Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Kek Sarang Semut Lembut Moist. Bakar Atas Dapur Gas Je. Mudah Tak Perlu Peram Bahan!

0 3,689

Wah, bukan main cantik hasil kek sarang semut resepi yang Cik Pooja kongsikan ni. Padahal mudah je, tak perlu peram bahan dan hanya bakar dalam periuk atas dapur gas. Hasilnya memang menjadi kek sarang semut lembut dan moist yang menjadi idaman semua.

Kek sarang semut ni memang sedap. Bahan utamanya ialah gula yang dimasak sehingga keperangan. Itu sebab kek jadi warna coklat. Selebihnya ialah bahan yang biasa kita buat kek. Ada step-step yang perlu diikut untuk buat kek sarang semut ni.

Sesetengah resepi peramkan dulu adunan untuk kembangkannya. Tapi kalau ikut resepi Cik Pooja ni ada caranya supaya adunan naik kembang sendiri walaupun tak perlu diperam.

Caranya ialah masukkan bahan air gula ke dalam adunan tepung dalam keadaan air gula masih suam. Tak perlu tunggu bahan gula sejuk baru masukkan. Itu sebab tak perlu peram. Adunan akan kembang.

Untuk bakarnya pula, nak gunakan dapur gas pun boleh dapat hasil kek yang moist, lembut dan sedap. Hanya bakar dalam periuk bertutup dan bakar sehingga kek masak. Mudah je!

 

RESEPI KEK SARANG SEMUT

Tempoh masa bakar kek atas dapur tu mungkin berbeza mengikut jenis periuk dan api dapur gas anda. Ada yang 1 jam dah masak. Ada yang lebih sikit masa baru masak. Anda boleh check sendiri nanti sebelum padamkan api.

Bahan-bahannya:
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 2 sudu besar marjerin atau butter
  • 4 biji telur
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar soda bikarbonat

Cara buat kek sarang semut:
Step 1:

▶️ Mula-mula masak gula dalam periuk dengan api yang perlahan.

▶️ Kacau sehingga gula cair dan keperangan (jangan sampai hangit ya).

▶️ Tipsnya kalau gula lambat sangat cair, boleh kuatkan sikit api.

▶️ Kemudian bila gula dah cair, masukkan air panas sikit demi sikit.

▶️ Peringatan. Masukkan air tu perlahan-lahan sebab mudah meletup gulanya kalau masukkan laju.

▶️ Selepas dah masukkan air, kacau sebati.

▶️ Masukkan marjerin atau butter dan kacau lagi sebati.

▶️ Tutup api dan ketepikan sekejap.

Step 2:

▶️ Pecahkan telur dalam mangkuk.

▶️ Lepas tu masukkan susu pekat dan kacau sehingga kedua-duanya sebati. Tak perlu kacau beriya-iya. Cukup sekadar sebati.

▶️ Kemudian masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat. Kacau lagi agak-agak sampai adunan tak berketul.

▶️ Seterusnya masukkan air gula yang dimasak tadi ke dalamnya. Masa ni air gula dah suam-suam.

▶️ Tipsnya, air gula memang kena suam untuk kembangkan soda. Jangan tunggu air gula ni sejuk baru masukkan pula. Itu buatkan soda tak kembang.

▶️ Bila dah kembang, tak perlu peram lagi.

▶️ Kacau sebati kesemua bahan tadi.

▶️ Sediakan loyang yang dah disapu dengan marjerin, dan tuangkan adunan.

▶️ Bakar dalam masa 1 jam dalam periuk yang dilapik besi.

▶️ Ini contoh lapik besi yang diletakkan dalam periuk. Dan dulang kek akan diletakkan di atasnya. Jangan lupa tutup periuk semasa membakar.

▶️ Gunakan api yang perlahan je. Sebaiknya pakai periuk non stick kalau takut bawah periuk hitam atau hangit.

▶️ Ini kek yang tengah dibakar selama ½ jam. Baru 30 minit, adunan dah naik cantik.

▶️ Teruskan bakar lagi sampai masak.

▶️ Nak check dah masak ke belum boleh cucukkan dengan lidi. Kalau masih ada adunan melekat dan tak masak, sambung bakar lagi.

▶️ Selepas masak sepenuhnya, boleh angkat dan sejukkan.

▶️ Sedia dipotong dan hidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Kek Pisang Paling Mudah, 5 Minit Je. Guna Sukatan Cawan. Tapi Sangat Sedap Dan Moist.

 

Hasilnya sedap, lembut dan moist. Buat makan juadah minum petang memang sedap. Hidangkan sekali dengan kopi panas.

Kek sarang semut ni teksturnya terasa kenyal-kenyal. Dengan rasa manisnya tu, memang boleh buat makan tanpa henti.

Lepas ni, kalau nak buat kek sarang semut lembut moist tanpa oven, cubalah resepi ni. Dan rasai sendiri hasilnya. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.