Warning: fopen(/tmp/8fa562eedeb1d761f5a21e6d3c00ca8a-gwebOG.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/8fa562eedeb1d761f5a21e6d3c00ca8a-gwebOG.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Macaron Rangup, Manis, Sedap. Tips Buat Macaron Menjadi Dan Cantik Macam Yang Dijual.

0 13,638

Macaron ni jarang kita makan kan sebab mungkin kita tak berapa biasa dengan pemanis mulut ni. Tapi kalau sekali dapat makan memang susah nak berhenti. Boleh ketagih dengan rasa manis dan rangupnya. Nak buat macaron ni ada caranya untuk dapatkan macaron yang rangup dan sedap.

Yang penting kena banyak bersabar dan ikut pantang larang untuk membikin adunan dan cara membakarnya. Tapi kalau sekali berhasil memang puas hati. Macaron ni sejenis pemanis mulut rangup tapi dalamnya sedikit lembut.

Nak buat adunannya kena tepat dari segi tekstur dan tempoh masa pembikinannnya. Agak sensitif dengan air dan permukaan bubble. Kalau kita tak ambil kira, silap-silap lepas dibakar macaron akan jadi tak cantik atau merekah.

Tapi kalau menjadi, memang berbaloi. Siap boleh dapat hasil berpuluh-puluh biji dengan sekali bancuhan adunan je. Lepas tu boleh letakkan pelbagai perasa filling di dalamnya.

Kalau anda teringin nak buat sendiri, jom ikut resepi macaron yang dikongsikan oleh Mikha’el Azhar ni. Dalam resepi ni disediakan sekali tips untuk pastikan hasil macaron menjadi.

 

RESEPI MACARON MANIS, RANGUP, SEDAP

Dalam membuat makaron ni, anda perlu tahu yang bahan utamanya ialah telur putih dan juga gula kastor yang perlu diputarkan dalam mixer sehingga meringue (bertanduk). Kena betul-betul pastikan tesktur bertanduk ya.

Sebelum mula, pastikan kelengkapan dapur kering dan tak ada unsur air yang boleh buatkan adunannya lembap.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Telur gred A 4 biji (ambil putihnya sahaja)
  • Gula kastor 130 gram
  • Serbuk almond 160 gram
  • Gula aising 280 gram
  • Pewarna (sebaiknya pakai pewarna serbuk)
  • Filling (boleh sediakan filling yang anda gemari, contohnya peanut butter, chocolate spread dan sebagainya)

Cara-cara buat macaron:

▶️ Mula-mula masukkan putih telur ke dalam mixer.

▶️ Kemudian pukul putih telur sehingga kembang dengan kelajuan paling tinggi.

▶️ Lepas tu masukkan gula kastor sikit demi sikit dalam keadaan mixer masih berputar.

▶️ Dan putarkan sehingga adunan bertanduk. Masanya lebih kurang dalam 10-15 minit.

▶️ Lepas dah bertanduk tu, padamkan mixer. Mixer tak digunakan lagi dah lepas ni.

▶️ Masukkan serbuk almond dan gula aising ke dalam adunan meringue (bertanduk) tadi.

▶️ Gaulkannya dengan kaedah kaup balik menggunakan spatula sehingga sebati.

▶️ Kemudian bahagikan adunan kepada 4 bahagian (ikut berapa banyak pewarna anda ada).

▶️ Setelah dah campurkan pewarna, gaulkan sebati.

▶️ Masukkan kesemuanya ke dalam pipping bag.

▶️ Sediakan loyang pembakar yang dah siap dialas dengan baking paper.

▶️ Untuk mudah, belakang baking paper tu anda lukis bulatan syiling 20 sen. Nanti boleh jadi panduan untuk pastikan semua size dan bentuk macaron sama dan sekata.

▶️ Jarakkan setiap bulatan macaron dalam 3cm antara satu sama lain.

▶️ Lepas tu baru picitkan adunan di atas dulang.

▶️ Setelah dah picit, rehatkan adunan atas tray selama 30 ke 45 minit sebelum bakar.

▶️ Masa ni kalau nampak ada bubble terbentuk pada adunan, cucukkan bubble tu dengan lidi atau pencungkil gigi. Dan biarkan adunan rehat.

▶️ Lagi 10 minit nak cukup 45 minit, boleh panaskan oven siap-siap dalam 10 minit dengan suhu 150’c.

▶️ Lepas tu masukkan dulang ke dalam oven dan bakar adunan selama 15 ke 20 minit dengan suhu 140-150 darjah celsius.

▶️ Dah siap je boleh keluarkan dari oven dan sejukkan dalam 10-15 minit sebelum tanggalkan dari baking paper.

▶️ Dah siap! Nanti nak makan boleh sapukan filling apa-apa sahaja yang anda suka. Nak makan macam tu je pun sedap.

▶️ Adunan ni boleh dapat 150 biji macaron. Bila cantumkan dapat 75 macaron.

Tips dan pantang larang membuat macaron:

▶️ Pastikan semua kelengkapan untuk membuat macaron dilap dan dikeringkan sepenuhnya baru guna. Tak boleh ada air walaupun setitis.

▶️ Nak putarkan putih telur sampai meringue tak perlu sekejap sangat atau terlampau lama. Yang penting bertanduk.

▶️ Gunakan pewarna serbuk sebab tak nak ada unsur-unsur air di dalam adunan nanti.

▶️ Pastikan sediakan lidi kecil atau pencungkil gigi untuk cucuk bubble yang terhasil semasa picitkannya atas tray.

▶️ Dan yang terakhir, nak buat macaron ni kena bersabar untuk dapatkan hasil yang menjadi.

 

BACA JUGA: Cara Buat Biskut Coklat Chips Sedap Rangup Macam Famous Amos. Confirm Jadi.

 

Jangan risau bila lihat banyak pantang larang nak buat macaron ni. Kalau ikut sukatan, cara membuat, dan masa yang betul-betul ditetapkan, jarang ianya tak menjadi.

Sebab itulah mungkin macaron ni selalu nampak dijual mahal. Tapi kalau buat sendiri ni berbaloi. Dapat buat sekali banyak dengan bermacam jenis perisa filling.

Bila sekali menjadi macaron yang rangup dan sedap, memang lepas ni bolehlah buat selalu untuk anak-anak untuk snek kudapan mereka. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.