Kalaulah dapat makan kek yang sedap bertingkat-tingkat, dengan toppingnya yang ada krim leleh, memang tak tergambar nikmatnya. Dapat pula makan sejuk-sejuk keluar dari peti ais musim-musim panas ni, fuuhh memang berbekas-bekas boleh habis.
Cara buat kek berry coklat cheese ni memang banyak stepnya sebab bertingkat-tingkat dengan perasa coklat, berry dan cheese. Tapi tengoklah hasilnya! Sangat memuaskan hati dan berbaloi-baloi sebab sedap dengan pelbagai perasa.
Kek ni nampak istimewa, walaupun dimasak dalam bekas saiz kecil dan tak gunakan oven pun. Hanya kukus je. Menariknya, bahagian coklat keknya yang gebu tu dibuat 2 lapis dan diselang selikan dengan filling berry dan cheese yang sangat sedap.
Rugi kalau tak buat. Selalunya nampak orang jual je. Kalau dapat buat sendiri lebih jimat dan dapat makan puas-puas. Cara buat kek berry coklat cheese ni ada dikongsikan oleh Puan Norhasriza Mohamed.
Walaupun stepnya banyak, tapi cara buatnya sebenarnya mudah je. Kalau dapat buat berbekas-bekas, dapat anak-anak makan sampai berulang kali. Jom lihat cara penyediannya.
RESEPI KEK BERRY COKLAT CHEESE
Kek ni ada lapisan coklat, berry, cheese dan topping cream cheese. Lapisan coklat dan cheese akan dikukus. Lapisan berry pula hanya beli yang dah siap. Manakala topping cheese akan diputar/mix sahaja.
Bahan-bahan lapisan coklat:
- Tepung gandum 2 cawan
- Koko 1 cawan
- Soda bikarbonat 1 sudu
- Baking powder 1 sudu
- Telur 3 biji
- Gula halus 2 cawan
- Susu cair 1 cawan
- Minyak 1 cawan
Bahan-bahan untuk lapisan cheese:
- Cheese 250 gram
- Gula icing 60 gram
- Telur 1 biji
- Esen vanilla sedikit
Untuk lapisan berry:
- Beli filling berry dari kedai bakery. Kalau nak perisa lain pun boleh juga contohnya strawberi dan macam-macam lagi.
Cara buat kek berry coklat cheese:
▶️ Mula-mula buat adunan lapisan coklat dulu.
▶️ Masukkan kesemua bahan coklatnya ke dalam bekas mixer.
▶️ Kemudian pukul dengan mixer. Kalau nak kacau dengan senduk je pun boleh.
▶️ Bila dah sebati, masukkan secawan air yang betul-betul panas.
▶️ Dan putarkan lagi secara perlahan je. Kena berhati-hati sebab takut nanti adunan ni terpercik.
▶️ Selepas tu masukkan dalam bekas kecil. Masukkan sikit je. Jangan tebal-tebal. Kemudian kukus dalam 15 minit.
▶️ Seterusnya buat lapisan cheese pula.
▶️ Bagi adunan ni, pemilik resepi ni menggandakan bahannya supaya sepadan dengan lapisan coklat. Sebab kita gunakan bekas yang kecil, jadi boleh dapat banyak kek nanti.
▶️ Masukkan kesemua bahan untuk cheese ni dan putarkan sehingga kembang.
▶️ Bila dah kembang, akan nampak cheese ni creamy. Boleh rasa sama ada cukup rasa manisnya atau tak. Kalau tak cukup boleh tambahkan gula.
▶️ Sediakan lapisan berry pula.
▶️ Sapukan filling berry ni di atas bahagian pertama lapisan coklat yang dikukus tadi.
▶️ Kemudian picitkan pula adunan cheese yang dipukul tadi di atas lapisan berry. Gunakan piping bag untuk lebih mudah.
▶️ Kukus semula dalam 10 minit pula sampai masak.
▶️ Ini rupa lapisan cheese lepas dikukus. Kalau picit tak lekat di jari.
▶️ Selepas tu masukkan lagi adunan coklat di atasnya. Tuang perlahan-lahan dan kukus lagi sehingga masak.
▶️ Ini rupa lapisan coklat paling atas lepas siap masak. Gebu dan lembut!
▶️ Akhir sekali hiaskannya dengan topping yang sedap dan cantik ni iaitu cream cheese leleh.
Bahan-bahan untuk cream cheese:
- Cream cheese 250 gram
- Whipping cream sekotak
- Gula halus ½ cawan (ikut tahap manis anda suka)
- Susu segar 1 cawan
Cara buat cream cheese leleh:
▶️ Mix kan je kesemua bahan ni. Dan pukul sampai gebu.
▶️ Lepas cream cheese dah siap, sapukan atas lapisan coklat paling atas tadi.
▶️ Dah siap. Boleh masuk dalam fridge atau makan terus pun boleh.
BACA JUGA: Resepi Puding Roti Coklat Berkuah Kastard Yang Super Sedap. Mudah Je Cara Buatnya!
Nyummyy. Nampak sedap dan terliur tengok kek berry coklat cheese ni. Sekali makan sampai termimpi-mimpi. Untung bila dapat buat sekali banyak. Boleh makan berulang-ulang.
Kalau nak buat perisa lain-lain pun boleh gantikan perisa berry ni. Dah alang-alang buat berbekas-bekas tu, bolehlah pelbagaikan perisa.
Jangan lupa mencubanya. Sebelum tu kongsikanlah dulu resepi kek berry coklat cheese ni di wall Fb anda supaya dapat manfaatnya bersama. Selamat mencuba!