Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Kek Pisang Coklat Gebu, Lembut Dan Sedap. Mudah Je Bahan-Bahannya!

0 1,360

Sedapnya kek pisang coklat ni. Gebu dan lembut. Selama ni kalau makan kek pisang biasa je pun dah sedap dengan rasa manis dan wangi pisang tu. Kali ni ada rasa coklat pula. Cara buat kek pisang coklat gebu ni sebenarnya senang je.

Untuk resepi kali ni kita buat versi kek dan juga apam. Bahan yang digunakan untuk kedua-duanya sama je, cuma acuan yang berbeza. Kek pisang dan apam ni kalau nak ikutkan sama juga dengan kek span sebab teksturnya gebu, lembut dan ringan.

Boleh jadi pemanis mulut atau pun kek yang paling simple untuk buat makanan santai-santai sekeluarga di rumah.

Untuk buat kek pisang ni, kebiasaannya kita gunakan pisang berangan sebab rasanya lebih manis dan sedap. Pakai 6-7 biji pun dah memadai dan cukup berasa untuk saiz kek yang sederhana.

Perkongsian cara buat kek pisang coklat gebu ni ada dikongsikan oleh Puan Habsah Ngah dengan satu per satu step ditunjukkan. Mudah kalau nak ikut. Jom kita lihat cara membuatnya.

 

RESEPI KEK PISANG COKLAT GEBU

Untuk perasa coklatnya, kita gunakan serbuk koko. Namun terpulang kalau anda nak letakkan serbuk coklat lain atau pun milo.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 4 biji telur gred B
  • Gula ½ cawan
  • Susu pekat 3 sudu besar
  • Esen vanilla 1 sudu kecil
  • Minyak masak ¾ cawan
  • 6-7 biji pisang berangan
  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • ½ cawan serbuk koko
  • Baking powder 1 sudu besar
  • Soda bikarbonat 1 sudu kecil

Cara buat kek pisang coklat gebu:

▶️ Mula-mula, satukan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat dalam satu mangkuk. Kemudian ayak atau tapiskannya.

▶️ Seterusnya dalam blender, masukkan telur dan gula. Kemudian kisar dalam 2 minit.

▶️ Selepas tu masukkan pula esen vanilla, susu pekat dan minyak masak. Sambung kisar semula dalam 2 minit lagi.

▶️ Setelah dah sebati, masukkan pula pisang dan kisar lagi dalam 3 minit pula atau sampai hancur.

▶️ Setelah dah sebati semua adunan ni, masukkan tepung yang dah siap diayak tadi sikit demi sikit. Dan kacau sehingga tepung sebati dengan adunan. Biarkan sekejap dalam 15 minit.

▶️ Setelah tu sedia untuk dimasukkan ke dalam acuan. Sapukan minyak dulu pada permukaan acuan supaya nanti mudah untuk dikeluarkan. (sama juga kalau buat dalam acuan apam).

▶️ Dalam pada tu, kalau nak buat hiasan, potong pisang kecil-kecil atau nipis, dan susun atas adunan sebelum dikukus.

▶️ Selepas tu, bolehlah kukus dalam masa 8-10 minit kalau guna acuan kecil. Kalau gunakan loyang, lebihkan sikit masa mengukusnya dalam 30-35 minit dengan api yang kuat. Kena pandai adjust ikut saiz acuan atau loyang anda.

▶️ Dah siap, boleh sejukkan sekejap sebelum dipotong. Sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Biskut Mama Carey Oren. Biskut Legend Sedap, Mudah Je Guna Sukatan Cawan.

 

Kek pisang coklat ni memang lagi sedap bila ada rasa manis dan berlemak sikit tu. Kalau sekali makan, memang boleh habiskan beberapa slice seorang.

Lagi gebu dan lembut kek tu, lagilah sedap untuk dinikmati. Nanti kalau anda nak buat saiz kecil sikit untuk mudah anak-anak makan, buat dalam acuan apam. Senang je kan.

Lepas ni bolehlah cuba buat kek pisang coklat ni untuk santapan minum petang keluarga. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

https://tigaprediksi.com/

https://armynavysuperstores.com/

https://dutawarta.com/

https://woaynews.com/

https://pupwb.org/

https://haraznews.com/

https://toysmatrix.com/wp-includes/slot-gacor/

https://girimenangnews.com/

https://geprekbensuindonesia.com/

https://everythinginclick.com/wp-content/uploads/slot-bonus/

https://caraslot.com/wp-includes/slot-bonus/

https://www.casablancahire.com/blogs/wp-includes/slot-bonus/

https://www.genesiscalbeautystudio.com/wp-includes/slot-bonus/

https://www.hookdonthehudson.com/

https://bimbelruangprestasi.com/wp-includes/slot-bonus/

https://thenews100.com/

https://expertautokool.ee/wp-includes/slot-bonus/

https://www.padslakecounty.org/wp-content/uploads/rekomendasi-situs-slot-gacor-gampang-menang/

https://broichconstruction.com/

https://rapbooster.com/wp-includes/slot-bonus/

https://www.karotuto.fr/wp-includes/slot-bonus/

https://hastshilpchennai.com/wp-includes/slot-nexus/

https://www.fincaelpinero.com/wp-includes/slot-nexus/

https://www.barberdepot.nl/wp-includes/slot-gacor/

https://infobiliaria.es/wp-includes/slot-bonus/

https://www.hinterlaces.com/wp-includes/slot-gacor/

https://hastshilpchennai.com/wp-includes/slot-bet-200/

https://diarioevolutiva.com/wp-includes/slot-bonus/

https://www.teesdreams.com/wp-includes/slot-bonus/

https://virginprinting.com/wp-includes/slot-bonus/

https://hastshilpchennai.com/wp-includes/mahjong-ways/

https://dragonfly-retreat.com/wp-includes/slot-bonus-new-member/

https://profumeriafontanelli.com/wp-includes/slot-bonus/

https://www.periodico24.com/wp-includes/slot-bonus/

https://homesteadfibercrafts.com/slot-bonus/

https://bollywoodkanafusi.com/wp-includes/slot-bonus/

https://choicewaresproducts.com/wp-includes/slot-bonus/

slot bet kecil

https://dragonfly-retreat.com/wp-includes/slot-server-thailand/