Warning: fopen(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-NSyhkL.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-NSyhkL.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Puding Raja Dengan Sos Kastard Leleh. Sedap Dengan Pisang Goreng Lemak Manis.

0 2,510

Selalunya kalau nak buat dessert yang mewah sikit mesti kita terfikir kek atau pun brownies kan. Puding raja ni sebenarnya antara salah satu lagi dessert yang sedap, mewah dan ada pelbagai hiasan juga. Sesuai sangat nak buat untuk majlis atau hari raya.

Puding raja ni sebenarnya santapan diraja sebab tu adunan kuning seperti roti jala tu dipanggil jala mas. Hidangan ni dilengkapi dengan pisang goreng, sos kastard sebagai kuah puding dan juga hiasan lain seperti ceri, prune, badam, gajus dan sebagainya.

Biasanya pisang yang digunakan pisang lemak manis barulah sedap untuk dinikmati. Cuma cara gorengannya tu ada bezanya. Ada yang goreng dan hidangkan terus pisang sebiji-sebiji, ada yang potong dulu kecil-kecil ikut pada saiz pisang.

Cara hidangan pun mungkin tak sama bergantung pada situasi. Kalau untuk keluarga bolehlah hidangkan sekali dalam 1 pinggan besar dengan sos kastardnya.

Kalau untuk tetamu mungkin anda perlu hidangankan dalam mangkuk kecil-kecil dan sos secara berasingan. Ikut kreativiti masing-masing. Jom lihat perkongsian resepi dari Nur Natasha Abdullah ni.

 

RESEPI PUDING RAJA

Hari raya Aidilahda pun dah nak menjelang bolehlah buat puding raja ni sebagai salah satu hidangan pemanis mulut di pagi raya. Sekali sekala ubah selera dari makan kuih muih je kan.

Bahan-bahan jala mas:
  • 10 biji kuning telur dibuang tali pusatnya
  • 1 cawan gula*
  • 2 cawan air*
  • 1 helai daun pandan disimpul*
  • Acuan (samada acuan roti jala muncung kecil atau kelongsong daun pisang)
  • Penapis

Cara buat jala mas:

▶️ Masukkan bahan bertanda * dalam kuali.

▶️ Kacau dan tunggu sampai air gula ni mendidih.

▶️ Sambil tu asingkan kuning telur.

▶️ Kemudian pukul sebati dan tapis.

▶️ Masukkan kuning telur dalam acuan roti jala atau kelongsong daun pisang.

▶️ Bila air gula tadi dah mendidih, keluarkan daun pandan.

▶️ Sedia untuk masukkan adunan telur. Caranya, tinggikan sedikit acuan untuk mendapatkan urat yang halus.

▶️ Masukkan kuning telur dari tepi kuali secara bulatan. Cara tuangnya sama macam buat roti jala juga.

▶️ Jala mas ni tak perlu lama sangat dalam air gula tu.

▶️ Lepas masukkan, tunggu sekejap. Kemudian angkat sama ada gunakan chopstick atau senduk. Kemudian toskan air gula tu.

▶️ Jangan masukkan sekali gus kuning telur. Buat sikit-sikit. Kalau 5 biji telur anda buat, ada lah dalam 3 round. Kalau lebih boleh agak-agak.

Bahan-bahan pisang goreng:
  • Pisang lemak manis
  • Minyak menggoreng (atau nak pakai marjerin pun boleh)

Cara buat pisang goreng:

▶️ Panaskan minyak dalam kuali.

▶️ Goreng pisang sebiji-sebiji.

▶️ Kalau bukan pisang lemak manis atau besar saiznya, boleh potong jika mahu.

▶️ Goreng sehingga gelap sikit warnanya.

▶️ Kemudian angkat dan toskan.

Bahan-bahan untuk sos kastard:
  • 1 biji telor
  • 400 ml susu cair
  • 1 cawan air
  • 1 helai daun pandan disimpul
  • Sedikit esen vanila
  • 2 atau 3 sudu besar gula (tak letak banyak sangat gula sebab jala mas dan pisang dah rasa manis) – kiranya sos ni rasa manis-manis buah je
  • Tambah sedikit bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah (optional)
Cara buat sos kastard:

 

▶️ Masukkan susu cair, telur dan esen vanilla dalam kuali. Kacau sebati.

▶️ Kemudian masukkan air dan daun pandan serta gula.

▶️ Masak dengan api sederhana besar.

▶️ Selepas mendidih boleh padamkan api.

▶️ Biarkan sejuk sekejap diluar. Lepas tu sejukkan dalam peti ais.

Hiasan:

 

  • Buah prune (buang biji)
  • Ceri merah dan hijau (potong 4)
  • Gajus digoreng sebentar
  • Badam
  • Choc chips

Cara hidangan:

▶️ Mula-mula susunkan pisang goreng dulu.

▶️ Kemudian letakkan jalur mas atas pisang sampai menutupi pisang.

▶️ Taburkan prune, ceri merah dan hijau, gajus dan hiasan lain.

▶️ Curahkan sos kastard.

▶️ Dah siap, sedia untuk dihidangkan!

 

BACA JUGA: Puding Roti Kuah Kastard Lemak Berkrim. Sedap Dan Semerbak Bau Vanilla Lepas Dibakar!

 

Puas hati lihat dessert yang sedap dan cantik warna warni ni. Rasa cukup sempurna dengan lemak manis pisang dan juga sos kastard. Manis jala mas pula melengkapkannya lagi.

Untuk sos kastard tu terpulang pada anda sama ada nak pekat atau cair. Biasanya kalau puding ada rasa pekat sikit baru sedap.

Lepas ni kalau teragak dessert yang rasa cukup lemak manis, bolehlah buat puding raja yang sedap ni. Rasa pun enak dan mewah dengan bahan tambahan. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.