Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Kek Marble Zebra Gebu Dan Lembut. Rasa Kek Sedap Dan Moist.

0 4,547

Entah kenapa kek marble gebu dan lembut ni walaupun sering makan tapi tak pernah muak. Mungkin sebab rasanya yang sedap, lembut dan wangi. Kalau tiap pagi raya, mesti nak buat kek ni. Dan selalu juga dibuat sebagai pemanis mulut hujung-hujung minggu.

Buat minum petang untuk bersantai pun sesuai juga. Hidangkan dengan air kopi panas memang layan. Kek marble ni rasanya tak macam kek-kek lain. Perisanya simple je tapi bukan main sedap lagi. Wangi butter dan rasa manis-manis manja tu yang buatkan sedap dan menyelerakan.

Bila buat kek marble ni, kenalah ada corak lebih 1 warna. Mengikut resepi dari Haliza Jeran ni, buat penambahan warna coklat dan cukup memadai untuk buat corak zebra. Yang penting sekali ialah rasanya, tekstur gebu, lembut dan sedap untuk dinikmati.

Tak semua kek susah nak buat. Jadi kalau anda baru nak belajar buat kek, kek marble ni antara yang mudah untuk anda cuba dulu.

Bahannya pun sikit je dan mudah untuk disediakan. Yang penting jangan derhaka resepi. Jom lihat perkongsian resepi kek marble zebra ni.

 

RESEPI KEK MARBLE ZEBRA GEBU DAN LEMBUT

Kek ni bukan hanya rasa lembut gebu gitu je. Ada juga rasa moist nya. Sebab tu kek ni sedap juga kalau dimakan waktu ianya masih panas.

Bahan-bahannya:
  • Planta 125 gram
  • Butter SCS 125 gram
  • Gula kastor 200 gram
  • Telur gred A 4 biji
  • Ovelete 1 sudu kecil
  • Vanilla 1 sudu kecil
  • Fresh milk/susu cair 50 ml
  • Tepung gandum 250 gram
  • Baking powder 1 sudu kecil
  • Serbuk koko 1 sudu besar

Cara buat kek marble zebra:

▶️ Panaskan oven siap-siap dulu pada suhu 130’c.

▶️ Satukan planta, butter, gula dan ovelete. Dan putar hingga gebu dan ringan.

▶️ Kemudian masukkan telur satu per satu sampai habis.

▶️ Masukkan vanilla, tepung gandum dan baking powder yang telah diayak. Masukkan selang seli dengan fresh milk sampai habis.

▶️ Bahagian adunan kepada 2 bahagian.

▶️ 1 bahagian biarkan adunan asal. Dan 1 lagi masukkan adunan serbuk koko. (Serbuk koko ni dibancuhkan dengan sedikit air panas dan kacau sebati).

▶️ Sediakan loyang yang dah siap digris dan lapikkan dengan baking paper.

▶️ Cedukkan 1 sudu besar adunan asal dan letak tengah-tengah loyang. Lepas tu masukkan adunan koko pula. Lakukan berselang seli sampai habis.

▶️ Masukkan dalam oven dan bakar selama 35 minit atau bergantung pada oven masing-masing.

 

BACA JUGA: Kek Coklat Moist Bakar Sukatan Cawan, Dengan Topping Coklat Leleh!

 

▶️ Dah siap, keluarkan dan biarkan dulu.

▶️ Dah sejuk, baru dipotong.

Walaupun kek ni bahannya simple, tapi rasa dan bau kek marble ni sedap dan wangi. Waktu tengah bakar lagi dah menggoda.

Kalau anda nak buat pemanis mulut untuk tetamu, sesuai buat kek marble ni. Rasanya sedap, dan cantik juga hidangannya. Nak buat pun mudah je.

Pada yang dah mula nak berjinak dengan membuat kek ni, bolehlah ikut resepi kek marble zebra gebu dan lembut yang dikongsikan ni. Semoga bermanfaat!

Leave A Reply

Your email address will not be published.