Segalanya Tentang Makan..

Cara Mudah Buat Hidangan Cendol Sendiri. 5 Bahan Je, Boleh Makan Sampai Puas.

0 7,281

Musim-musim pkp ni duduk rumah teragak pula nak makan cendol. Nak makan di gerai cendol tak boleh dah sekarang. Terjumpa resepi buat hidangan cendol sendiri ni. Apa lagi, jom buat semangkuk dua. Dapat makan puas-puas melegakan tekak.

Cara buat hidangan cendol sendiri ni dikongsikan oleh Shida Amdok. Mudah je. Siapkan 5 benda je. Boleh suka hati nak buat cendol lebih berlemak, nak kurang manis atau nak ais lebih. Kalau rajin, sediakanlah ais yang halus-halus kepal tu, lagi bertambah sedap.

Kat kedai memang dah sedia jual cendol segera. Jangan risau, tak ada proses bancuh atau menguli tepung untuk buat cendol hijau. Tak perlu susah-susah kalau boleh pakai yang segera yang masih sedap rasanya.

Untuk santan pula, boleh sama ada nak gunakan santan kotak atau santan segar di kedai. Tapi untuk rasa yang lebih umpph, pakai santan dari kelapa parut yang dikisarkan sehingga halus. Perahkan dan tapis santannya. Tapi kalau nak cepat boleh je pakai santan kotak.

Memang puas kalau makan musim panas-panas. Boleh melegakan tekak lagi-lagi makan letak ais lebih. Jom lihat cara penyediaannya.

 

CARA BUAT HIDANGAN CENDOL SENDIRI

Cendol segera ni ada macam-macam jenama juga di kedai. Mungkin ada perbezaan sikit-sikit pada jenama yang berbeza. Anda boleh cuba jenama lain-lain kalau nak tau yang mana kena pada tekak.

Nak bertambah sedap, boleh tambahkan kacang merah, jagung, durian atau pulut macam disediakan di gerai ikut selera anda.

Bahan-bahannya:
  • Cendol segera 1.5 kilo
  • Susu sejat 1 tin
  • Santan pekat 1 tin (boleh sukat pakai tin susu sejat tadi)
  • Garam secubit
  • Gula melaka/gula merah
  • Ais

Cara sediakan hidangan cendol sendiri:

▶️ Ambil 1 tin susu sejat, kemudian tuangkan dalam mangkuk.

▶️ Sukat 1 tin santan juga gunakan tin susu sejat tadi dan campurkannya. Nisbah santan dan susu sejat ialah 1:1.

▶️ Kacaukannya dan masukkan secubit garam untuk menaikkan lagi rasa. Kacau lagi supaya sebati.

▶️ Dalam kuali, masukkan gula melaka atau gula merah dan campurkan sikit air. Larutkannya atas api sampai cair sekata.

▶️ Lepas tu tutup api dan tapiskan.

▶️ Cara hidangannya, masukkan cendol, gula melaka ikut manis yang anda suka, dan bancuhan santan tadi.

▶️ Lepas tu letak ais.

▶️ Dah siap.

 

BACA JUGA: Resepi Puding Aiskrim Sedap Berlemak. Hanya 6 Bahan Je. Tak Sangka Hasil Cantik Dan Menarik!

 

Senang je rupanya. Boleh terus ngap sampai licin. Buat untuk anak-anak pasti mereka suka. Walaupun simple tapi rasa dia memang mengancam habis.

Boleh buat kuah tu ikut citarasa sendiri tak kira nak pekat, nak cair atau nak kurang manis. Tapi sebenarnya cendol ni sedap kalau makan santannya pekat dan manis gula melaka tu manis-manis manja je.

Tak percaya, anda boleh cuba. Lepas ni bolehlah buat hidangan cendol sendiri je. Tak perlu ke gerai cendol lagi. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.