Segalanya Tentang Makan..

Kek Butter Cantik Bentuknya. Dengan Rasa Yang Sedap, Super Lembut Dan Gebu.

0 1,031

Kalau sebut je kek butter, semua tau yang kek ni simple je tapi rasanya bukan main sedap dengan aroma butter. Antara kek yang paling ringkas bahannya dan mudah untuk dibuat. Kek butter ni memang selalu dijadikan pencuci mulut santai untuk tetamu.

Sebab kek ni wangi dan kena dengan selera semua orang. Ciri-cirinya juga ringan, lembut dan gebu. Memang amat sesuai nak buat makan-makan santai. Perkongsian resepi kek butter kali ni agak special sikit sebab dibuat dalam loyang yang cantik.

Maka jadilah hasil kek yang cantik berbentuk. Agak kreatif coraknya dengan dua warna yang berselang seli. Kalau anda nak buat, boleh cuba resepi yang dikongsikan oleh Tini Ahmad ni. Ikut stepnya satu persatu.

Kek butter ni hanya perlukan 5 bahan je. Itu yang asas. Walaupun ringkas bahannya, tapi rasa dan bau kek semerbak lagi-lagi lepas dibakar. Makan macam tu sedap, atau nak cicah dengan kopi’o panas pun menyelerakan.

Untuk dapatkan corak cantik ni hanya perlukan pewarna je. Ikutlah pewarna apa yang anda suka. Tapi kalau dibuat kosong tanpa pewarna pun rasa enaknya masih sama.

 

RESEPI KEK BUTTER SEDAP

Nak dapatkan bentuk macam ni perlukan loyang berbentuk. Anda boleh dapatkan loyang macam ni di kedai-kedai alatan kek ataupun shopee dan Lazada. Bila dah pakai loyang macam ni tak perlu lapik loyang dengan baking paper. Sapukan marjerin pun dah cukup memadai.

Bahan-bahan:
  • 1 ½ cawan mentega (apa-apa brand pun boleh)
  • 1 cawan gula halus
  • 3 biji telur saiz A
  • 2 cawan tepung naik sendiri (jika guna tepung gandum perlu campur sikit serbuk penaik dalam 1 sudu teh)
  • 1 sudu teh rfb /shortening (optional)
  • 2 atau 3 jenis pewarna (kalau tak nak letak pun tak apa, nanti jadi kek kosong)
Cara buat kek butter:

 

▶️ Mula-mula masukkan mentega dan gula halus ke dalam bekas mixer.

▶️ Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan putih.

▶️ Lepas tu masukkan telur satu persatu dan pukul lagi secara perlahan.

▶️ Kemudian masukkan tepung sikit demi sikit dan kacau menggunakan teknik kaup balik sampai cantik sekata.

▶️ Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.

▶️ Titikkan pewarna dan gaul sebati.

▶️ Masukkan adunan dalam pipping bag.

▶️ Sapukan loyang siap-siap dengan mentega. Sambil tu panaskan oven juga.

▶️ Kemudian masukkan adunan ke dalam loyang ikut kreativiti masing-masing.

▶️ Caranya paipkan adunan kuning dan hijau secara berselang seli ikut aluran loyang.

▶️ Dan akhir sekali letakkan lapisan satu warna paling atasnya. Lepas masak nanti kek akan diterbalikkan masa keluarkan kek dari loyang.

▶️ Bakar pada suhu 160’c selama 40 minit ikut oven masing-masing.

▶️ Dah siap, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk dahulu.

▶️ Lepas tu terbalikkan untuk keluarkan dari loyang dan lihat bentuknya.

▶️ Sedia dipotong dan dihidang.

 

BACA JUGA: Resepi Kek Pisang Paling Mudah, 5 Minit Je. Guna Sukatan Cawan. Tapi Sangat Sedap Dan Moist.

 

Buat minum petang memang sedap. Kek butter ni memang sentiasa jadi kegemaran anak-anak. Rugi kalau tak buat waktu musim pkp ni.

Buatlah corak apa pun yang anda suka. Sebab kek butter ni memang rasa sama je. Sedap, lembut dan gebu. Tak kisah kalau anda nak buat banyak sebab kek ni boleh tahan lama juga nak makan 3-4 hari.

Tapi biasanya kalau enak macam ni, satu hari pun dah licin. Jangan lupa cuba resepi kek butter sedap dan terbentuk cantik ni!

Leave A Reply

Your email address will not be published.