pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Puding Jagung Manis Sedap. Mudah Je. Hanya 5 Bahan. Puas Makan Sebab Tak Lembik.

0 4,873

Sebut puding teringat puding atau agar-agar yang sedap makan sejuk-sejuk dari peti ais tu. Dapat pula puding jagung yang manis dan sedap ni. Lagilah tergoda melihatnya. Kali ni istimewa sikit resepi dari Miya Aira ni.

Sebab resepi puding beliau anti lembik. Lagi nikmat makan dari puding biasa. Dah lah jagung ni memang kegemaran semua kan. Dengan rasa manisnya. Resepi puding jagung kali ni lebih sedap berlemak. Wajib simpan dalam peti sejuk barulah nikmat makan.

Bahan-bahannya cukup mudah. Hanya perlukan 5 bahan yang senang nak disediakan. Masak atas kuali sampai pekat likat, lepas tu masukkan dalam loyang untuk disejukkan.

Buat untuk anak-anak mesti mereka laju je makan puding ni. Apa yang buatkan puding ni sedap berlemak sebab masukkan santan.

Nak lebih nikmat lagi jagung tu tak perlu dikisar sampai halus. Masukkan je seketul-seketul butir jagung dalam adunan. Namun terpulanglah kalau anda suka yang lebih halus, boleh kisar.

 

RESEPI PUDING JAGUNG 5 BAHAN

Satu perkara penting kalau masak adunan puding ni dalam kuali, anda kena pastikan sentiasa kacau adunan tanpa henti. Sebab adunanya mudah hangit kalau dibiarkan tak berkacau walaupun guna api yang kecil je. Perlu berhati-hati waktu ni.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 cawan tepung kastard
  • 800 ml santan (500ml santan pekat campur dengan 300ml air biasa. Boleh pakai santan kotak atau santan asli)
  • 300 ml air (yang ni asing dari bancuhan santan tadi)
  • 1 tin jangung manis (guna brand adabi dan ambil isinya sahaja. Tak perlu ambik airnya)
  • 1 cawan gula (kalau suka manis lagi boleh lebihkan)

Cara buat puding jagung:

▶️ Masukkan tepung kastard dalam mangkuk.

▶️ Tuangkan air 300 ml.

▶️ Kacau pakai whisk atau pun senduk sampai tepung tak berketul.

▶️ Bila tepung dah tak berketul, masukkan santan. Santan ni kalau dapat santan asli lebih sedap. Tapi kalau ada santan kotak je, masih sedap guna.

▶️ Lepas tu masukkan gula pula.

▶️ Masukkan jagung manis. Habiskan 1 tin tu. Tapi jangan masukkan airnya.

▶️ Kacau adunan sehingga sebati.

▶️ Masukkan ke dalam pan dan tenggekkan atas dapur.

▶️ Buka api kecil dan masukkan sedikit garam untuk bagi rasa lemak lagi. Masukkan 1 atau ½ sudu kecil je dah memadai.

▶️ Jangan lupa SENTIASA KACAU adunan supaya tak melekat atau hangit.

▶️ Kacau sehingga jadi likat dan pekat macam ni. Kalau anda nak cantik lagi warna kuningnya, masukkan ½ sudu kecil pewarna kuning. Kalau tak nak pun tak apa.

▶️ Lepas tu tuangkan ke dalam loyang saiz 20cm. Boleh dapat 2 loyang.

▶️ Ratakan permukaan puding dengan pisau sapu jem atau sudu supaya licin. Tapi kalau kedut-kedut atau menggerutu sikit pun tak apa.

 

BACA JUGA: Kuih Lapis Coklat Pandan. Sedap Rupanya Dari Kuih Lapis Biasa. Manis Dan Lembut.

 

▶️ Biarkan sejuk sekejap di luar, lepas tu baru masukkan dalam peti ais selama 1 jam.

▶️ Dah siap, sedia untuk dipotong.

Fuhh, tengok pun dah tergoda kan. Ni belum rasa lagi ni. Cukup rasa lemak manisnya. Buat makan santai-santai memang sedap, lagi-lagi dalam cuaca panas.

Nak buat makan sendiri boleh makan puas-puas. Nak buat untuk tetamu pun boleh sebab mudah dan sekejap je siap. Yang penting bahan simple dan modal pun murah.

Puding jagung yang manis sedap dan anti lembik ni serius lebih padu dari puding biasa. Rugi kalau anda tak cuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.