Segalanya Tentang Makan..

Buat Sekali Mesti Ketagih! Kudapan Coklat Beras 4 Bahan Je. Rangup Dan Sedap!

0 694

Duduk rumah ni bila tak dapat keluar anak-anak mulalah rindu nak makan jajan. Paling mereka suka tentulah coklat. Apa kata sekali sekala buatkan mereka kudapan coklat beras 4 bahan yang rangup dan sedap ni. Buat snek sendiri lebih puas hati.

Dapat hasil yang banyak dan boleh ulang makan kalau terasa nak mengunyah tu. Resepi kudapan coklat beras yang dikongsikan oleh Inul Daroji ni mudah je, hanya perlukan 4 bahan ringkas. Bolehlah nak buat kudapan santai-santai di rumah.

Walaupun simple tapi rasanya sedap sebab gunakan coklat dan biskut yang enak dan berkualiti. Yelah, barulah puas hati anak-anak makan kan. Ibu bapa pun dapat menumpang sama.

Kudapan ni sebenarnya teksturnya lembut, tapi sebab simpan dalam peti sejuk coklatnya nanti akan mengeras dan terbentuk. Jadi, masa bancuh tu buatlah dalam bekas yang sesuai.

Supaya nanti lepas keluarkan dari peti ais kudapan ni mudah untuk dipotong.  Sedap makan terus macam tu je coklat yang sejuk-sejuk tu.

 

RESEPI KUDAPAN COKLAT BERAS 4 BAHAN

Cuma kalau nak buat tu, buat sekali sekala kudapan coklat beras ni bolehlah. Tak digalakkan buat selalu sebab banyak bahan coklat dimasukkan. Kalau selalu makan takut memberi kesan pada gigi anak-anak pula.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Bubble rice 1 cawan (beli di kedai kek)
  • Biskut tiger
  • Coklat Beryls (dark coklat)
  • Nutella 3 sudu

Cara buat kudapan coklat beras:

▶️ Mula-mula hancurkan biskut tiger dulu.

▶️ Boleh masukkan dalam plastik dan ketuk dengan senduk kayu sampai hancur.

▶️ Masukkan bubble rice dalam mangkuk.

▶️ Campurkan dengan biskut yang telah dihancurkan tadi.

▶️ Kemudian masukkan dalam 3 sudu Nutella.

▶️ Gaulkan kesemuanya sehingga sebati.

▶️ Dalam periuk, cairkan coklat Beryls dengan kaedah double boil. Campurkan sikit butter dalam coklat tu.

▶️ Lepas dah cair, ketepikan sekejap.

▶️ Sediakan mangkuk atau bekas yang sesuai.

▶️ Cedukkan coklat Beryls yang dah cair tadi ke dalam adunan bubble rice. Letaklah cantik-cantik.

▶️ Kemudian sejukkan dalam peti sejuk.

▶️ Dah agak lama sikit tu, boleh keluarkan dan sedia untuk dipotong.

▶️ Boleh terus makan sejuk-sejuk tu.

 

BACA JUGA: Cara Buat Popia Stik Coklat. Snek Rangup Krup Krap, Dengan Salutan Coklat Dan Nestum Yang Sedap!

 

Anak-anak yang hantu coklat mesti suka kudapan ni. Bubble rice dan biskut hancur tadi tu sebenarnya lembut dan beri rasa lemak pada kudapan. Itu yang buatkan sedap. Salutkan pula dengan coklat Beryls dan Nutella.

Kedua-dua jenis coklat ni memang manis dan asli rasa coklatnya. Sebab tu kudapan ni sedap berganda. Kalau anda suka coklat putih, boleh je ubah-ubah ikut selera. Atau nak campurkan dengan Nutella pun boleh.

Bila buat kudapan macam ni sebenarnya boleh ikut kreativiti sendiri. Janji kena dengan selera tekak anak-anak. Lepas ni kalau nak cuba buat snek sendiri musim duduk rumah ni, bolehlah buat kudapan coklat beras 4 bahan ni. Jangan lupa mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.