Segalanya Tentang Makan..

Resepi Lasagna Menggunakan Roti. Step By Step Yang Mudah Tapi Rasa Sedap Ya Amat.

0 1,044

Kalau hari-hari makan nasi atau lauk gulai je, rasa muak pula kan. Teringin pula nak tukar selera. Apa kata jom buat makanan Itali pula yang dinamakan lasagna! Bukan biasa-biasa tau. Kali ni cuba resepi lasagna menggunakan roti gardenia je. Mudah dan sedap!

Lasagna selalunya dimasak berlapis-lapis dengan layer kepingan lasagna, disusuli dengan inti daging Bolognese, dan kuah putih campuran cheese. Setiap perisa tu kadang-kadang ada 2 atau lebih layernya sehingga bahan habis.

Bagi resepi lasagna menggunakan roti ni tak jauh sangat pun bezanya dengan lasagna yang biasa dimasak tu. Cuma resepi ni menggantikan lapisan kuah putih campuran cheese tu dengan lapisan roti. Dan kemudian taburkan cheese diatasnya.

Roti tu pula ada beberapa lapisan juga. Setiap lapisan diletakkan cara yang berbeza. Satu lapisan tu disalutkan dengan telur, dan satu lapisan lagi disapukan marjerin je. Rasanya memang sedap tak terkata.

Mengikut resepi lasagna roti dari Anis Cheeszif ni, resepi ni sebenarnya mudah je. Yang perlu dimasak ialah inti kuah merah je. Yang lapisan lain hanya disusun menjadi layer.

 

RESEPI LASAGNA MENGGUNAKAN ROTI

Untuk resepi lasagna ni, gunakan roti gardenia biasa pun dah cukup sedap. Potong dan buangkan bahagian tepi roti sebelum susunkan sebagai layer.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Roti gardenia (yang dibuang kulit)
  • 1 paket cheese mozerella
  • 1 tin tomato puri
  • Daging atau ayam cincang cap Ramly
  • Sayur campur
  • Sosej (yang dipotong kecil)
  • Lada capsicum
  • Bawang besar dan bawang putih (yang dipotong dadu)
  • Garam
  • Sos life

Cara buat lasagna menggunakan roti:

▶️ Mula-mula, sediakan bahan intinya dahulu.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali, dan tumis bawang merah dan bawang putih.

▶️ Kemudian masukkan sayur campur.

▶️ Masukkan ayam cincang dan sosej.

▶️ Dan seterusnya masukkan tomato puri.

▶️ Perasakan dengan garam dan masak sampai kering.

▶️ Boleh padamkan api dan ketepikan.

▶️ Bila inti dah sedia, kita buat lapisan rotinya pula.

▶️ Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan ketuk hingga hancur.

▶️ Lepas tu salutkan roti yang dah dibuang bahagian tepi tadi ke dalam telur.

▶️ Susunkan dalam loyang pembakar.

▶️ Kemudian sendukkan inti yang dimasak tadi dan masukkan dalam loyang. Padat-padatkan dan ratakannya.

▶️ Susunkan lagi roti yang kali ni disapukan marjerin je.

▶️ Taburkan pula cheese banyak mana anda suka. Boleh juga nak letakkan sos cili Life.

▶️ Ulang proses ni hingga 3 lapisan.

▶️ Kemudian boleh bakar dalam oven dengan suhu 160’ selama 40 minit.

▶️ Masak sampai nampak garing pada bahagian luar lasagna.

▶️ Dah siap. Bolehlah dijamah!

 

BACA JUGA: Resepi Baked Macaroni Cheese Leleh. Cara Simple Tapi Sangat Sedap Dan Puas Makan!

 

Nyummy, tengok lasagna roti ni memang boleh tahan menggoda juga. Roti ni kita tahu bersifat tebal dan lembut. Jadi, bila dibakar dengan bahan inti dan juga taburan cheese, boleh nampak lapisannya yang tebal dan creamy dek taburan cheese yang mencair.

Sedap sangat dibuat menu santai keluarga pada hujung minggu. Nak buat pun mudah je. Step lebih ringkas berbanding resepi lasagna yang biasa. Dan kosnya lebih jimat sebab tiada lapisan kuah putih tu. Namun rasanya masih padu. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.