pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Kek Butter Mudah, Sedap Dan Super Fluffy! Lembut Sangat Pasti Tergoda.

0 4,183

Sebut je kek simple dan sedap, kek butter inilah antara salah satu pilihan. Mak-mak kalau nak hidangkan anak benda manis-manis dan sedap, kek butter ni memang sesuai untuk dijadikan hidangan snek petang mereka. Ada cara buat kek butter mudah dan sangat sedap.

Kek butter ni memang digemari sebab teksturnya yang gebu dan wangi. Tambah lagi kalau dapat buat corak warna yang lembut dan cantik. Kalau buat kek butter gebu bercorak macam ni sebagai hidangan di pagi raya memang menarik perhatian.

Sebabkan cara buatnya mudah dengan bahan yang ringkas je, kek ni pun sesuai kalau buat hidangan minum petang. Kek legend macam ni memang selalu tak gunakan bahan yang banyak pun. Hanya 6 bahan asas je dah boleh dapatkan kek yang sedap dan gebu.

Dah nama pun kek legend, dah tentu kek ni banyak dikongsikan resepinya. Sebab tu sering viral. Namun bagi yang baru pertama kali nak cuba, boleh ikut salah satu resepi mudah kek butter ni, iaitu dari Fendi Islam.

Tak rugi kalau cuba buat kek ni. Sebab ianya mudah je, dan sangat berbaloi dengan rasa yang sedap, gebu dan wangi. Repeat buat selalu pun tak kan rugi. Jom lihat cara buatnya.

 

RESEPI KEK BUTTER SEDAP DAN GEBU

Ciri-ciri utama kek ni ialah butter atau mentega. Ini antara bahan yang penting. Kena pastikan ianya cukup, barulah kek anda nanti berbau harum bila dah sebati dengan tepung.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Butter 300 gram
  • Gula kastor 250 gram
  • Telur 5 biji
  • Esen vanilla 1 sudu kecil
  • Tepung gandum 250 gram
  • Baking powder 1 sudu kecil
  • Pewarna kuning, ungu dan pink

Cara buat kek butter mudah dan sedap:

▶️ Mula-mula masukkan butter dan gula kastor ke dalam mangkuk mixer, dan putarkannya sehingga sebati.

▶️ Kemudian pecahkan telur ke dalamnya sebiji-sebiji, dan masukkan esen vanilla.

▶️ Putar adunan ni sehingga kembang dan sebati.

▶️ Ayak tepung dan juga baking powder, dan kemudian masukkan kedua-duanya ke dalam adunan.

▶️ Putarkannya secara perlahan-lahan atau speed yang rendah sehingga sebati.

▶️ Setelah dah sebati, bahagikan adunan ni kepada 3 bahagian.

▶️ Untuk setiap satu adunan, masukkan 3 titik untuk 1 pewarna.

▶️ Kemudian gaulkannya sehingga warna semua sekata.

▶️ Sediakan loyang size 8×8. Lapikkan loyang dengan baking paper yang disapukan sikit mentega.

▶️ Dan tuangkan ketiga-tiga adunan ke dalam loyang secara selang-seli.

▶️ Lorekkan sikit adunan untuk jadikan corak.

▶️ Panaskan oven siap-siap. Kemudian bakar pada suhu 180’c selama 50 minit.

▶️ Dah siap masak sepenuhnya, bolehlah keluarkan dan sejukkan.

Potong untuk dihidangkan!

 

BACA JUGA: Cara Buat Kek Ogura Pandan Yang Super Lembut Dan Fluffy Boleh Dilentuk. Rasanya Berlemak Dan Moist!

 

Fuhh, lepas je bakar, wangi semerbak kek ni satu rumah. Pasti nanti anda tergoda dengan haruman kek ni dan coraknya.

Cara buat kek butter ni pun mudah je. Pertama kali buat pun pasti jadi dan berpuas hati. Terpulang pada anda corak dan warna apa yang digemari. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.