Duduk rumah musim PKP ni mulalah rasa bosan kan? Apa kata jom buat snek sedap untuk hidangan anak-anak atau diri sendiri. Bila bosan-bosan je, bolehlah makan kudapan ni. Ianya dinamakan popia stik coklat. Bahan asasnya mudah je.
Gunakan coklat jenama sedap dan juga kulit popia. Kulit popia ni dah memang selalu dijadikan bahan asas snek. Tak kira disalutkan dengan apa pun contohnya cheese, selted egg dan sebagainya. Rasanya memang sedap.
Kali ni buat kombinasi kulit popia dan coklat pula. Kalau buat dalam bentuk stik lagi sedap, mudah nak makan dan anak-anak pun suka. Gorengan kulit popia yang rangup tu disalutkan dengan coklat cair Beryl’s yang tak dinafikan kesedapannya.
Perkongsian resepi popia stik coklat ni dikongsikan oleh Shai Anne Ahemed. Menurut resepi ni, ada cara untuk buat popia stik coklat yang sedap dan kekal rangup.
Kalau makan berulang-ulang pun masih sedap dengan rasa crunchy nya. Mudah je nak buat snek ni. Hanya perlukan 6 bahan ringkas je.
RESEPI POPIA STIK COKLAT
Kalau buat snek atau apa sahaja pemanis mulut, coklat compound Beryl’s ni selalu menjadi pilihan sebab rasanya lebih enak dari jenama lain. Rasa manis sedang-sedang elok dan sedap dijadikan bahan asas apa-apa makanan atau kudapan.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Kulit popia (50 keping)
- Coklat compound jenama Beryl’s (500 gram)
- Nestum original
- Butter
- Tepung gandum dan air (bancuhkan)
- Minyak masak (untuk menggoreng popia)
Cara buat popia stik coklat:
▶️ Potongkan setiap keping kulit popia kepada 4 bahagian.
▶️ Kemudian gulungkan dan letak atas dulang.
▶️ Untuk elakkan gulungannya terbuka, bancuhkan sikit tepung gandum dan air, kemudian sapu pada hujung kulit popia untuk dijadikan gam.
▶️ Panaskan minyak dalam kuali, dan gorengkan kulit popia sehingga garing atau warna keemasan.
▶️ Kemudian bancuhkan coklatnya pula.
▶️ Masukkan coklat compound Beryl’s dalam periuk dan cairkan dengan kaedah double boil dengan api yang perlahan.
▶️ Masukkan sekali butter dan biarkan cair bersama coklat. Kacau sebati.
▶️ Sejukkan seketika coklat yang dah dicairkan ni.
▶️ Dan celupkan kulit popia yang dah digoreng tadi ke dalam coklat.
▶️ Sapukan pula popia bersalut coklat ni atas taburan nestum.
▶️ Tips untuk popia sedap dan kekal rangup ialah bakarkannya dalam oven selama 5-10 minit.
BACA JUGA: Resepi Popia Pisang 3 Bahan, Rangup Dan Manis. Mudah Je! Anak-Anak Mesti Suka.
▶️ Siap bakar, boleh simpankan dalam bekas bertutup.
Nikmat sungguh kalau dapat makan kudapan yang rangup krup krap krup krap ni. Tambah lagi pula ada salutan coklat dan nestum yang manis-manis berlemak.
Bukan je anak-anak, orang dewasa pun boleh makan tanpa henti. Selain nestum, boleh juga kalau anda nak salutkan dengan bahan lain seperti coklat rice dan sebagainya. Ikut kreativiti masing-masing.
Apa lagi. Dah alang-alang jumpa resepi snek yang mudah dan sedap seperti popia stik coklat ni, jomlah ajak anak-anak buatnya bersama. Selamat mencuba!