pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Kek Coklat Bertingkat Ala Kek Indulgence Secret. Sedap Dengan Tekstur Lembut Dan Creamy.

0 1,288

Nak buat kek ni sebenarnya masih ramai tak berapa berani sebab takut tak menjadi atau tak dapat hasil yang diinginkan. Kek simple pun kita dah takut-takut, apatah lagi kalau kek yang mempunyai pelbagai rasa, rupa dan bentuknya. Pernah tak anda idamkan kek coklat bertingkat yang ada pelbagai rasa seperti kek indulgence ni?

Selalunya kek ni kalau nak merasa beli di kedai je. Harganya boleh tahan mahal disebabkan rupa dan rasanya yang agak kayangan. Tapi sekali sekala kalau teringin nak buat sendiri, boleh cuba resepi kek coklat bertingkat yang dikongsikan oleh Norizan Mohamed Norizan ni.

Patutlah harganya boleh tahan juga, sebab nak buat kek ni ada banyak step dan bahan-bahannya. Tapi berbaloilah dengan rasa kesedapannya.

Kek coklat yang moist dan juga lapisan krim mousse 2 jenis coklat di dalamnya buatkan kek ni nampak premium dan cukup mewah.

Serba serbi coklat dari kek bertingkat di dalamnya dan juga salutan coklat ganache di luar. Lepas siap kek ni pasti anda rasa teruja sebab hasilnya memang seakan kek indulgence secret.

 

RESEPI KEK COKLAT BERTINGKAT ALA INDULGENCE

Kek ni ada yang buatnya dalam seharian je. Ada juga yang buatnya dalam 2 atau 3 hari baru siap keseluruhannya sebab nak dapatkan hasil yang cantik dan menarik.

Peringkat pertama ialah membuat keknya dahulu. Dalam waktu yang sama, buat juga lapisan krim mousse dan perlu simpankannya dalam peti sejuk semalaman.

Keesokannya baru buat ganache yang akan disalutkan pada kek pada peringkat akhir. Ganache ni juga perlu disimpan dalam peti sejuk juga. Sebab tu mengambil masa 2-3 hari untuk membuatnya.

Bahan-bahan dan cara buat lapisan kek:
  • 3 biji telur gred A
  • 1 sudu besar ovelette
  • 160 gram gula perang asli atau 135 gram gula halus

▶️ Ketiga-tiga bahan ni masukkan dalam bekas mixer dan putarkan sehingga gebu.

  • 180 gram susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanilla

▶️ Masukkan ke dalam mixer dan putar lagi  sehingga sebati.

  • 60 gram serbuk koko
  • 220 gram tepung kek atau tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil baking soda

▶️ Ayakkan keempat-empat bahan ni ke dalam adunan dan kaup balik.

  • 135 gram minyak bunga / jagung / makan

▶️ Masukkan minyak ni juga dan kaup balik. Caranya, masukkan 4 sudu minyak kemudian kaup balik. Ulang sampai minyak habis.

▶️ Akhir sekali masukkan 150 ml air panas dan kaup balik.

▶️ Lapik loyang bersaiz 8 pada bahagian bawah dan tepi loyang.

▶️ Masukkan adunan ke dalam loyang.

▶️ Lorekkan dengan lidi pada adunan bertujuan untuk buang bubble.

▶️ Hentakkan sikit loyang untuk buat bubble dan biarkan padat.

▶️ Panaskan air pengukus, dan kukus selama 1 jam.

▶️ Bila dah masak, sedia untuk keluarkan dari pengukus.

▶️ Kemudian sediakan papan kek yang dilapiskan dengan baking paper.

▶️ Terlungkupkan kek atas papan kek dan buang kertas di tepi dan bawah kek. Kemudian biarkan sekejap dalam 5 minit.

▶️ Selepas tu terlungkupkan semula atas papan kek lain untuk kembalikan ke kedudukan asal.

▶️ Biarkan sejuk dalam peti ais.

Bahan-bahan dan cara buat krim mousse coklat:
  • 540 gram fresh cream (guna vivo line merah)
  • 170 gram chocolate blend beryl’s

▶️ Bahagikan kepada 340 gram dan 200 gram.

▶️ Putarkan fresh cream ni menggunakan mixer sampai soft peak. Pastikan jangan overbeat sebab nanti susah nak diratakan.

▶️ Kemudian ketepikan bahagian 340 gram tu.

▶️ Cairkan chocolate blend beryl’s dengan cara double boil.

▶️ Sementara masih panas, tuangkan adunan coklat ni ke dalam 340 gram fresh cream yang dah diputar tadi.

▶️ Kacaukan laju-laju untuk elak coklat berketul. Dan kacau sehingga sebati.

▶️ Dah siap mousse coklat.

Bahan-bahan dan cara buat krim mousse white choc:
  • Baki 200 gram fresh cream yang dah diputarkan tadi
  • 100 gram white choc coins

▶️ Cairkan white choc coins dengan kaedah double boil.

▶️ Kemudian tuangkan ke dalam 200 gram fresh cream yang kita dah pukul pada awal-awal tadi, dan kacau sebati.

▶️ Masukkan mousse coklat dan mousse white choc ni ke dalam pipping bag dan sejukkan dalam peti ais.

Bahan-bahan untuk buat ganache:
  • 300 gram chocolate blend beryl’s
  • 100 gram whipping cream/susu cair/susu full cream
  • 1 ½ sudu besar Nutella
Cara buat ganache:

▶️ Cairkan kesemua bahan dengan teknik double boil.

▶️ Sejukkan dan simpan dalam peti ais.

Cara buat kek lapisan coklat bertingkat ala indulgence:

▶️ Kek coklat moist yang dah disejukkan awal-awal tadi dipotong kepada 4 bahagian secara mendatar.

▶️ Lapisan pertama ialah kek.

▶️ Kemudian picitkan mousse white choc dan ratakan.

▶️ Letakkan lapisan kedua kek di atasnya.

▶️ Picitkan mousse coklat pula dan ratakan.

▶️ Letakkan lapisan ketiga kek di atasnya.

▶️ Picit dan ratakan mousse white choc di atasnya.

▶️ Letakkan lapisan keempat kek.

▶️ Dan akhir sekali picit dan ratakan mousse coklat.

▶️ Masukkan kek dalam peti ais sebentar.

▶️ Dan untuk bahagian yang terakhir, keluarkan coklat ganache dari peti sejuk dan double boil kan semula.

▶️ Kemudian terus tuang atas kek sebab coklat ganache perlu dalam keadaan suam semasa ingin dituangkan di atasnya.

▶️ Ratakan dengan pisau rata kek. Pastikan pisau rata ni dicelup dengan air panas dan dilap, barulah boleh digunakan untuk ratakan bahagian kek yang cair ni untuk pastikan kekal cantik.

▶️ Masukkan dalam peti sejuk untuk lebih nikmat bila dimakan nanti.

 

BACA JUGA: Kek Coklat Moist Bakar Sukatan Cawan, Dengan Topping Coklat Leleh!

 

Fuuh, sekali buat boleh pecah peluh. Tapi lepas siap dan makan waktu sejuk-sejuk betul-betul terasa nikmatnya.

Kek coklat ni memang sentiasa digilai semua peringkat umur tak kira kanak-kanak atau dewasa. Sekurang-kurangnya kalau dapat mencuba buat kek ni pun dah cukup berpuas hati.

Lagi-lagi kalau dapat hasil kek coklat bertingkat seperti kek indulgence yang selama ni diidamkan. Mungkin tak sama sepenuhnya, tapi masih sedap dan enak untuk dinikmati sekeluarga. Jangan lupa mencubanya. Semoga berjaya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.