Segalanya Tentang Makan..

Resepi Biskut Coklat Almond Crunchy. Boleh Dapat 150 biji. Sedap Dan Rangup!

0 5,683

Ini dia biskut coklat yang kerap jadi viral tiap tahun tak kira raya atau tak. Jarang kita jumpa orang tak suka biskut coklat kan, lagi-lagi yang rangup dan ada almond/badam cincang. Pada penggemar biskut, jom try resepi biskut coklat almond crunchy ni.

Resepi ni penuh dengan rasa. Dan yang menariknya, ada menggunakan tepung naik sendiri yang membuatkan biskut mengembang cantik dan crunchy. Boleh jadi idea untuk buat biskut hari raya.

Sebab adunan bahan yang digunakan dapat hasilkan biskut terbentuk cantik dan berkilat. Bila dihidangkan tu, nampak lawa je warna coklat dia. Sesuai sangat nak hidangkan untuk tetamu masa hari raya nanti.

Untuk biskut ni, saya nak kongsikan resepi dari Zahirah Ahmad yang boleh hasilkan 150 biji biskut. Buat stok banyak-banyak boleh makan berulang kali.

Proses buat biskut ni memang panjang dan agak makan masa, tapi rasanya memang berbaloi sebab dapat hasil sekali banyak dan sedap.

 

RESEPI BISKUT COKLAT ALMOND CRUNCHY

Biskut coklat rangup ni seeloknya kita buat bersaiz bulat kecil. Masa nak bentukkan sebelum dibakar tu, buat saiz kecil je sebab nanti akan mengembang. Baca resepi ni sampai habis untuk lihat caranya.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 400g salted butter (nanti simpan kertas bungkusan dia)
  • 350g gula kastor
  • 525g tepung naik sendiri
  • 60g serbuk koko
  • 80g coklat masakan (nanti cairkan guna cara double boiler)
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu makan esen vanilla
  • 150g badam cincang/almond nibs (dibakar dulu dalam suhu 100c selama 1 jam)

Cara buat biskut coklat almond crunchy:

▶️ Mula-mula masukkan butter dengan gula kastor ke dalam mangkuk dan pukul dengan mixer sehingga sebati.

▶️ Selepas tu masukkan soda bikarbonat dan sambung pukul lagi sampai kembang. Masukkan juga telur dan esen vanilla dan pukul sehingga sebati.

▶️ Kemudian masukkan coklat masakan yang dah siap dicairkan tadi. Pukul sekata.

▶️ Seterusnya masukkan serbuk koko dan pukul dengan kelajuan yang perlahan seperti menggaul sahaja sehingga sebati.

▶️ Kemudian masukkan tepung naik sendiri dan sambung pukul secara perlahan. Selepas dah tergaul tu boleh pukul dengan kelajuan tinggi selama beberapa saat.

▶️ Dan bahan akhir sekali, masukkan badam cincang yang dah siap dibakar dan disejukkan. Gaulkan sekata dan sebati sampai doh jadi lembut.

▶️ Simpan doh adunan ni ke dalam peti sejuk sekejap, lebih kurang 1 jam. Dan sambil tu sediakan kertas mentega dan plastik untuk proses membungkus.

▶️ Selepas sejam, keluarkan adunan dari peti sejuk. Kemudian ambil adunan dengan anggaran sesenduk nasi.

▶️ Lepas tu bentukkan macam bentuk silinder yang berdiameter duit 50 sen atau 20 sen ikut pilihan anda. (silinder tu panjang-panjang seperti dalam gambar di bawah).

▶️ Lepas dah bentukkan tu, bungkuskan dengan kertas mentega atau plastik. Dan simpan dalam freezer.

▶️ Buat bentuk ni sampai adunan habis dan bekukan lebih kurang dalam 5 jam atau 1 malam. Kalau nak ikutkan silinder adunan ni boleh disimpan dalam freezer sampai 1 minggu.

▶️ Selepas 5 jam atau semalaman tu, keluarkan dari freezer. Tapi sebelum tu sediakan dulu dulang pembakar yang dah siap beralas baking paper dan digris.

▶️ Panaskan oven siap-siap pada suhu 165c dalam 20 minit.

▶️ Ambil 1 silinder doh yang dah beku tu, dan hiris doh dalam ketebalan 3-5 mm dengan menggunakan pisau tajam. Potong secara menekan.

▶️ Lepas tu susun dalam dulang dengan anggaran jarak 1.5 ke 2 inci sebab nanti biskut akan mengembang.

▶️ Masukkan dulang dalam oven dan bakar dalam 20 ke 25 minit atau ikut oven masing-masing.

▶️ Dah masak tu, keluarkan dari oven dan sejukkan sekejap. Selepas tu masukkan dalam bekas kedap udara. Dah siap.

 

BACA JUGA: Resepi Brownies Kedut Sedap Siap Ada Cheese. Mudah Je Ikut Step By Step!

 

Cantik dan comel kan hasilnya! Dan bila digigit tu rangup dan sedap. Biskut ni kalau dapat sekali makan, boleh habis sebekas. Cukup manis dan betul-betul rasa coklatnya tu.

Rugi kalau tak cuba. Pada yang dah lama cari resepi biskut coklat, boleh buat resepi biskut coklat almond crunchy ni. Pasti anda puas hati. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.