Warning: fopen(/tmp/c91a41bdb91ff6ecbbc7e1631f3ffcd7-ytACTD.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/c91a41bdb91ff6ecbbc7e1631f3ffcd7-ytACTD.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Popia Pisang 3 Bahan, Rangup Dan Manis. Mudah Je! Anak-Anak Mesti Suka.

0 10,472

Sedapnya popia pisang ni. Kalau ada buah pisang kat rumah yang sedap dan manis, bolehlah cuba buat resepi popia pisang 3 bahan yang dikongsikan oleh Umie Nurhayati ni. Rasanya yang rangup dengan inti manis-manis buah, sesuai untuk kudapan santai anak-anak kat rumah.

Ramai memang suka makan kudapan yang berasas kulit popia. Antaranya kulit popia cheese, popia nestum, kerepek kulit popia dan macam-macam lagi. Malah ada jadikannya sebagai bahan pengganti untuk mudahkan resepi contohnya murtabak kulit popia dan rempeyek moden kulit popia.

Sebab kulit popia ni sedap, rangup dan mudah untuk dimasak. Tak ketinggalan juga kudapan popia pisang 3 bahan ni. Resepi ni menggunakan pisang dan juga sapuan apa-apa perisa seperti coklat, peanut butter dan sebagainya yang dijadikan sebagai bahan inti.

Kemudian gulungkan dengan kulit popia dan goreng rangup-rangup. Memang sedap buat makan-makan santai sambil menonton tv. Nak buatnya sangat mudah dan cepat. Tak sampai 15 minit dah siap.

Inti sapuan tu anda boleh letakkan apa-apa perisa yang digemari, janji sedap dan sepadan digandingkan dengan pisang. Jom lihat cara membuatnya.

 

RESEPI POPIA PISANG 3 BAHAN

Untuk pisang, nak lagi sedap dan berasa, boleh gunakan pisang yang manis, padat dan besar saiznya seperti pisang berangan, pisang raja dan pisang emas. Barulah puas dimakan.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Pisang
  • Kulit popia
  • Coklat sapuan /peanut butter/sos caramel dan lain-lain lagi

Cara buat popia pisang:

▶️ Potong pisang ikut style anda suka.

▶️ Boleh potong kecil-kecil atau panjang-panjang. Janji bersesuaian dengan saiz kulit popia.

▶️ Sapukan sapuan coklat dan apa-apa perisa di atas pisang.

▶️ Gulung pisang dengan kulit popia dengan kemas.

▶️ Nak mudah lekat, calitkan sikit air di hujung kulit popia dan lekatkannya.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali (masukkan minyak sederhana banyak je).

▶️ Masukkan popia, dan goreng dengan api yang sederhana besar. Api jangan kecil sangat sebab boleh membuatkan kulit popia berminyak.

▶️ Dah bertukar warna keperangan, boleh angkat dan toskannya.

▶️ Sedia dihidangkan.

 

BACA JUGA: Macaroni Goreng Tepung Rangup. Tak Sangka Dengan Makaroni Boleh Buat Snek Kudapan Yang Sangat Sedap!

 

Untuk lebih sedap dan menarik, boleh taburkan gula aising atas popia sebagai hiasan. Selain tu, boleh juga letakkan coklat cairan dan taburan coklat rice untuk rasa yang lebih sedap dan mewah.

Coklat cairan tu boleh gunakan Cadbury atau Beryls yang dicairkan dengan kaedah double boil. Cara double boil mudah je. Masak double boil atas dapur dengan api yang sederhana, dan sentiasa kacau sehingga coklat cair.

Selepas tu masukkan sikit minyak atau marjerin. Lepas coklat dah menjadi cecair yang pekat, boleh tuangkan atas popia pisang tadi. Bertambah sedap dan nikmat kudapan ni!

Mudah dan ringkas je kan popia pisang ni. Bahan pun sangat sikit untuk disediakan. Bolehlah buat selalu untuk anak-anak. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.