Segalanya Tentang Makan..

Puding Roti Perisa Coklat Terlajak Sedap. Dengan Sos Lemak Berkrim. Sekali Makan Confirm Repeat!

0 483

Kalau tengok puding roti ni, memang tergoda dibuatnya. Lagi-lagi puding roti dari perisa coklat yang memang jadi kegemaran semua. Lagi tak tahan bila lihat sos leleh lemak berkrimnya tu. Kalau buat semangkuk besar belum tentu cukup ni.

Dah alang-alang terjumpa resepi puding roti perisa coklat terlajak sedap ni, lebih baik simpan untuk dibuat nanti! Hidangkan untuk anak-anak atau tetamu. Sekali makan memang buatkan orang terkenang-kenang akan rasanya.

Puding roti ni menggunakan roti gardenia coklat kismis dan juga susu coklat segar farm fresh yang memang tak dinafikan kesedapannya. Kuahnya pula ialah sos kastard yang manis, berlemak dan creamy.

Memang best kalau buat sebagai pemanis mulut di hujung minggu. Kalau anda nak cuba, jom ikut perkongsian resepi dari Munirah Jasamai ni. Cara penyediaannya mudah je.

Boleh buatkan untuk hidangan santai anak-anak. Yang penting ialah sos kastardnya tu. Perlu cukup berasa manis dan berkrimnya. Nak makan panas-panas atau sejuk, kedua-duanya sedap dan menyelerakan.

 

RESEPI PUDING ROTI PERISA COKLAT

Sebenarnya kalau nak gunakan roti atau susu lain pun boleh juga. Ikut mana selera anda. Kadang-kadang ada juga yang lebih suka roti atau susu jenama lain kan. Yang penting kena pada tekak masing-masing.

Bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan untuk puding roti:
  • Roti coklat kismis 1 bungkus
  • Susu coklat 2 kotak
  • Telur 2 biji

Bahan untuk sos kastard:
  • Susu cair 1 tin
  • Air 1 tin (guna tin susu)
  • Tepung jagung ½ sudu
  • Tepung kastard 1 sudu
  • Gula 5 sudu

 

Cara penyediaan puding roti:

▶️ Mula-mula sediakan dulang atau loyang yang dilapik dengan kertas penaik.

▶️ Kemudian masukkan roti dan penyekkan ke dalam dulang.

▶️ Pukul 2 biji telur yang dicampur dengan susu coklat sehingga sebati.

▶️ Kemudian tuangkannya ke atas roti dan biarkan roti terendam dan kembang seketika.

▶️ Sebelum tu panaskan oven dulu, dan bakar roti pada suhu 180’c selama 10 minit.

▶️ Dah siap bakar, keluarkan. Dan sejukkan dalam peti sejuk.

▶️ Kemudian buat sos kastardnya pula.

 

Cara buat sos kastard:

▶️ Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan tenggekkan atas dapur.

▶️ Sentiasa kacau dengan api yang perlahan sehingga kuahnya pekat dan kental.

▶️ Dah masak, boleh padamkan api.

▶️ Kemudian sejukkan dalam peti ais.

▶️ Hidangkan puding roti dan sos kastard bersama.

 

BACA JUGA: Resepi Lasagna Menggunakan Roti. Step By Step Yang Mudah Tapi Rasa Sedap Ya Amat.

 

Cara hidangannya, potong puding roti dan letakkan atas piring. Tuangkan kuah sos kastard atas roti. Dan boleh terus nikmatinya.

Mudah je kan buat puding roti coklat sos kastard ni. Orang kata rasanya seperti puding roti kayangan. Sebab sedap, dan sosnya menaikkan lagi selera. Sesuai sangat kalau nak buat hidangan pemanis mulut untuk keluarga dan tetamu.

Bahan dan cara penyediaannya pun simple dan senang je sebenarnya. Jangan lupa ‘share’ kan resepi ni di wall Fb anda. Supaya nanti bila nak buat mudah untuk anda carinya semula. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.