Segalanya Tentang Makan..

Pernah Makan Puding Mangga KFC? Ini Cara Nak Buat Puding Mangga Susu Ala KFC Super Nyummy!

0 1,300

Nak pergi KFC sekarang pun susah waktu musim pandemik ni. Rindu nak makan puding mangga yang lemak berkrim di sana. Jomlah buat puding mangga susu ala KFC sendiri. Dapat hilang craving kalau makannya waktu sejuk-sejuk dan segar di rumah.

Tak menahan tengok topping buah mangga yang berketul-ketul yang diletakkan atas puding tu. Tengok pun dah buat terliur. Resepi puding mangga susu ala KFC yang dikongsikan oleh Yang Ku Rodzmah ni cukup dengan rasa manis dan lemaknya.

Keenakannya tambah terasa bila dicurahkan lagi topping sunquick perisa mangga. Fuuhh, bertambah naik lagi rasa dan bau haruman mangganya. Bagi peminat dessert yang ada rasa manis-manis masam, puding ni memang sesuai dengan selera anda.

Mudah je nak buatnya. Bahan tersangatlah ringkas. Paling asasnya perlu ada agar-agar dan juga susu full cream. Gula boleh dimasukkan ikut tahap manis mana yang anda suka.

Untuk topping pula kalau nak terasa nikmat berganda, sediakanlah mangga yang cukup manis dan segar. Dan wajiblah ada sunquick perisa mangga tu.

 

RESEPI PUDING MANGGA SUSU ALA KFC

Sekiranya nak mudah untuk simpan dalam peti sejuk dan mudah juga untuk makan, sebaiknya masukkan dalam bekas dadih yang kecil-kecil tu. Lagi sedap untuk dinikmati lepas keluar dari peti sejuk nanti.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Air 1 liter
  • Agar-agar (yang 20 gram tu dibahagikan 3. Dan ambil 1 bahagian je)
  • Gula (ikut manis yang anda mahu)
  • Garam sedikit
  • Susu full cream 1 liter
Cara buat puding mangga susu ala KFC:

▶️ Masukkan air dalam periuk. Nyalakan api.

▶️ Kemudian masukkan agar-agar, gula dan garam. Kacau dan masak sampai agar-agarnya hancur.

▶️ Selepas dah hancur agar-agar, masukkan susu full cream. Kacau sebati.

▶️ Tunggu sehingga adunan meruap. Lepas tu terus padamkan api.

▶️ Tak perlu tunggu sampai air menggelegak sebab nanti susu tak cantik.

▶️ Masukkan dalam bekas dan biarkan puding membeku.

▶️ Selepas tu boleh letakkan topping.

Bahan topping:
  • Buah mangga dipotong dadu
  • Sunquick perisa mangga

Cara penyediaan topping:

▶️ Satukan je mangga dan sunquick perisa mangga tu.

▶️ Gaulkan kedua-duanya sekata. Tak perlu dimasak.

▶️ Lepas tu letakkanlah atas puding yang dah siap beku tadi.

▶️ Masukkan dalam peti sejuk, dan sedia untuk dinikmati lepas dah betul-betul sejuk.

 

BACA JUGA: Cara Buat Puding Kastard Jagung Paling Simple Sekali. Hanya 5 Bahan Mudah Je!

 

Jangan lupa ya. Puding susu dibawah tu sahaja yang membeku. Topping di atas tu dalam bentuk cecair. Jadi perlulah berhati-hati masa nak tutup dan simpankannya dalam peti sejuk.

Kalau buat stok banyak-banyak puding ni dalam peti sejuk sungguh nikmat rasanya. Berulang-ulang buka tutup peti sejuk sampailah licin.

Kalau ada anak-anak, pasti merakalah paling menggemarinya. Lepas ni kalau teragak benda manis dan sejuk, buat puding mangga susu ala KFC ni je. Cukup sedap dan melegakan tekak. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.