Segalanya Tentang Makan..

Kek Coklat Moist Bakar Sukatan Cawan, Dengan Topping Coklat Leleh!

0 2,847

Bagi peminat kek coklat, ini dia salah satu resepi kek coklat moist yang anda boleh buat. Sangat cantik kejadian kek ni sebab lembut dan moist walaupun dibakar. Fuhh, memang tergoda melihatnya. Lagi-lagi dengan lelehan coklat ganache sebagai topping.

Kek coklat moist bakar ni mudah je untuk dibuat. Bolehlah nak buat pemanis mulut santai-santai di rumah. Ada yang anggap kek bakar ni susah nak dapatkan yang moist atau lembab jika bakar dalam oven. Sebab fikirkan ianya hanya akan menjadi kalau dikukus sahaja.

Sebenarnya kek moist boleh juga terhasil jika dibakar, malah padat dan lembut tekstur di dalamnya. Bahagian luar pula terasa garing-garing. Itu yang membuatkan sedap untuk dinikmati setiap suapan.

Tambahan lagi ada lapisan coklat ganache leleh yang dihias lagi dengan topping coklat chip dan badam. Topping coklat leleh inilah yang buatkan sedap dan cair di mulut.

Kalau anda nak cuba, jom ikut perkongsian resepi dari Puteri Hana Sofea ni. Resepinya mudah dan sediakan step by step. Bagi yang nak berniaga pun boleh rujuk resepi ni.

 

RESEPI KEK COKLAT MOIST BAKAR SUKATAN CAWAN

Untuk sukatan bahan dalam resepi ni, boleh hasilkan 4 bekas aluminium food container. Bolehlah kalau nak menikmatinya sekeluarga.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Tepung gandum 2 cawan
  • Serbuk koko 1 ½ cawan
  • Gula perang 2 ½ cawan
  • Baking soda 1 sudu kecil
  • Baking powder 1 sudu kecil
  • Garam ½ sudu kecil
  • Telur gred A 2 biji
  • Buttermilk ½ cawan (campuran susu dengan 1 sudu kecil perahan lemon dan biarkan selama 15 minit)
  • Air panas ½ cawan (air kopi o tanpa gula)
  • Olive oil ½ cawan
  • Esen vanilla 1 sudu kecil

 

Cara buat kek coklat moist bakar:

▶️ Mula-mula panaskan oven dulu pada suhu 170’c.

▶️ Kemudian dalam 1 besen, satukan tepung gandum, serbuk koko, gula perang, baking soda dan baking powder.

▶️ Gaul rata bahan-bahan ni menggunakan whisk.

▶️ Lepas tu masukkan kesemua bahan-bahan yang lain dan gaulkan kesemuanya menggunakan whisk sehingga sebati.

▶️ Kemudian tuang ke dalam aluminium food container separuh bekas sebab nanti kek akan naik.

▶️ Bakar pada suhu 170’c selama 40-50 minit atau sehingga masak.

▶️ Sementara kek tengah bakar, jom buat topping coklat ganache leleh.

 

Bahan-bahan coklat ganache:
  • Dark chocolate compound coins 1 cawan
  • White coklat compound coins ½ cawan
  • Dairy whipping cream 1 cawan
  • Olive oil atau minyak masak dalam 1 sudu besar
  • Salted butter

 

Cara buat coklat ganache:

▶️ Mula-mula panaskan periuk. Kemudian masukkan kesemua bahan ke dalamnya.

▶️ Masak adunan ni dengan cara double boil sehingga semua bahan larut. Perlu sentiasa mengacaunya.

▶️ Bila dah sebati dan cair sepenuhnya, padamkan api dan ketepikan dulu biar sejuk.

▶️ Lepas kek dah siap dibakar tadi, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk juga.

▶️ Kemudian baru siramkan coklat ganache ke atas kek.

 

BACA JUGA: Kek Coklat Tornado Super Sedap Cair Di Mulut. Tengok je Pun Dah Terliur!

 

Bolehlah nak hiaskan dengan badam dan coklat chip untuk rasa lebih crunchy bila digigit. Memang sedap kek ni bila semua bahan berasaskan coklat.

Sekali bancuhan boleh dapat 4 food container sekali gus. Memang puas kalau dapat makannya sekeluarga. Bolehlah lepas ni mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.