Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Kek Medovik Atau Kek Madu Rusia 8 Tingkat. Lembut Dan Crunchy Macam Kedai Bakery!

0 609

Kalau anda berminat untuk membuat kek, mesti teruja tengok kek medovik ni kan? Kek ni dinamakan juga 8 Layer Russian Honey Cake. Dengar nama pun dapat bayangkan macam mana gigihnya nak buat kek ni. Tapi sekali siap, boom! Terus jadi macam kek mewah bertingkat yang ada di kedai bakery tu.

Rasanya pula tak perlu disangkal lagi. Memang sedap dengan rasa manis-manis berkrim dek bahan utamanya iaitu madu. Bukan je cantik hiasan dan bentuk bertingkatnya, kek ni juga sangat sedap dengan adanya elemen lembut dan crunchy.

Walaupun nampak susah untuk dibuat, tapi sebenarnya nak buat kek ni tidaklah sesukar yang disangka. Cuma stepnya je agak panjang. Sebab perlu membakar doh untuk setiap satu lapisan.

Kalau anda ada oven yang besar, mungkin boleh jimat sikit masa dengan membakar lebih dari 1 keping doh. Selebihnya tu hanya perlu bancuhkan frosting untuk disapukan pada lapisan dan permukaan kek.

Cara nak buat kek medovik ni ada dikongsikan oleh Mufidah Abdul Hadi Alyunusi. Beliau dapat inspirai dari resepi Natasha’s Kitchen. Memang berbaloi kalau anda nak cuba.

 

RESEPI KEK MEDOVIK ATAU 8 LAYER RUSSIAN HONEY CAKE

Satu perkara penting anda perlu tahu dalam membuat kek ni ialah tempoh masa untuk membakar kek. Berkemungkinan masa untuk membakarnya tak sama dengan resepi asal.

Tahap masa membakar semuanya bergantung pada oven sendiri. Jadi, perlulah pandai melihat dan menilai tahap masak doh untuk kek anda tu nanti.

Bahan-bahan untuk kek:
  • ¼ cawan madu (madu Al Shifa atau apa-apa sahaja jenama)
  • ½ cawan gula kastor
  • 2 sudu besar butter
  • 3 biji telur (pukul ringan)
  • 1 sudu teh baking soda
  • Tepung gandum lebih kurang 3 cawan

Cara membuat kek:

▶️ Sediakan periuk sederhana besar.

▶️ Masukkan madu, butter dan gula ke dalamnya dan nyalakan api.

▶️ Masak menggunakan api yang sederhana sambil kacau sekali sekala sampai semua bahan hancur sebati.

▶️ Kemudian boleh padamkan api dan biarkan suam sikit.

▶️ Masukkan telur yang dah dipukul sikit demi sedikit sambil kacau.

▶️ Masukkan baking soda dan kacau lagi sampai sebati.

▶️ Masukkan tepung gandum pula sikit demi sedikit dan gaul sampai jadi doh yang lembut (tak semestinya guna kesemua tepung).

▶️ Uli-uli sehingga jadi hasil doh sebegini.

▶️ Kemudian bahagikan doh kepada 8 bahagian sama rata.

▶️ Ambil satu bahagian doh dan canaikan hingga nipis di atas sekeping kertas minyak. Sebelum canaikan doh, taburkan dulu sikit tepung atas kertas minyak supaya tak melekat.

▶️ Potongkan doh menjadi bulatan 9 inci.

▶️ Cucuk permukaan doh dengan garfu.

▶️ Alihkan doh bersama dengan kertas minyak di bawahnya dan letakkan di atas loyang.

▶️ Kemudian bakarkan pada suhu 180’c sehingga masak. Masa untuk masak bergantung pada oven masing-masing. Kalau ikut resepi asal masanya ialah 5-6 minit lebih kurang.

▶️ Lepas dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan suam-suam sikit.

▶️ Lepas dah suam, kopekkannya dari ketas minyak secara berhati-hati. Kalau susah nak kopek, renjiskan sikit air di belakang kertas minyak untuk mudah lekangkannya.

▶️ Biarkan doh sejuk dahulu. Bila sejuk, doh akan mengeras seperti biskut. Barulah boleh disapu dengan frosting nanti.

▶️ Bakarkan semua doh yang ada. Kalau oven anda besar dan muat, mungkin boleh bakar 2 keping sekali gus. Bergantung pada oven masing-masing.

▶️ Lebihan doh yang diasingkan masa buat doh bulatan tadi boleh diambil dan bakar hingga garing. Kemudian dikisar untuk jadikan hiasan pada sekeliling kek.

Bahan-bahan untuk frosting (buat cream cheese frosting):
  • 500 gram cream cheese
  • 1 cawan krim putar nondairy (putar hingga kembang)
  • ¾ cawan + 2 sudu besar gula halus
  • 1 sudu teh madu Al Shifa
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh jus lemon

Cara buat cream cheese frosting:

▶️ Pukul cream cheese hingga lembut.

▶️ Gunakan hand mixer je.

▶️ Kemudian masukkan gula, madu, jus limau dan esen vanilla. Pukul sampai sebati.

▶️ Masukkan krim putar sikit demi sedikit.

▶️ Kaup balikkan sehingga sebati.

▶️ Ini dia rupa frosting yang dah siap.

Cara membuat kek penuh:

▶️ Ambil sekeping kek yang dah sejuk tadi, dan sapukan sedikit frosting di atasnya.

▶️ Ratakan frosting seperti ni.

▶️ Kemudian letakkan sekeping lagi kek di atas frosting tadi, dan ulang langkah ni sampai kesemua kepingan kek habis.

▶️ Dah siap lapisannya, sapukan lebihan frosting pada permukaan dan tepi sekeliling kek.

▶️ Hiaskan lagi bahagian tepi kek dengan lebihan doh yang dah dibakar dan dikisar tadi.

▶️ Bolehlah hiaskan lagi kek dengan buah-buahan seperti strawberi atau apa sahaja ikut kreativiti anda.

▶️ Dah siap kek medovik atau 8 layer Russian honey kek istimewa anda!

▶️ Boleh potong untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Kek Coklat Crepe Sedap, Manis Dan Lembut Bertingkat. Makan Sejuk-Sejuk Terus Licin.

 

Kek ni bukan je sedap, malah nampak mewah dengan rupa bentuk dan hiasannya. Rasanya lepas ni kalau nak meraikan hari jadi, boleh buat kek ni. Bolehlah berjimat dari beli.

Rasa kek ni memang sangat enak dengan rasa manis madu dan lemak cream cheese frosting. Tambahan lagi ada rasa kerangupan keknya. Tak kan cepat muak bila menikmatinya.

Kek medovik atau kek madu Rusia ni bukan sahaja sedap, malah memang cantik dipandang. Rugi kalau anda tak cuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.