https://grandhusky.com/

giok77

https://wildcatsportswearchico.com/

giok77

nexus slot

Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Hidangan Salad Buah Paling Senang, Tapi Sedap Dan Segar Berlemak.

0 14,668

Buah-buahan ni kalau makan macam tu je cepat muak. Tak syok pula kalau gigit-gigit macam tu je. Kalau buat hidangan salad buah yang ada macam-macam rasa mesti lagi sedap. Makan pula waktu sejuk lepas keluar dari peti sejuk, memang segar dan nyaman.

Tak ada benda nak kunyah-kunyah masa menonton tv tu tak ada masalah. Dari makan jajan, atau benda-benda manis, baik makan salad buah-buahan. Boleh campurkan apa jenis buah yang disukai, lepas tu gaulkan dengan bahan tambahan yang menyedapkannya.

Tak payah susah-susah. Campurkan je dengan yogurt, susu sejat dan mayonis, bukan main sedaplah rasanya nanti. Ada rasa lemak-lemak manis. Campur pula dengan rasa masam-masam lagi.

Yogurtnya pun nanti boleh masukkan apa je jenis perisa yang anda suka. Tapi biasanya kalau buat salad buah ni gunakan yogurt plain lebih sedap lagi. Yang penting ikut citarasa apa yang anda gemari.

Perkongsian cara hidangan salad buah dari Ani Azam ni paling mudah sekali untuk diikuti. Ada disenaraikannya idea buah-buahan segar yang anda boleh masukkan.

 

HIDANGAN SALAD BUAH

Namun semuanya bergantung juga pada anda nak masukkan buah-buahan apa sahaja. Asalkan segar dan bersesuaian. Jangan pula masukkan buah-buahan yang terlampau berair. Nanti jadi lembik dan berair hidangan salad buah ni nanti.

Bahan-bahan:
  • Epal 1 biji
  • Lai 1 biji
  • Pir 1 biji
  • Oren 1 biji

*Dan apa sahaja buah anda gemari

  • Susu cair ½ tin
  • Yogurt 1 botol (130 gram)
  • 5 sudu besar mayonis

*Sukatan bahan tambahan ni bergantung pada berapa banyak buah yang dimasukkan. Jangan letak terlampau banyak sebab nanti rasa buah akan kurang segar dan lebih berair

Cara buat hidangan salad buah:

▶️ Potong dadu semua buah-buahan.

▶️ Masukkan ke dalam mangkuk.

▶️ Masukkan susu cair, yogurt dan mayonis. Gaulkan sehingga mesra.

 

BACA JUGA: Resepi Puding Aiskrim Sedap Berlemak. Hanya 6 Bahan Je. Tak Sangka Hasil Canrik Dan Menarik!

 

▶️ Lepas tu masukkan dalam bekas bertutup dan masukkan dalam peti ais.

▶️ Makan waktu dah sejuk.

Memang betul-betul sedap bila makan segar lepas je keluar dari peti sejuk. Salad buah ni sebenarnya ikut citarasa sendiri. Mengikut resepi ni, campuran buah-buahannya sepadan sangat sebab ada rasa buah yang manis dan masam.

Kalau tak ada rasa buah yang pelbagai, nanti cepat muak pula, lagi-lagi kalau semuanya buah yang rasa manis. Ada sesetengah orang tu lebih suka lagi kalau ada elemen crunchy sikit. Jadi boleh masukkan sikit kacang yang dipanggang (tak kira kacang apa) dan sedikit kismis.

Bila gigit buah terasa rangup buah. Bila gigit kacang, lain pula rasa crunchy nya. Ikutlah yang mana anda suka. Selain tu, kalau nak masukkan salad pun boleh juga. Terus padu rasa hidangan salad buah ni. Nanti bolehlah mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.