Segalanya Tentang Makan..

Resepi Puding Diraja Pahang Terlajak Sedap Bak Kayangan. Buat Pencuci Mulut Istimewa!

0 1,512

Saya jamin ramai yang dah tau juadah puding diraja ni. Mungkin ada yang pernah dengar je tapi tak pernah rasa. Ada yang selalu makan dan dah jadi pencuci mulut kegemaran. Resepi puding diraja ni terkenal di negeri Pahang. Dan dulu dikenali sebagai makanan santapan diraja.

Sekarang ni rakjat jelata macam kita pun dah pandai buat dan menikmatinya sebab dessert ni antara yang sedap dan kaya dengan bahan yang manis dan berlemak. Memang sedap dinimati waktu sejuk-sejuk. Orang kata puding diraja ni merupakan hidangan pencuci mulut kayangan.

Mana tidaknya, dalam hidangannya ada pisang raja atau pisang lemak manis sebagai bahan utama. Ada juga susu cair campur kastard sebagai kuahnya. Dan terdapat juga jala emas dan bahan lain sebagai hiasan.

Pendek kata, nak buat puding diraja ni kena gigih sediakan bahan-bahannya. Tak boleh nak kurang-kurangkan bahan sebab nanti tak menjadi pula. Ada semuanya baru lengkap. Kalau tak jumpa pisang lemak manis, boleh juga gantikan dengan pisang nangka.

Kalau anda nak buat hidangan pencuci mulut yang mewah dan istimewa, sesuai buat puding diraja ni. Jom lihat cara penyediaannya yang dikongsikan oleh Mohd Fadli ni.

 

RESEPI PUDING DIRAJA PAHANG

Nak buat puding diraja ni perlu sediakan satu-satu bahannya. Perlu masakkan pisang dahulu, kemudian buat jala emas dan juga kuah kastard. Barulah hidangkannya bersama dengan bahan hiasan.

Bahan-bahan yang perlu disediakan:
Bahan pisang:
  • Pisang lemak manis sesisir (belah 2)
  • Marjerin 1 sudu
Bahan jala emas:
  • Gula 1 cawan
  • Air 1 cawan
  • Daun pandan sehelai
  • Kuning telur 5 biji
Bahan kastard:
  • Susu cair ½ tin
  • Tepung kastard ½ sudu teh
  • Gula ½ cawan (boleh gunakan lebihan air gula untuk buat jala emas dan tambahkan lagi 1 sudu besar)
  • Pewarna kuning telur
  • Air ½ cawan
  • Esen vanilla
  • Daun pandan

Bahan hiasan:

  • Gajus
  • Kismis
  • Prunes
  • Ceri hijau
  • Ceri merah

Cara buat puding diraja:
Hidangan pisang:

▶️ Mula-mula pisang perlu digoreng dahulu dalam minyak yang dicampurkan marjerin.

▶️ Goreng pisang sampai sekadar merah-merah. Kemudian ketepikan.

Jala emas:

▶️ Kemudian buat jala emas pula. Caranya, kacau kuning telur hingga rata, lepas tu tapiskan supaya lebih halus.

▶️ Kemudian masukkan dalam piping bag.

▶️ Dalam periuk, didihkan air bersama dengan gula dan juga daun pandan yang disimpulkan.

▶️ Lepas dah mendidih, keluarkan daun pandan.

▶️ Dan picitkan kuning telur tadi secara melingkar dalam air rebusan ni. Biarkan masak.

▶️ Lepas tu angkat dan sejukkan.

Kuah kastard:

▶️ Untuk kuah kastard ni mudah je.

▶️ Masukkan je kesemua bahan dalam periuk dan masakkan seketika sehingga pekat.

▶️ Sekarang dah boleh buat hidangan puding diraja.

▶️ Dalam bekas atau mangkuk, masukkan pisang dahulu di dasarnya.

▶️ Kemudian masukkan jala emas melingkar atas pisang.

▶️ Susun bahan hiasan atau taburkan di atas jala emas.

▶️ Dan akhir sekali siramkan dengan kuah kastard.

 

BACA JUGA: Cara Buat Puding Kastard Jagung Paling Simple Sekali. Hanya Gunakan 5 Bahan Mudah Je!

 

▶️ Dah siap!

Sebelum nak hidangkan, sejukkan dulu untuk rasa lebih sedap dan segar. Dalam pada sejukkan tu, nanti makin lama kuah kastard tu akan makin memekat. Lagi sedap bila dihirup dan makan dengan bahan lain.

Tengok je pun dah terliur kan. Puding diraja ni sejenis pencuci mulut yang boleh buat anda craving. Lagi-lagi kalau anda jenis sukakan dessert yang berkuah.

Rasanya yang lemak manis dan ada pula buah pisang buatkan sedap untuk dinikmati lagi-lagi kalau musim panas. Serius tak rugi kalau anda cuba resepi puding diraja Pahang ni!

Leave A Reply

Your email address will not be published.