https://grandhusky.com/

giok77

https://wildcatsportswearchico.com/

https://www.finishingtouchtopeka.com/

slot gacor

slot777

slot server thailand

robopragma

slot nexus engine

sbobet

https://foundationcarepharmacy.com/

https://www.restaurant-odyssey.com/

slot mahjong ways

spaceman

slot spaceman

joker123

slot starlight princess

slot qris

slot deposit 25 bonus 25

sicbo online uang asli

slot rujak

slot thailand

slot gates of Olympus

bonus new member

power of ninja

slot bet 100

slot qris 5000

slot deposit 10000

slot deposit 10 ribu

joker123

https://leenailspain.com/

slot deposit qris

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Jom Buat Roti Bakar Rangup Ala Kopitiam Yang Super Marvellous ni. Mudah Dengan 3 Bahan Je!

0 7,117

Siapa kat sini pernah makan roti bakar kat kopitiam tu? Rotinya sedap penuh dengan mentega dan kaya, lepas tu garing dan rangup ya amat. Sekali makan buatkan kita craving. Apa kata bila teragak tu, jom buat roti bakar rangup ala kopitiam yang crunchy dan krup krap ni.

Simple dan sangat mudah sebenarnya nak buatnya. Hanya 3 bahan je iaitu roti, kaya dan mentega. Nak buat 3, 4 kali sehari pun no hal lah! Ehh, tapi selalunya kalau kita buat roti kaya mentega biasa kat rumah pun itu jugaklah bahan-bahannya kan?

Tapi kenapa berbeza pula rasanya dengan roti bakar kat kopitiam old town white coffee tu? Untuk pengetahuan, kat kopitiam tu mereka bakar roti atas bara. Kalau di rumah biasanya kita bakar dalam toaster atau pembakar roti je.

Nak kan roti rangup sedap dan krup krap macam kopitiam tu sebenarnya mudah. Kita bakar roti yang dah siap disapu kaya dan mentega dalam oven atau ketuhar dengan suhu yang tinggi. Tapi kena pandai-pandailah, jangan sampai hangit atau terlampau panas sebab nanti roti akan jadi terlebih keras.

Sebaiknya lepas bakar tu jangan makan terlampau lambat sebab nanti roti yang garing tu lama-lama akan keras juga. Jom cuba buat ikut cara yang dikongsikan oleh Ziera Xiera ni. Kalau ikut resepi ni, rahsia untuk sedap inti kaya menteganya tu ialah gunakan mentega buttercup. Bukan pakai mentega marjerin yang biasa kita makan dengan roti tu. Sebab tu rasa lebih berlemak bila lepas dibakar.

 

RESEPI ROTI BAKAR RANGUP ALA KOPITIAM

Roti bakar ni bukan hanya sedap disapu mentega dan kaya je. Boleh buat pelbagai perisa contohnya gantikan kaya dengan jem strawberi, atau apa-apa flavour yang digemari. Kemudian sapu dan bakarkan sekali dalam ketuhar. Yang itu buatkan roti bakar ni bertambah sedap dan wangi.

Bahan-bahannya:
  • Roti gardenia yang dipotong tepi
  • Kaya (apa-apa jenama pun boleh)
  • Mentega buttercup

Cara buat roti bakar rangup ala kopitiam:

▶️ Mula-mula sapukan kaya pada roti yang dah dipotong bahagian tepi.

▶️ Kemudian ambil mentega buttercup dan potong petak memanjang dalam bentuk kepingan. Bahagikan 3. Pastikan mentega buttercup ni keras.

▶️ Kemudian susun atas roti yang dah dah disapu kaya tadi.

▶️ Tutup roti tu dengan 1 keping lagi roti yang dah siap juga disapu kaya. Kemudian potong 2 roti tu.

▶️ Panaskan oven, dan bakar pada suhu 200c selama 10-15 minit bergantung pada oven masing-masing. Atau ikut tahap garing yang anda mahu.

▶️ Dah siap!

 

BACA JUGA: Bosan Dengan Roti Bakar Biasa. Jom Buat Roti Pisang Rangup Yang Sedap Macam Kedai Bakery!

 

Nyummy, sedapnya kalau makan roti bakar yang jauh lebih sedap dan rangup ni. Lepas tu dihidangkan pula dengan kopi panas. Nak buatnya pun sebenarnya mudah je.

Kalau selama ni makan roti bakar yang dibakar dalam toaster je, lepas ni jom buat roti bakar rangup ala kopitiam dengan bakar dalam oven pula.

Sebab rasa dia jauh lebih crunchy dan inti kaya dan mentega pun lebih berasa. Bolehlah buat selalu untuk anak-anak dan keluarga. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.