https://grandhusky.com/

giok77

https://wildcatsportswearchico.com/

giok77

nexus slot

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Biskut Buah Kana Sedap Dan Mudah Untuk Dibuat! Antara Biskut Legend Dulu-Dulu!

0 2,402

Kalau nampak je biskut ni terus menggamit zaman kanak-kanak dulu kan. Siapa kat sini favorite dia biskut kana ni? Time raya je wajib ada sebagai salah satu hidangan kuih raya. Cuma sekarang ni dah jarang nampak orang buat. Jangan risau, ada resepi biskut buah kana sedap dan mudah kita boleh buat!

Geram pula tengok orang kongsikan resepi ni. Biskut buah kana ni rasanya lemak-lemak manis. Kalau dulu tengok orang lama buat mudah je dengan menggunakan bahan yang ringkas. Jadi, sekarang ni bila dah pandai ke dapur, bolehlah rajin-rajin buat sendiri biskut idaman ni.

Bahan untuk buat biskut buah kana ni simple je. Lebih kurang sama je dengan bahan asas biskut yang lain. Cumanya ia dibakar dalam acuan buah kana. Memang cantik terbentuk, malah boleh pelbagaikan warna biskut untuk kelihatan lebih menarik.

Rasanya yang lemak manis, lembut dan wangi tu buatkan orang menyukainya. Yang lebih menarik tu, biskut ni dicantumkan dan diletakkan jem apa-apa perasa yang kita sukai.

Untuk lihat lebih mudah cara membuatnya, jom kita tengok resepi yang dikongsikan oleh Fineey Hai ni. Mudah je stepnya. Dan resepi ni biarkan biskut dalam warna asli tanpa masukkan apa-apa pewarna.

 

RESEPI BISKUT BUAH KANA

Taip kali lepas bakar biskut buah kana dalam oven, biskut ni agak sukar sikit nak dikeluarkan dari acuannya. Tak perlu risau. Hanya ketuk-ketuk sikit untuk mudah biskut dikeluarkan.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Butter 150 gram
  • Gula aising 90 gram (kalau tak suka manis sangat, boleh kurangkan sikit kepada 60 gram)
  • Tepung jagung 100 gram
  • Tepung gandum 180 gram (ayakkan siap-siap)
  • Baking powder 1 sudu kecil
  • Kuning telur sahaja 1 biji
  • Esen vanilla sedikit
Cara Buat Biskut Buah Kana:

▶️ Mula-mula campurkan butter, telur kuning, gula aising dan esen vanilla dalam satu mangkuk dan gaul sehingga sebati.

▶️ Kemudian masukkan tepung jagung dan baking powder dan gaul juga sehingga sebati.

▶️ Seterusnya masukkan tepung gandum pula sikit demi sedikit. Kemudian gaul-gaulkan sampai adunan jadi lembut dan tak melekat.

▶️ Selepas tu tekapkan pada acuan buah kana.

▶️ Sebelum tu panaskan oven siap-siap.

▶️ Masukkan acuan ke dalam oven dan bakar pada suhu 160c selama 25 minit. Bergantung juga pada oven masing-masing. Bakar sehingga masak.

▶️ Selepas dah bakar, biarkan jadi suam-suam. Lepas tu baru sapukan jem apa-apa perasa, contohnya letakkan jem strawberi.

▶️ Sapukan jem pada biskut yang masih suam-suam lagi elok supaya mudah nak melekat bila dicantumkan.

▶️ Dah siap. Sedia dimakan!

 

BACA JUGA: Cara Buat Roti Boy Macam Kedai. Bau Kopi Dia Memang Tak Tahan!

 

Kalau buat sekali banyak, boleh simpan dalam bekas bertutup. Tiap kali nak makan, boleh ambil terus. Biskut ni memang sesuai dibuat kudapan waktu lapang. Tak perlu tunggu raya pun boleh buat dah!

Rasa pun sedap dan buatkan kita makan tanpa henti. Craving kata orang tu. Lepas ni bolehlah buat resepi biskut buah kana sedap dan mudah ni sendiri. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.