Warning: fopen(/tmp/5fd8fc387287a5efdc5d05d8f02f62b9-sUBrFv.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/5fd8fc387287a5efdc5d05d8f02f62b9-sUBrFv.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Roti Sardin Sedap Dengan Bahan Sardin Meresap Dalam Roti. Tak Cukup Satu!

0 8,278

Sardin ni memang dah sinonim sangat dengan roti. Sama ada buat roti sandwich inti sardin, atau roti sardin gulung, semua ni dah jadi kegemaran. Ada satu lagi cara buat roti sardin sedap dan mudah je nak buat iaitu roti salut sardin goreng yang lembut dan menyelerakan.

Nak ikutkan bahan penyediaan sardinnya lebih kurang sama je dengan roti sardin lain. Cuma cara gorengan roti sardin tu yang menambatkan lagi rasa. Bila buat salut sardin, rasa roti lebih lembut dan tebal. Cicah pula dengan sos cili, memang tak cukup satu sorang.

Resepi ni antara resepi roti sardin viral yang dikongsikan oleh Cik Epal. Sedap sangat dengan pelbagai campuran bahan dalam sardin. Pedas, bahang, wangi, kesemuanya dapat dirasai.

Kalau nak jadikan bekalan anak-anak ke sekolah, sesuai sangat buat roti sardin goreng ni. Selain sedap, ianya juga mengenyangkan. Malah lebih jimat dapat sediakan sekali banyak.

Nak buat roti bentuk segitiga atau petak, terpulang pada anda. Janji keseluruhan bahagian roti dicelupkan dengan bahan sardin sepenuhnya sebelum digoreng. Barulah sedap dimakan.

 

RESEPI ROTI SARDIN SEDAP

Untuk perkongsian resepi ni, sukatan bahannya sesuai untuk hidangan satu keluarga. Kalau anda nak buat untuk 2-3 orang makan je, boleh kurangkan bahan separuh dari sukatan bahan yang disediakan.

Bahan-bahannya:
  • Roti Gardenia
  • 5 biji telur
  • Sardin size besar
  • 4 biji cili padi
  • 1 biji cili merah (dicincang)
  • 1 biji bawang besar (dicincang)
  • Daun bawang (dicincang)
  • Lada hitam
  • Garam

Cara buat roti sardin sedap:

▶️ Dalam 1 mangkuk, tuangkan 1 tin sardin dan sedikit sosnya (tak nak terlampau berair). Kemudian hancurkan isi sardin.

▶️ Dalam mangkuk lain pula, campurkan kesemua bahan lain iaitu bahan cincang, telur, garam dan lada hitam.

▶️ Kemudian gabungkan isi sardin yang dah dihancurkan dengan mangkuk bahan lain tadi. Pukul sehingga sebati.

▶️ Potong roti gardenia ikut suka bentuk apa anda mahu.

▶️ Kemudian celupkan roti ke dalam bahan sardin yang disebatikan tadi. Celup sehingga tenggelam.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali, dan masukkan roti sardin ke dalamnya.

▶️ Goreng sehingga masak dan warna keperangan.

▶️ Dah garing, boleh angkat dan toskan.

▶️ Sedia dihidang.

 

BACA JUGA: Jom Buat Sandwich Dengan Daging Burger. Teramat Sedap Dengan Sandwich Biasa!

 

Nak letak sos cili, mayonis, atau apa-apa pun. Terpulang pada citarasa anda. Buat hidangan sarapan pagi amat menyelerakan.

Roti yang dicelup sardin sebelum digoreng ni lebih enak sebab bahan-bahan sardin betul-betul sebati dan meresap ke dalam roti. Sebab tu bila makan boleh rasa perbezaan dengan roti sardin gulung.

Namun kedua-duanya masih sedap sebab asalkan sardin, kalau sedap bancuhan bahannya, maka sedaplah hasil gorengan roti sardinnya nanti. Jangan lupa mencuba roti sardin sedap ni!

Leave A Reply

Your email address will not be published.