Segalanya Tentang Makan..

Resepi Bubur Asyura Versi Utara. Manis Dan Sedap Terangkat. Puas Sebab Banyak Bahan.

0 5,041

Tengok resepi bubur asyura ni terkenang pula rasanya yang manis dan juga tekstur yang kenyal-kenyal. Sedap sangat kalau dapat makan tak kira waktu panas atau sejuk. Resepi bubur asyura versi utara paling selalu orang sebut-sebut.

Kalau ikutkan bubur asyura ni sebenarnya ada pelbagai cara membuatnya ikut kawasan. Ada versi belah utara, pantai timur dan selatan. Semua lain-lain rasa dan teksturnya. Tapi yang pasti bahan ramuannya memang ada pelbagai.

Bagi yang tak biasa makan mesti rasa pelik kenapa bubur ni ada banyak bahan. Tapi itulah sebenarnya ciri utama bubur asyura ni. Ada tepung, santan, kacang hijau, kacang kuda, ubi keledek, labu, jagung, sagu dan sebagainya.

Di belah utara, bubur asyura ni rasa sangat manis dengan teksturnya yang kental. Kalau pantai timur pula lebih kepada bahan rempah khas, jadi manisnya tu tak setanding bubur asyura utara. Berbeza pula dengan belah selatan yang buburnya lebih cair dan tak manis.

Kalau bubur asyura utara dan pantai timur ni tengok rupanya dah macam kuih talam yang perlu dipotong untuk makan. Dan rasanya sangat sedap. Jom lihat perkongsian resepi dari Faridzoh Abd Rahman.

 

RESEPI BUBUR ASYURA VERSI UTARA

Kalau kat kampung dulu-dulu bubur asyura ni selalu dibuat waktu kenduri atau majlis tertentu. Sebabkan isi bahannya banyak, orang-orang kampung pakat bawa bahan sikit sorang. Sekarang dah jarang diamalkan sebab aktiviti rewang pun dah makin kurang.

Bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan A:
  • Tepung beras 500 gram
  • Santan pekat 600 gram
  • Gula pasir 500-600 gram
  • Gula merah 2 cawan (masak dengan secawan air)
  • Garam 2 sudu the
  • Air 3 liter
  • Daun pandan

Bahan B:
  • Kacang hijau 2 cawan (rendam dan rebus)
  • Kacang kuda 1 cawan (rendam dan rebus)
  • Sagu 1 cawan (direndam)
  • Ubi keledek 5-6 ketul (rebus sekejap)
  • Labu 1 biji (kecil)
  • Jagung 1 tin

*Boleh tambah bahan-bahan lain ikut citarasa

Cara buat bubur asyura:

▶️ Satukan bahan A dalam periuk kemudian kacau tanpa nyalakan api.

▶️ Bila dah sebati semua dan tak ada yang berketul, baru nyalakan api yang sederhana.

▶️ Teruskan kacau sampai adunan pekat.

▶️ Bila dah pekat, masukkan kacang hijau, kacang kuda yang dah siap direbus dan jagung.

▶️ Selepas dah ½ jam kacau, masukkan pula labu dan sagu.

▶️ Untuk 30 minit terakhir, masukkan ubi.

▶️ Kacau sebati.

▶️ Selepas 1 jam 30 minit keseluruhannya, boleh check teksturnya.

▶️ Ambil sedikit bubur dan letakkan dalam bekas atau sudu plastik. Biarkan sejuk sekejap. Kalau tak melekat, kiranya dah masak.

▶️ Dah siap, sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Bubur Butir Nangka Sedap, Manis Dan Berlemak. Buat Seperiuk Confirm Cepat Habis. 

 

Sekarang ni musim durian. Ada juga yang masukkan durian masa nak menjamahnya untuk tambahkan lagi rasa. Terpulang pada anda.

Nampak menyelerakan bubur asyura ni kan? Kalau ikut sejarah bubur ni sempena hari asyura. Dulu selalu dimasak untuk dimakan waktu berbuka puasa.

Sebab tu bila makan terus kenyang sebab kaya dengan bahan. Nanti bolehlah cuba resepi bubur asyura versi utara ni untuk santapan keluarga. Selamat mencuba

Leave A Reply

Your email address will not be published.