pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Cupcake Coklat Oreo Paling Mudah 3 Bahan Je. Boleh Tambah Topping Coklat Leleh.

0 2,982

Siapa yang ada anak-anak kecil di rumah, mesti buntu kadang-kadang tu nak buat minum petang apa untuk mereka kan? Kalau buat cupcake coklat oreo ni mesti laju je anak-anak makan. Nak buatnya pun mudah je dengan hanya 3 bahan.

Kalau buat cupcakes ni sekejap je dah siap. Walaupun simple, tapi rasa oreo tu sendiri dah cukup sedap. Campurkan je dengan susu full cream untuk beri rasa lemak lagi. Lepas je bakar, tekstur keknya tu buatkan sedap dimakan.

Kalau nak nampak lagi berselera, boleh tambahkan topping yang sedap. Contohnya kalau anda nak buat topping coklat leleh, boleh cairkan coklat coin bersama butter dalam periuk double boil. Kemudian curahkan atas cupcake.

Kalau nak lain sikit boleh buat dalam bentuk creamy pula. Contohnya putarkan whipped cream dengan susu pekat sampai menjadi kental. Kemudian boleh picitkan atas cupcake. Apa cara hidangan pun boleh dibuat untuk menambahkan seri dan rupa cupcake.

Tak payah pening-pening buat kek pelbagai kaedah. Resepi yang dikongsikan oleh Fairuz Abu Hassan ni pun dah cukup simple dan sedap.

 

RESEPI CUPCAKE COKLAT OREO

Untuk bahan coklat oreo ni boleh ambil sekali biskut dan krim vanilla di dalamnya sekali. Nak lagi sedap, gunakan lebih sikit coklat oreo dan tambahkan sikit baking powder untuk menambahkan rasa gebu.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Oreo 3 bungkus
  • Baking powder setengah sudu kecil
  • Susu full cream 200 ml 2 kotak

Cara nak buat kek coklat oreo:

▶️ Masukkan oreo dan juga susu ke dalam blender dan kisarkan sehingga sebati.

▶️ Sediakan cupcake atau bekas atau loyang. Ikut yang mana anda suka. Kalau buat dalam cupcake lagi mudah nak makan.

▶️ Masukkan adunan dalam cupcake.

▶️ Bakar dalam oven pada suhu 200’c selama 20 minit.

▶️ Kalau tak ada oven, nak kukus pun boleh. Kukus selama ½ jam atau sehingga masak.

▶️ Dah siap. Boleh keluarkan dari oven.

 

BACA JUGA: Jom Buat Kek Coklat Moist Super Gebu Dan Wangi. Dengan Rasa Coklat Sedap.

 

▶️ Tunggu sejuk sekejap dan curahkan topping kegemaran anda.

Sebenarnya buat dalam cupcake ni puas sikit nak makan. Mudah dari buat dalam loyang sebab tak perlu nak potong-potong kek. Tambahan lagi bila nak buat topping tu, boleh buat topping yang pelbagai untuk lain-lain cupcake.

Mungkin kalau anda nak cuba biskut lain perisa, bolehla cuba. Mana tahu kena dengan selera. Contohnya biskut cheese crackers, biskut butter dan macam-macam lagi. Ikut kreativiti anda.

Resepi simple ni sesuai untuk mak-mak yang tak cukup masa nak buat kek yang macam-macam rasa untuk anak-anak. Janji cupcake coklat oreo ni sedap juga rasanya dan mudah je untuk disediakan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.