipping cream dan susu. Lepas tu masukkan dalam peti sejuk.
▶️ Dah siap!
BACA JUGA: Cara Buat Aiskrim Vanilla Homemade 3 Layers Sedap Gunakan 5 Bahan Ringkas Je!
Sebelum dijamah, kacau semula kuah supaya lebih sebati. Memang sedap bila manis buah dan cocktail disebatikan dalam kuah lemak berkrim ni. Sebenarnya nak buat filipino fruit cocktail ni ikut kreativiti juga.
Ada yang masukkan lagi pelbagai buah cocktail yang beri pelbagai lagi rasa contohnya laici tin temasuk sekali kuahnya. Jadi rasa kuah akan lebih sedap berganda dan cair sedikit dari biasa. Selain tu, ada juga yang suka kesegaran dari air batu dengan campurkannya sekali sebelum dijamah.
Memang dessert sebegini boleh diolah ikut citarasa sendiri. Resepi filipino fruit cocktail yang dikongsikan ni antara yang paling simple anda boleh buat. Jadi, boleh ikut citarasa anda. Selamat mencuba.