Segalanya Tentang Makan..

Jom Buat Churros Frozen Sendiri. Buat Macam-Macam Perisa. Nak Goreng Terus Keluarkan Dari Peti Ais!

0 12,192

Churros ni antara snek atau kudapan yang memang sedap dan digemari ramai. Dulu kurang terdedah dengan churros ni? Selalu nampak kat tv je. Sekarang dah banyak kedai roti, bakery malah gerai street food pun ada jual. Pernah tak anda terfikir nak buat churros sendiri?

Sebenarnya ada satu resepi churros frozen yang mudah je anda boleh buat. Kali ni bukan hanya buat churros biasa, siap boleh buat churros pelbagai perisa. Tak sangka nak buat adunan churros ni sebenarnya mudah je. Bahannya senang je yang biasa kita gunakan untuk buat kek atau roti.

Lepas tu tambahkan je emulco untuk apa-apa perisa yang anda gemari. Nak buat bentuk churros ni boleh gunakan nozel kuih semperit. Dah nampak bentuk seakan-akan churros.

Untuk frozenkan churros ni ada caranya juga. Mudahlah kalau anda nak buat churros untuk anak-anak. Boleh buat sekali banyak. Nak makan je, keluarkan terus dari peti sejuk dan goreng.

Rasanya masih lembut-lembut di dalam dan garing di luar lepas digoreng. Puas makan seisi keluarga. Jom lihat cara nak buatnya seperti yang dikongsikan oleh Umie Nurhayati ni.

 

CARA BUAT CHURROS FROZEN SENDIRI

Churros ni sedap dan menarik bila gorengan tu cantik dan sekata warnanya. Jangan hangus atau terlebih garing pula. Lepas tu salutkan atau tabur gula halus lepas digoreng. Boleh juga hidangkan dengan sos coklat atau apa sahaja pencicah yang anda gemari.

Bahan-bahannya:
Bahan churros:
  • 150 ml air biasa atau nak guna fresh milk pun boleh
  • Gula kastor 20 gram
  • Mentega 50 gram
  • Tepung gandum 110 gram
  • Telur 3 biji (kalau telur besar guna 2 biji je)
Bahan lain (untuk perisa):
  • Emalco red velvet 1 sudu teh
  • Emalco green tea 1 sudu teh
  • Emalco coklat 1 sudu teh

Cara buat churros:

▶️ Mula-mula masukkan air, gula dan juga mentega ke dalam periuk. Masukkan sekali emalco untuk apa-apa perisa yang anda gemari.

▶️ Nyalakan api dan masak dengan api yang sederhana sampai gula dan mentega larut dan mencair.

▶️ Lepas semua dah larut, kecilkan api. Dan masukkan tepung.

▶️ Gaulkan adunan sekata dan kacau sampai tak ada lagi tepung bergentel dan tak melekat pada kuali.

▶️ Kalau tepung bergentel lagi, lenyek-lenyekkannya.

▶️ Lepas dah sekata tu, padamkan api dan biarkan sejuk sekejap dalam 10 minit.

▶️ Kemudian masukkan telur sebiji-sebiji dan putar hingga rata menggunakan mixer.

▶️ Masukkan adunan ni ke dalam pipping bag dengan gunakan nozel semperit.

▶️ Dah boleh digoreng. Kalau nak frozenkan, asingkan yang mana nak digoreng, yang mana nak disimpan.

▶️ Cara gorengnya, panaskan minyak dalam kuali, kemudian paipkan adunan guna nozel tu terus ke dalam kuali.

▶️ Ikut saiz panjang mana anda suka. Boleh potongkan hujungnya dengan gunting untuk lebih mudah.

▶️ Goreng api kecil atau sederhana supaya masak sekata di luar dalam di dalam, dan nak pastikan warnanya cantik elok.

▶️ Dah siap boleh angkat dan toskan minyak. Sedia dihidangkan.

Cara forzenkan churros:

▶️ Untuk frozen pula, paipkan adunan atas dulang yang dah siap disapu dengan mentega supaya tak melekat.

▶️ Nak paipkan adunan rapat-rapat pun tak apa.

▶️ Lepas tu bekukan selama 20 hingga 30 minit.

▶️ Kemudian sudipkan churros ni menggunakan spatula atau pisau, dan masukkan ke dalam bekas yang kita nak.

▶️ Lapikkan dengan plastik untuk setiap tingkat/layer untuk susun churros tu.

▶️ Dah simpan semua dalam bekas, bolehlah bekukan.

Cara nak goreng churros lepas keluar dari peti ais:

▶️ Keluarkan churros dan letak atas pinggan.

▶️ Biarkan dalam 10 minit namun bergantung juga pada cuaca. Kalau hujan, 5 minit pun dah boleh menggoreng.

 

BACA JUGA: Biskut Scone Strawberi Dengan Sapuan Extra Jem. Rasanya Yang Lembut Mencair Di Mulut!

 

▶️ Panaskan minyak dalam kuali, dan goreng seperti biasa.

▶️ Dah siap!

Sedia dihidangkan dengan taburan gula halus, sos coklat atau apa-apa sahaja yang anda gemari. Memang sedap makannya dalam keadaan panas dan rangup.

Rasa lembut-lembut tepung dan garing kat luar tu buatkan nikmat untuk setiap gigitan. Bukan anak-anak je suka ni, orang dewasa pun makan sampai berulang-ulang.

Churros ni makan yang biasa tanpa masukkan emalco pun dah cukup sedap sebenarnya. Namun kalau buat pelbagai perisa tu bolehlah pelbagaikan lagi citarasa. Untung buat churros frozen sendiri ni. Boleh makan berulang kali! Jangan lupa mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.