Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Sandwich Simple Dan Sedap Macam Yang Dijual. Boleh Bawa Bekal Ke Pejabat.

0 9,236

Nak tukar selera kali ni tak nak bawa bekal nasi atau beli makanan di pejabat? Boleh cuba buat sandwich yang simple ni pula. Walaupun simple tapi rasanya sedap dan menyengangkan. Makan 2-3 biji sandwich pun dah cukup puas.

Kalau anda selalu makan roti sandwich yang dihidangkan kat rumah terbuka atau majlis tertentu, perasan kan rasa sandwichnya sedap dan ada berbagai rasa? Sebenarnya sandwich ni kalau nak ikutkan ada macam-macam jenis inti yang boleh dibuat.

Sama ada sardin, telur, ayam bbq dan sebagainya. Cuma secara asasnya bahan utama nak buat sandwich ni sebenarnya kebanyakan sama je. Contohnya seperti mentega, sos, serbuk lada hitam dan sebagainya.

Yang mana inti kegemaran anda boleh je dibuat. Tapi untuk kali ni kita kongsikan satu jenis hidangan sandwich yang simple dan mudah je untuk disediakan seperti yang ditunjukkan oleh Zaky Mat Ali ni.

Tak perlu banyak bahan, tapi janji cukup dengan bahan perasa yang menyedapkan rasanya lagi. Buat ibu-ibu yang buntu nak buat makan petang apa untuk anak-anak, bolehlah buat sandwich ni.

 

SANDWICH SIMPLE DAN SEDAP

Bahan atau inti sandwich ni mungkin ada yang tak sama dengan selera anda atau pun anda lebih suka jenis inti yang lain. Sebenarnya terpulang ikut selera. Senarai bahan dan cara nak buat sandwich seperti yang ditunjukkan ni boleh menjadi sekadar idea untuk anda.

Bahan-bahan:
  • Roti
  • Telur
  • Salad
  • Tomato
  • Sosej
  • Mayonis
  • Sos cili
  • Serbuk lada hitam
  • Mentega

Cara buat sandwich simple dan sedap:

▶️ Mula-mula gorengkan sosej.

▶️ Kemudian curahkan sikit sos cili, mayonis dan serbuk lada hitam padan sosej tersebut.

▶️ Rebuskan telur, kemudian kupas kulitnya dan hancurkan telur menjadi berketul-ketul.

▶️ Gaulkan telur rebus hancur tadi dengan mayonis.

▶️ Sediakan sekeping roti yang pertama, lepas tu sapukan dengan mentega.

▶️ Letakkan telur hancur campur mayonis tadi di atas roti.

▶️ Letakkan hirisan tomato atas telur.

▶️ Tindihkan dengan kepingan roti yang kedua.

▶️ Letakkan salad, kemudian atasnya letakkan sosej yang digaulkan dengan sos, mayonis dan serbuk lada hitam tadi.

▶️ Atas sosej letakkan sekali lagi telur hancur.

▶️ Dan tutup dengan lapisan roti yang ketiga.

▶️ Cucukkan setiap bucu roti dengan pencungkil gigi.

▶️ Kemudian hiriskan bahagian tepi.

 

BACA JUGA: Cara Buat Roti Sandwich Omelette Ayam Ham. Sedap Gila! Rugi Tak Cuba.

 

Dah siap hidangan sandwich yang sedap dan menyelerakan ni. Memang sedap dengan rasa lemak-lemak mayonis dan telur. Lepas tu lagi sedap bila adanya serbuk lada hitam sebagai penambah rasa.

Kalau anda nak tukarkan sosej goreng yang digaul sos dan mayonis tu, boleh je tukarkan dengan daging atau ayam hancur ke, dan letak perisa lain lagi seperti bbq, bolognese dan sebagainya.

Fuhh, buat banyak jenis memang puas nak makan. Tapi kalau nak buat sandwich yang simple dan sedap macam ni je pun dah cukup sedap. Janji anak-anak suka. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.