https://grandhusky.com/

giok77

https://wildcatsportswearchico.com/

https://www.finishingtouchtopeka.com/

slot gacor

slot777

slot server thailand

robopragma

slot nexus engine

sbobet

https://foundationcarepharmacy.com/

https://www.restaurant-odyssey.com/

slot mahjong ways

spaceman

slot spaceman

joker123

slot starlight princess

slot qris

slot deposit 25 bonus 25

sicbo online uang asli

slot rujak

slot thailand

slot gates of Olympus

bonus new member

power of ninja

slot bet 100

slot qris 5000

slot deposit 10000

slot deposit 10 ribu

joker123

https://leenailspain.com/

slot deposit qris

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Biskut Coklat Chip Rangup Dan Sedap. Rasa Coklat Enak, Confirm Habis Sebalang!

0 24,883

Biskut coklat chip ni harganya kalau beli kat kedai selalunya mahal. Mana tidaknya, coklat tu sendiri dah memang sedap dan sangat digemari. Nak tak nak memang sanggup beli. Dari selalu beli tu, apa kata buat sendiri je dan ikut resepi biskut coklat chip rangup dan sedap ni.

Boleh buat sekali banyak sampai sebalang, lepas tu dapat makan berulang-ulang. Selalunya bila makan biskut coklat ni, tahap kerangupan dan rasa coklat tu sendiri yang kita titik beratkan. Bila gigit biskut yang crunchy dan rasa coklat tu meresap ke dalam mulut, bukan main nikmat rasanya.

Resepi biskut coklat chip rangup dan sedap ni ada dikongsikan oleh Puan Aida Zakaria. Mudah je cara membuatnya. Dalam resepi ni juga turut disertakan sekali tips untuk dapatkan biskut yang rangup, kembang cantik bila dibakar, dan yang penting sekali cair di mulut masa digigit.

Kalau buat untuk anak-anak pasti mereka suka. Siap mereka minta buat lagi sekali dengan taburan chip yang lebih dalam biskut.

Itu untungnya kalau buat biskut sendiri. Boleh tambah chip coklat sebanyak mana anda suka. Bukan tu je, kalau nak tambah bahan lain seperti kacang pun boleh juga.

 

RESEPI BISKUT COKLAT CHIP RANGUP DAN SEDAP

Kalau buat biskut ni tak kira apa-apa jenis biskut pun, amat penting untuk kita ikut setiap sukatan bahan dan step untuk membuatnya. Orang kata jangan derhaka pada resepi dan tips. Sebab kalau tersilap langkah, biskut boleh jadi tak rangup, terlampau keras, rapuh, malah tak berasa coklatnya.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 250 gram butter (lembutkan dulu dalam suhu bilik). Kalau tak ada butter, boleh juga gantikan dengan marjerin
  • ½ cawan gula halus
  • ½ cawan gula perang
  • 1 biji telur gred B
  • 1 sudu kecil emulco vanilla (atau esen vanilla pun boleh)
  • 2 ½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 2 cawan coklat chips (boleh tambah atau kurangkan ikut serela anda)

Cara buat biskut coklat chip:

▶️ Mula-mula masukkan butter, gula halus dan gula perang ke dalam bekas mixer.

▶️ Kemudian pukul sampai kembang dengan speed laju selama 5 minit. Selepas kembang, warnanya akan bertukar jadi pucat lesi sebegini.

▶️ Selepas tu masukkan telur dan juga emulco vanilla. Pukul lagi selama 2 minit dengan speed laju. Dah siap pukul tu, matikan mixer.

▶️ Kemudian, dalam bekas lain, satukan tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko. Kemudian ayak bersama.

▶️ Masukkan campuran tepung ni sikit demi sedikit ke dalam adunan butter yang kita dah pukul tadi. Kacau guna kaedah kaup balik. Jangan guna mixer lagi sebab akan membuatkan biskut keras kejung nanti.

▶️ Seterusnya masukkan coklat chips ke dalam adunan. Waktu ni kalau nak masukkan bahan tambahan lain seperti kacang pun boleh.

▶️ Kemudian gaulkan sekata.

▶️ Lepas dah gaul cantik begini, rehatkan adunan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit. Ini tips wajib anda perlu buat untuk pastikan biskut tak akan meleper bila dibakar nanti. Selain tu bila kita rehatkan doh ni juga buatkan bahan-bahannya lebih sebati.

▶️ Sediakan tray untuk dibakar, dan alaskan siap-siap dengan baking paper. Kemudian bakar pada suhu 160-170c gunakan api atas bawah.

▶️ Bakar lebih kurang dalam 15-20 minit atau bergantung pada oven masing-masing.

▶️ Dah siap dibakar, bolehlah keluarkan dan sejukkan dahulu.

 

BACA JUGA: Cara Buat Roti Puri Tanpa Yis. Hanya Guna 4 bahan je. Roti Cantik Mengembang!

 

Waktu keluarkan biskut ni, memang akan nampak lembik sikit bila disentuh. Tapi jangan risau, bila dah sejuk biskut akan mengeras sikit dan rangup.

Dan kalau anda nak tau biskut dah masak ke belum, jika habis masa bakar biskut masih melekat pada baking paper dan lembut, bermakna biskut tak masak lagi sepenuhnya. Boleh tambah lagi waktu membakar.

Cara membuatnya tidaklah begitu sukar kan? Yang pasti, ikut tips yang diberi untuk pastikan biskut kekal rangup dan sedap. Lepas ni bolehlah buat biskut coklat chip sendiri untuk anak-anak. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.