Segalanya Tentang Makan..

Sup Bebola Tepung Pulut Berinti Ayam. Resepi Unik Tapi Sedap Ya Amat. Wajib Cuba.

0 676

Jarang pula nampak tepung pulut ni dibuat bebola. Selalunya dibuat kuih badak berendam, puteri mandi, onde-onde dan paling tidak pun selalunya dibuat butir nangka yang dimakan bersama kuah santan. Kali ni diciptakan pula resepi sup bebola tepung pulut berinti ayam yang jarang kita dengar orang buat.

Resepi ni dikongsikan oleh Zurina Zulkefli yang pasti buat anda telan air liur. Tak sangka, hidangannya nampak sedap dan istimewa. Apa yang menarik resepi ni, ianya kelihatan seakan bebola ayam atau ikan, tapi bila diusik, teksturnya seakan dumpling yang boleh dipicit. Cuma tepung pulut ni lebih berisi dan kenyal.

Bila dibuat pula bebola yang ada inti, sudah pasti rasanya lebih sedap dan enak bila digigit. Resepi sup bebola tepung pulut berinti ayam ni sesuai kalau anda nak buat hidangan yang lain dari yang lain untuk anak-anak.

Resepinya mudah dan ringkas, tapi sedap. Step untuk membuatnya tidaklah renyah sampai perlu buat bebola tepung pulut, inti ayam dan supnya satu persatu. Kalau macam tu nanti penyediaannya akan ambil masa yang lama.

Namun sebenarnya, untuk resepi ni, bebola tepung pulut itu nanti akan dimasak bersama dengan inti dan supnya sekali dalam satu masa yang sama. Kalau nak tau macam mana, jom lihat cara membuatnya.

 

RESEPI SUP BEBOLA TEPUNG PULUT BERINTI AYAM

Dalam hidangan ni, bebola tepung pulut tu bukan sahaja dimakan semata-mata dalam sup, malah lagi sedap kalau diletakkan sekali perasa cili yang dinamakan chili oil. Dalam resepi ni nanti akan disediakan sekali cara penyediaan chili oil ni.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan inti:

  • Ayam saiz potongan sup sebanyak 2 ketul (dicincang)
  • Lobak merah separuh biji (dipotong dadu kecil-kecil)
  • Daun bawang 2 tangkai  (dipotong halus)
  • Serbuk lada sulah 1 sudu teh
  • Cendawan shitake (optional pada yang nak tambah)

Bahan bebola tepung pulut:
  • Tepung pulut 1 cawan
  • Tepung gandum 2 sudu besar
  • Garam secubit
  • Air secukupnya

 

Cara buat bebola tepung pulut berinti ayam:

▶️ Mula-mula buat dulu bebola tepung pulut.

▶️ Caranya, campurkan tepung pulut dan tepung gandum serta garam dalam 1 mangkuk. Kemudian sebatikannya.

▶️ Selepas tu masukkan air sikit demi sedikit dan gaulkan. Uli sehingga ianya menjadi doh.

▶️ Kemudian dalam mangkuk lain, gaulkan bahan-bahan inti.

▶️ Ambil sedikit doh tepung pulut dan bentuk-bentuk dan picitkan untuk dimasukkan inti.

▶️ Masukkan sesudu kecil inti ayam yang digaulkan tadi ke atas doh tepung. Kemudian tutup dan bulatkan menjadi bebola.

▶️ Panaskan air dalam periuk sehingga mendidih, kemudian masukkan bebola tepung pulut ni. Dan rebus sehingga ianya timbul. Bila timbul, tandanya dah masak luar dan dalam.

▶️ Bila dah timbul, tak perlu angkat bebola ni. Masakkan je terus air rebusan untuk menjadi supnya.

▶️ Caranya, masukkan je perencah sama ada kiub ayam atau ikan bilis sebagai bahan perasa sup.

▶️ Boleh titiskan minyak bijan atau minyak bawang putih ke atas sup.

▶️ Dah siap, sedia untuk dihidangkan.

▶️ Nak sedap lagi, hidangkan dengan chili oil untuk rasa pedas-pedas.

 

Bahan-bahan untuk chili oil:
  • Minyak masak atau minyak sayuran
  • Cili flakes 2 sudu besar (cili yang dikisar kasar, bukannya serbuk cili)
  • Bawang putih 3 ulas yang dicincang
  • Garam secukupnya

 

Cara buat chili oil:

▶️ Campurkan bawang putih dan cili flakes dalam 1 mangkuk.

▶️ Masukkan sikit garam.

▶️ Kemudian panaskan minyak masak atas kuali sehingga menggelegak.

▶️ Selepas tu, tuangkan minyak panas ni ke dalam mangkuk berisi cili flakes dan bawang putih tadi.

▶️ Gaul sehingga sekata.

▶️ Dah siap. Sedia dimakan bersama sup bebola.

 

BACA JUGA: Bubur Butir Nangka Sedap, Manis Dan Berlemak. Buat Seperiuk Confirm Cepat Habis!

 

Mudah, ringkas dan sedap! Rugi pula rasanya tak tahu tentang resepi ni dari awal. Bebola tepung pulut berinti ayam ni sebenarnya boleh menjadi juadah santai dan simple untuk hidangan keluarga. Nak buat makan tengah hari, makan malam atau minum petang pun amat sesuai.

Rasa tepung pulut yang kenyal-kenyal tu buatkan sedap bila digigit, lagi-lagi lepas direbus dalam sup. Lepas ni kalau nak rasa resepi lain dari yang lain, bolehlah buat bebola tepung pulut inti ayam ni. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

https://tigaprediksi.com/

https://armynavysuperstores.com/

https://dutawarta.com/

https://woaynews.com/

https://pupwb.org/

https://haraznews.com/

https://toysmatrix.com/wp-includes/slot-gacor/

https://girimenangnews.com/

https://geprekbensuindonesia.com/

https://everythinginclick.com/wp-content/uploads/slot-bonus/

https://caraslot.com/wp-includes/slot-bonus/

https://www.casablancahire.com/blogs/wp-includes/slot-bonus/

https://www.genesiscalbeautystudio.com/wp-includes/slot-bonus/

https://www.hookdonthehudson.com/

https://bimbelruangprestasi.com/wp-includes/slot-bonus/

https://thenews100.com/

https://expertautokool.ee/wp-includes/slot-bonus/

https://www.padslakecounty.org/wp-content/uploads/rekomendasi-situs-slot-gacor-gampang-menang/

https://broichconstruction.com/

https://rapbooster.com/wp-includes/slot-bonus/

https://www.karotuto.fr/wp-includes/slot-bonus/

https://hastshilpchennai.com/wp-includes/slot-nexus/

https://www.fincaelpinero.com/wp-includes/slot-nexus/

https://www.barberdepot.nl/wp-includes/slot-gacor/

https://infobiliaria.es/wp-includes/slot-bonus/

https://www.hinterlaces.com/wp-includes/slot-gacor/

https://hastshilpchennai.com/wp-includes/slot-bet-200/

https://diarioevolutiva.com/wp-includes/slot-bonus/

https://www.teesdreams.com/wp-includes/slot-bonus/

https://virginprinting.com/wp-includes/slot-bonus/

https://hastshilpchennai.com/wp-includes/mahjong-ways/

https://dragonfly-retreat.com/wp-includes/slot-bonus-new-member/

https://profumeriafontanelli.com/wp-includes/slot-bonus/

https://www.periodico24.com/wp-includes/slot-bonus/

https://homesteadfibercrafts.com/slot-bonus/

https://bollywoodkanafusi.com/wp-includes/slot-bonus/

https://choicewaresproducts.com/wp-includes/slot-bonus/

slot bet kecil

https://dragonfly-retreat.com/wp-includes/slot-server-thailand/