Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Roti Boy Macam Kedai. Bau Kopi Dia Memang Tak Tahan!

0 1,761

Kalau masuk mall, selalu sangat bau dia menusuk hidung kita. Memang kena beli dulu baru puas hati. Betul, Roti Boy! Penangan roti boy ni kalau dapat makan masa panas dia, tak cukup satu tau.

Nak-nak lagi kalau dah semua orang suka makan roti boy ni. Kalau beli, mau kapak juga dibuatnya. Kebetulan pula sekarang ni tak boleh nak keluar ke mall. Jadi inilah masa kita nak tunjuk bakat buat roti boy ni sendiri di rumah.

Boleh ajak anak-anak buat bersama untuk proses pembelajaran. Sebab nak buat dia simple je sebenarnya. Antara rajin atau tidak je diri kita ni.  Resepi kali ni memang lengakp dan detail satu per satu korang boleh follow.

Terima kasih kepada Cik Puan Maisarah Zakariah sebab sudi kongsikan resepi ni. Lengkap step by step dan jadi mudah untuk kita hasilkan roti boy macam kedai ni.

Tapi kena hati-hati ye, sebab waktu masak roti boy ni bau dia satu rumah bau wangi. Sampai lah ke rumah jiran. Oleh itu, buat extra dan boleh kongsikan rezeki dengan mereka.

 

RESEPI ROTI BOY

Roti boy yang saya kongsikan ni ialah yang biasa sahaja tau. Bukan inti coklat latte dan sebagainya. Hanya yang menggunakan salted butter je.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 300 gram tepung gandum @ 3 cawan kopi
  • 70 gram gula @ 2/3 cawan kopi
  • 30 gram mentega
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar yis
  • 150 ml susu segar ( suhu bilik )
  • Salted butter ( letak dalam roti)

CARA PENYEDIAAN ROTI BOY : 

▶ Mula-mula sekali larutkan yis dengan susu segar. Biarkan mengembang dalam 10 minit.

▶ Kemudian, dalam bekas besar. Masukkan marjerin, gula dan tepung gandum. Gaul sebati

▶ Seterusnya, pecahkan telur dan gaul sekata

▶ Yis dah kembang, tuang ke dalam adunan tepung. Gaul dan uli sampai tak melekat pada tangan dah.

▶ Perap sekejap dalam 1 jam. Tutup rapat atau tutu dengan kain lembap. Sampai lah doh naik 1 kali ganda kembang. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin

▶ Kemudian, bahagikan kepada beberapa bahagian. Jika nak buat 10 biji roti, bahagikan kepada 10 doh kecil.

▶ Ambik 1 doh, kembang sikit, dan letakkan salted butter. Tutup dan kemaskan menjadi bulat. Biarkan salted butter di tengah adunan seperti inti.

▶ Sapukan papan pembakar dengan marjerin dan susun doh kita di atasnya. Biarkan sekejap sampai mengembang.

▶ Sementara tu, jom kita siapkan topping bahagian atas roti.

 

BAHAN UNTUK TOPPING :
  • 50 gram tepung gandum
  • 40 gram gula
  • 60 gram mentega
  • 1 biji telur
  • 3 sudu serbuk nescafe ( bancuh dengan ais suam)

 

CARA PENYEDIAAN TOPPING :

▶ Pukul mentega dan gula sampai creamy

▶ Larutkan nescafe dan tuang dalam adunan yang kita pukul tu.

▶ Pecahkan sebijik telur. Kacau dan pukul sampai sebati.

▶ Bila adunan dan jadi creamy, masukkan tepung gandum. Kacau sampai jadi creamy.

▶ Masukkan dalam piping bag. Dan pipekan di atas doh roti kita tadi secara membulat seperti ubat nyamuk.

▶ Masa ni, boleh panaskan oven tau. Buat piping sampai habis roti

▶ Bakar dalam oven selama 20 minit dengan suhu 170 darjah Celsius. Gunakan api atas dan bawah

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan! Sedap di makan panas-panas.

 

BACA JUGA: Resepi Biskut Brownies Nutella. Kudapan Kayangan Yang Crunchy!

 

Waah! Teruja pulak bila tengok resepi yang dikongsikan ni. Ramai juga yang kongsikan mereka dah buat dan berjaya.

So korang yang cuba buat roti boy tu boleh lah follow je resepi roti boy yang saya kongsikan ni. Sekali buat menjadi, boleh lah ulang buat lagi dan lagi. Anak-anak suka maknya lagi gembira.

Resepi mudah, semua orang boleh try tau. Nanti dah buat jangan lupa share ye. Selamat mencuba semua!

Leave A Reply

Your email address will not be published.