Pantang tengok orang jual brownies kedut kat internet ni, terliur je kita tengok kan. Tak pernah tak tergoda. Brownies kedut ni antara dessert yang sedap dan menangkap selera. Selalu kalau kita tengok orang buat brownies, pernah tak jumpa resepi brownies kedut sedap siap ada cheese?
Biasanya kita nampak orang buat brownies paling tidak pun ada topping coklat atau diletakkan badam. Kali ni jom try letak cheese pula. Fuhh, lepas je dibakar lain macam bau dan rasa dia. Bila gigit, nikmat betul rasa kek coklat dan cheese yang cair di mulut.
Perkongsian resepi brownies kedut ni dah banyak ada di internet. Namun tak banyak sangat perkongsian yang ada cheese. Kalau anda nak cuba, boleh ikut resepi yang dikongsikan oleh Dani Shoppe’s ni.
Yang bestnya follow resepi ni, sebab ditunjukkan satu persatu step yang mudah untuk diikuti. Ikut sahaja teknik dan cara buatnya untuk dapatkan brownies yang sedap dan memuaskan hati.
Sebab brownies ni kalau salah langkah boleh lembik atau tak cukup mampat. Nanti tak sedap pula untuk dinikmati. Jom kita lihat resepinya.
RESEPI CHEESE BROWNIES KEDUT
Nak buat brownies ni, rasa kesedapannya juga bergantung pada jenis bahan yang digunakan, terutamanya coklat masakan yang dimasukkan. Mana yang anda prefer yang sedap dimakan, gunakan brand coklat tersebut. Sebab lain orang lain citarasanya.
Bahan-bahan brownies kedut:
Bahan A:
- Telur 2 biji
- Esen vanilla sedikit
- Gula ising 70 gram (atau boleh juga gunakan gula kastor 60 gram)
- Brown sugar 70 gram
Bahan B:
- Coklat masakan (resepi ni gunakan dark coklat coin) sebanyak 170 gram
- Butter 85 gram
Bahan C:
- Tepung gandum 100 gram
- Baking powder ¼ sudu kecil
- Serbuk koko ¼ cawan
Cara buat brownies kedut:
▶️ Mula-mula sediakan mangkuk yang sesuai untuk kacau bahan dengan whisk.
▶️ Masukkan kesemua bahan A dan pukul dengan whisk sehingga sebati. Kemudian ketepikan.
▶️ Selepas tu, sediakan bekas lain yang tahan panas sebab nak buat double boil.
▶️ Masukkan bahan B dan letakkan bekas tu atas periuk berisi air yang sedang dididihkan atas dapur. Ini ialah teknik double boil.
▶️ Kacau coklat dan butter tu sehingga mencair sepenuhnya.
▶️ Bila dah cair, masukkan bahan B ni ke dalam bekas bahan A yang dah whisk tadi. Kemudian kacaukan kedua-dua bahan ni sehingga sebati.
▶️ Seterusnya bahan-bahan C diayak dan masukkan dalam adunan tadi. Kacau guna teknik kaup balik sehingga sekata.
▶️ Sediakan loyang bersaiz 8×8 dan lapikkan dengan baking paper.
▶️ Kemudian tuangkan adunan ke dalamnya (dan tinggalkan sikit adunan untuk dipakai nanti atas cheese).
▶️ Sambil tu panaskan oven dengan suhu 150 darjah.
▶️ Masukkan loyang ke dalam oven dan bakar pada suhu 150 darjah menggunakan api atas bawah selama 30 minit (atau ikut oven masing-masing).
▶️ Tunggu brownies masak, dan sambil tu jom siapkan adunan cheese pula.
Bahan-bahan untuk adunan cheese:
- Cream cheese 250 gram
- Gula ising atau gula kastor 50 gram (kalau tak letak pun tak apa sebab brownies dah manis. Ikut selera masing-masing)
- Telur 1 biji
- Esen vanilla atau sedikit lemon
- Tepung gandum 2 sudu besar
Cara penyediaan cheese:
▶️ Masukkan kesemua bahan ni dalam bekas dan putarkan dengan mixer sehingga sebati.
▶️ Dalam pada tu brownies dah masak dalam oven. Keluarkan loyang tersebut.
▶️ Kemudian letakkan adunan cheese atas brownies dan ratakan ke sekitar permukaan brownies.
▶️ Dan sambung semula bakar dalam 20 minit atau sehingga masak gunakan api atas sahaja.
▶️ Nanti hasil cheesenya berkerak sikit macam dalam gambar.
▶️ Kalau tak nak berkerak macam tu, boleh tutup loyang dengan aluminium foil sebelum sambung bakar cheese nya tadi.
▶️ Bakar sehingga masak (boleh check dengan menyentuh perlahan-lahan atas cheese dan lihat sama ada melekat kat jari ke tak)
▶️ Dah siap masak cheese, boleh keluarkan dari oven.
▶️ Tunggu sejuk dan sedia untuk keluarkan dari loyang dan potong.
Sedia untuk dihidangkan!
BACA JUGA: Cara Buat Donut Buah Naga Gebu Dan Cantik! Unik Dengan Corak Bunga Sakura.
Wahh, tengok pun dah buat kita telan air liur. Brownies ni memang boleh buat orang addicted. Sekali makan nak repeat lagi. Kalau nak ikutkan, peminat brownies ni boleh dikatakan ramai juga macam peminat kek coklat.
Sebab rasa dia lebih mampat. Lagi pula kalau ditambah cheese. Tak sah kalau sorang tak makan lebih dari sepotong. Bagi anda yang mencari resepi brownies kedut sedap siap ada cheese, bolehlah ikut resepi ni.
Jangan lupa kongsikan resepi ni di wall facebook anda supaya nanti senang nak rujuk semula tiap kali teringin nak buat pemanis mulut yang enak dan membangkit selera. Selamat mencuba!