Kalau time bulan puasa, murtabak antara menu wajib kita beli kat bazaar Ramadhan. Selalunya yang famous murtabak ayam, daging atau Maggi. Tapi pernah tak anda makan murtabak roti daging crunchy yang menggunakan roti gardenia je?
Tak perlu buat lagi dah roti yang diuli dengan tepung untuk kulitnya tu. Mudah, cepat dan yang penting sedap! Lebih baik buat sendiri je dari beli di bazaar atau kedai mamak. Jimat sikit kan? Resepi ni dikongsikan oleh pengguna Fb Haruman Luqman.
Kalau tengok lebih kurang macam sandwich inti daging. Tapi kita buat style masak dan bakar dalam oven. Roti akan rasa lebih crunchy, wangi dan enak dimakan. Kalau buat untuk anak-anak, bila makan krup krap krup krap tu pasti mereka suka.
Masa buat inti daging tu, kena rasa-rasalah supaya berasa bahan dan rempahnya. Kalau tak cukup berasa, kurang pula nanti rasa roti murtabak tu. Murtabak ni kesedapan dia bergantung pada inti yang dimasak. Tak kira inti daging atau ayam.
Lepas ni bila bulan puasa menjelang, bolehlah buat murtabak roti daging crunchy ni untuk juadah berbuka. Kalau bukan bulan puasa pun sedap dibuat sebagai santapan minum petang.
RESEPI MURTABAK ROTI DAGING CRUNCHY
Nak buat murtabak roti ni perlu ada loyang petak atau 4 segi. Sebab akan disusun roti gardenia di dalamnya nanti. Kemudian akan dibuat layer untuk roti dan intinya. Mudah je caranya.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 12 keping roti gardenia
- Isi daging cincang
- Kentang dipotong dadu
- Bawang besar dipotong dadu
- 3 ulas bawang putih
- Cili padi
- 2 sudu makan serbuk kari
- 1 sudu kecil lada hitam kasar
- Daun bawang
- Telur
- Susu cair
- Cheese/cheesedale (optional nak letak atau tak)
Cara buat murtabak roti daging crunchy:
▶️ Dalam resepi ni, pemiliknya menggunakan periuk Noxxa untuk masak inti dagingnya. Kalau anda tiada periuk Noxxa, boleh masak atas kuali seperti biasa.
▶️ Mula-mula tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
▶️ Kemudian masukkan daging dan lada hitam dan kacau sehingga sebati.
▶️ Seterusnya masukkan serbuk kari dan terus tumis sehingga pecah minyak.
▶️ Kemudian masukkan kentang dan cili padi. Kacau lagi sehingga sekata.
▶️ Lepas tu tutup periuk Noxxa dan Hp dalam 2 minit.
▶️ Lepas je siap tekan mood stir fry dan perasakan dengan garam dan pak aji. Taburkan juga daun bawang. Dah siap.
▶️ Kalau anda masak dalam kuali, boleh masak cara mereneh daging. Masukkan air sedikit dan biarkan tumis lama sikit sehingga dagingnya masak.
▶️ Jangan lupa rasa sama ada inti daging ni cukup berasa atau tak. Mana terlebih terkurang boleh adjust.
▶️ Seterusnya, dalam mangkuk lain, pecahkan telur dan tambah dalam 2 cawan susu cair. Boleh agak-agak ya.
▶️ Kemudian ambil roti yang dah siap disapu marjerin atau butter dan susunkan ke dalam loyang.
▶️ Selepas tu letakkan inti daging di atasnya dalam bentuk layer. Ratakan sehingga memenuhi ruang.
▶️ Layer seterusnya tuangkan bancuhan telur dan susu cair tadi. Kalau nak letakkan cheesedale, boleh letakkan waktu ni. Lagi bertambah sedap dan leleh nanti!
▶️ Kemudian buat lapisan atas sekali dengan roti yang sama. Dan curahkan lagi bancuhan telur. Taburkan daung bawang dan cili padi yang dah dicincang.
▶️ Kalau nak lagi sedap, boleh letakkan lagi perutan cheese pula di atasnya. Bergantung pada selera anda.
▶️ Dah siap tu boleh bakar pada suhu 220c selama 40 minit.
▶️ Dah siap. Keluarkan dari oven dan potong.
▶️ Sedia untuk dihidangkan!
BACA JUGA: Cara Buat Kek Pisang Gebu, Lembut Dan Sedap. Mudah Je Guna Sukatan Cawan.
Wahh, bayangkan kalau letakkan cheese, pasti murtabak roti daging kita lagi bertambah leleh. Sekali tengok dah berselera, kalah murtabak biasa kita makan di pasar malam atau kedai mamak.
Kalau nak buat menu bekalan anak-anak dan suami ke sekolah dan tempat kerja pun sesuai sangat. Sedap, crunchy, dan yang penting mengenyangkan.
Mana tidaknya, ada roti, telur, dan inti daging lagi. Memang marvellous! Bolehlah nanti mencubanya! Jangan lupa kongsikan resepi murtabak roti daging crunchy ni di Fb anda supaya dapat manfaatnya bersama. Selamat mencuba!