Segalanya Tentang Makan..

Durian Crepe Sedap, Super Creamy. Puas Hati Buat Sendiri Dengan Isinya Yang Montok.

0 2,477

Musim durian ada lagi sekarang ni kan? Kalau ada durian lebih tu, jomlah buat durian crepe sedap dan super creamy ni. Letak intinya banyak-banyak, confirm puas hati. Bagi penggemar durian crepe ni tahulah macam mana rasa nikmat makannya.

Jangan rasa rugi kalau buah durian dibuat durian crepe ni. Sebab adunan yang dicampurkan dengan isi durian nanti memang sedap dengan rasa lemak creamynya. Sebab tu lebih baik buat isi tebal-tebal dan montok baru puas makan.

Makan time sejuk atau tak, kedua-duanya sedap rasanya. Durian crepe ni selalunya kita beli je kalau dah teragak sangat kan. Tapi sekarang ni kalau dah tahu cara membuatnya lagi berbaloilah buat sendiri. Resepinya ada dikongsikan oleh Azlina Ina.

Rasa pun sedap dengan isi yang tebal. Kalau beli tu kadang-kadang datangnya saiz comel atau kurang bahan isi durian. Selain intinya, apa yang buat sedap ialah kulit durian crepe tu sendiri.

Nak buatnya agak makan masa sikitlah di dapur sebab perlu buat adunan cream, adunan inti durian dan kulitnya sekali. Tapi sekali dah siap memang puas hati dan rasa berbaloi.

 

RESEPI DURIAN CREPE

Kalau ikut perkongsian resepi dari Azlina Ina ni, boleh dapat hasil 80-90 kulit durian crepe. Tapi semuanya bergantung pada saiz dan ketebalan kulit yang anda buat. Kalau nak lebih atau kurang anda boleh adjust sukatannya.

Bahan-bahan untuk kulit:
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 4 sudu besar tepung ubi kayu
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 5 sudu besar tepung hong kong (kalau tak ada boleh skip tapi biasa kulit mudah koyak dan tak licin)
  • Garam sedikit
  • 2 sudu besar gula icing
  • 3 biji kuning telur
  • 2 biji telur keseluruhan (jadi semua 5 biji telur yang digunakan)
  • 3 cawan ½ cawan susu segar
  • Sedikit esen vanilla
  • Beberapa titik pewarna kuning lemon (jangan guna pewarna kuning telur sebab tak cantik warnanya)

Cara buat kulit durian crepe:

▶️ Mula-mula ayak semua tepung dan juga bahan kering yang lain.

▶️ Masukkan dalam satu bekas bersama dengan garam, gula icing, telur dan esen vanilla. Gaulkan dengan menggunakan whisk tangan.

▶️ Lepas gaulkan boleh tapis.

▶️ Panaskan non stick pan dengan api yang sederhana. Kalau ada yang saiz kecil lagi sesuai. Kalau tak ada pun tak apa.

▶️ Sapukan sikit butter pada kuali (gunakan tisu pun boleh).

▶️ Bila kuali dah panas, angkat kuali jauh sikit dari api dan tuangkan satu senduk adunan ke dalamnya.

▶️ Lepas tu lenggangkan kuali sehingga adunan rata dan nipis serta memenuhi permukaan pan.

▶️ Kemudian letak kuali atas dapur selama 2-3 minit je. Jangan lama sebab nanti boleh hangus.

▶️ Tak perlu terbalikkan kulit ni sebab nipis. Angkat je bila dah nampak masak cantik.

▶️ Ulang sampai adunan habis.

▶️ Kalau tak nak habiskan, boleh simpan lebihan adunan dalam bekas bertutup, kemudian masukkan dalam peti ais. Nak guna balik nanti hanya biarkan sejuk hilang.

Bahan untuk inti durian (kastard durian):
  • 3 sudu besar tepung kastard (cairkan dalam sedikit air)
  • 2 sudu besar tepung ubi
  • 1 ½ cawan susu segar
  • 1 cawan gula halus
  • 300 gram isi durian

Cara penyediaan inti durian:

▶️ Masukkan kesemua bahan dalam kuali dan masak sehingga agak pekat.

▶️ Kalau anda nak buat inti frozen (bermaksud nak guna banyak kali), boleh simpan dalam peti selama 7 hari.

▶️ Tapi kalau nak buat durian crepe terus, lecek-lecekkan terus isi durian dan terus buat.

Cara buat fresh cream:

▶️ Bahan: 3 cawan vivo mix kental

▶️ Campurkannya dengan sedikit filling kastard durian tadi atau pun durian fresh.

Cara lipat atau balut durian crepe:

▶️ Pilih bahagian kulit yang kasar di dalam, dan bahagian licin di luar.

▶️ Letakkan cream secara setompok (boleh agak-agak, jangan sampai tak boleh lipat).

▶️ Letakkan isi durian atau filling durian atasnya.

▶️ Kemudian lipat ketat-ketat supaya nampak montok.

▶️ Dah siap.

 

BACA JUGA: Ada Durian Lebi, Jom Buat Bingka Durian Super Sedap Dan Lembut Ni. Mudah Je. Sukatan Cawan.

 

Untuk inti ni sebenarnya terpulang kalau anda nak buat perisa lain. Boleh juga buat perisa coklat, oreo dan sebagainya. Yang selalu dijual tu perisa kastard.

Buat dengan perisa apa pun serius sedap. Janji inti durian ni kenalah lebih sikit. Nanti kurang berasa pula.

Kalau tak nak guna terus inti, pastikan simpan dalam peti sejuk beku. Apa-apa pun selamat mencuba buat durian crepe sedap dan super creamy ni sendiri.

Leave A Reply

Your email address will not be published.