pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Puding Roti Coklat Berkuah Kastard Yang Super Sedap. Mudah Je Cara Buatnya!

0 1,637

Sebut je puding roti ni, selalu sangat dah kita makan atau nampak orang kongsikan resepinya. Tapi puding roti gardenia yang warna putih tu lah. Namun, selain dari roti putih tu, pernah tak anda cuba resepi puding roti coklat berkuah kastard yang super sedap ni pula?

Cara buatnya lebih kurang sama. Cuma roti yang digunakan ada perisa coklat, dan begitu juga susu yang dimasukkan. Semua perisa coklat yang semestinya sedap dan digemari ramai. Tiada beza sangat pun resepi dengan puding roti biasa yang dimakan.

Resepi ni masih kita hidangkan dengan sos kastard. Bayangkan puding roti coklat yang disalutkan kuah kastard tu, memang berganda-ganda sedapnya. Manis, berlemak krim, dan rasanya amat memuaskan tekak.

Lagi pula kalau dapat makan puding roti sejuk-sejuk yang baru dikeluarkan dari fridge pada musim panas ni. Memang membangkitkan selera. Resepi ni dikongsikan oleh Mamamia Kitchen.

Cara membuatnya tak lah sesukar mana. Dan ada 2 kaedah yang boleh digunakan iaitu kukus dan bakar. Ikut mana yang mudah untuk anda.

 

RESEPI PUDING ROTI COKLAT

Roti coklat yang digunakan dalam resepi puding ni ialah roti Gardenia coklat kismis. Roti inilah yang membuatkan puding roti ni lagi bertambah sedap sebab ada taburan kismis di dalamnya. Lagi terasa sedap rasa manis kismis tu selepas dikukus atau bakar.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Roti coklat kismis 1 bungkus
  • Susu coklat 2 kotak kecil (400ml)
  • Telur 3 biji
  • Susu cair 1 tin (yang ni untuk sos kastard)
  • Esen vanilla 1 sudu kecil
  • Tepung jagung 2 sudu kecil
  • Butter 2 sudu kecil

Cara buat puding roti coklat:

▶️ Mula-mula potong roti kepada 4 bahagian. Kalau nak carik-carikkan pun boleh.

▶️ Kemudian susun dalam bekas tahan panas yang telah disapu butter.

▶️ Selepas tu dalam bekas lain, masukkan telur, susu coklat, tepung jagung dan butter. Pukul sampai sebati.

▶️ Tuangkan air campuran susu tadi ke dalam roti. Biarkan roti terendam selama 20 minit. Butter akan nampak berketul-ketul. Tapi jangan risau, nanti akan cair semasa dikukus.

▶️ Selepas 20 minit, tekan-tekan lagi roti supaya kesemuanya terendam elok.

▶️ Dan sedia untuk dikukus selama 30 minit.

▶️ Kalau anda nak bakar, gunakan suhu 180c dengan gunakan api atas bawah. Juga selama 30 minit.

▶️ Dah siap tu boleh keluarkan dari oven.

Tapi, sementara tengah tunggu roti sedang dikukus atau dibakar, jom buat kuah kastardnya pula.

 

Bahan-bahan untuk kuah kastard:
  • Susu cair 1 tin
  • Air 1 tin (sukat guna tin susu cair tadi)
  • Gula pasir 5 sudu makan
  • Tepung jagung ½ sudu makan (ini untuk bagi warna kuah sos cantik)
  • Tepung kastard 1 sudu makan
  • Esen vanilla 1 sudu teh
  • Garam 1 sudu teh

 

Cara menyediakan kuah kastard:

▶️ Masukkan kesemua bahan kuah kastard ke dalam periuk. Kacau sampai sebati dengan menggunakan api sederhana. Perlu sentiasa kacau tau.

▶️ Setelah mendidih, boleh tutup api.

▶️ Kemudian simpankan dalam peti sejuk. Nak makan nanti baru tuangkan ke dalam puding roti coklat.

▶️ Dah siap. Boleh hidangkan kuah sos kastard dan puding roti tadi.

 

BACA JUGA: Resepi Corn Flakes Coklat Rangup Dan Sedap Tak Terkata. Sehari Je Habis Licin!

 

Memang menggoda betul tengok puding roti coklat ni. Bila dikukus, puding rotinya lebih lembut berkrim. Tuangkan pula kuah kastard yang pekat. Memang nikmat.

Nak buatnya pun mudah kan. Lepas ni bolehlah jadikan puding roti coklat ni sebagai hidangan istimewa buat keluarga dan tetamu. Sebab sedap, nampak mewah dan amat menyelerakan.

Jangan lupa kongsikan resepi puding roti coklat berkuah kastard yang super sedap ni di wall Fb anda. Supaya nanti senang jika anda nak rujuk semula. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.