Segalanya Tentang Makan..

Kek Lobak Merah Sedap, Mudah Dan Confirm Jadi! Siap Hiasan Frosting Ala Kedai Kek.

0 5,899

Bila anda tengok orang buat kek macam kedai bakery, pernah tak anda teringin nak buat kek cantik macam mereka? Selalunya susah nak mula sebab takut tak jadi kan? Untuk permulaan mungkin anda boleh cuba buat kek lobak merah yang sedap, mudah dan confirm jadi ni.

Dalam banyak-banyak kek, kek lobak merah ni antara yang mudah anda boleh buat. Bukan sahaja keknya, malah hiasan pun boleh buat yang simple tapi sedap mata memandang. Contohnya kek lobak merah dengan frosting cream cheese yang dikongsikan oleh Chef Azizi Rais ni.

Mungkin ada lagi yang kurang biasa dengan kek lobak merah. Atau ada yang tak pernah dengar. Kek lobak merah ni sedap dengan rasa manis-manis dan sirat lobak merah dalam kek.

Yang penting, kek ni kalau nak sedap perlulah lembut, gebu dan wangi. Kadang-kadang apa-apa perasa pun kalau kek tak gebu dan lembut, boleh potong selera juga.

Dalam pembuatan kek, cara membakarnya antara yang penting untuk diambil kira. Perlu pastikan kek masak cantik sekata tanpa ada yang hangus di bahagian atas dan bawah.

 

RESEPI KEK LOBAK MERAH

Resepi kek ni ialah resepi chef, tapi ditunjukkan resepi yang simple je untuk mudah anda cuba. Selain tu, ada banyak tips yang dikongsikan yang amat bermanfaat anda boleh ikut.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 2 cawan gula icing
  • 4 biji telur (gred B)
  • 1 ½ cawan minyak sayur
  • 2 cawan tepung naik sendiri (self rising flour)
  • ½ sudu teh baking soda
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 batang lobak merah (diparut halus)
  • Secubit serbuk kayu manis  (optional)
Bahan topping/frosting:
  • 250 gram cream cheese
  • 100 gram gula icing
  • 100 ml whip cream

Cara buat kek lobak merah:

▶️ Mula-mula parut atau sagat lobak merah.

▶️ Parutnya sehingga halus. Kemudian ketepikan.

▶️ Dalam bekas mixer yang sesuai, satukan minyak, telur dan gula icing.

▶️ Kemudian putarkan dengan kelajuan yang tinggi selama 10 minit atau sampai likat dan putih.

▶️ Lepas tu masukkan tepung, baking soda, baking powder dan serbuk kayu manis (pastikan tak banyak sebab boleh spoil rasa lobak merah.

▶️ Masukkan juga lobak merah parut dan kaup balikkan sehingga sebati.

▶️ Sebelum tu panaskan oven siap-siap.

▶️ Sediakan loyang saiz 8 dan alaskan dengan baking paper di bahagian bawahnya.

▶️ Tuangkan adunan kek dalam loyang dan bakar selama 1 jam dengan suhu 170’c atau sampai masak.

▶️ Tips penting dalam membuat kek ni ialah bakar kek di rak bahagian bawah sekali.

▶️ Secara asasnya haba panas akan naik ke atas dan berkumpul di atas. Ini memudahkan kek masak serentak sebab haba dah naik ke atas untuk adunan kek yang tinggi ni.

▶️ Ini tips untuk buat kek je. Kalau buat biskut atau roti, naikkan sikit rak sebab untuk elakkan bahagian bawang terlebih garing dan bahagian atas masih mentah.

▶️ Sementara kek nak masak, boleh buat adunan topping.

▶️ Caranya putarkan cream cheese dan gula icing sampai putih.

▶️ Kemudian masukkan whip cream dan pukul lagi sampai likat dan kental.

▶️ Lepas kek dah masak, sejukkan sekejap.

▶️ Potong kek kepada 2 lapisan. Lepas tu sapukan cream di antara kek dan ratakannya.

▶️ Selebihnya boleh deco dengan menggunakan cake comb. Selepas dah letak cream di bahagian tepi, letakkan cake comb di tepi sambil pusingkan di atas turn table.

▶️ Baki cream boleh masukkan dalam pipping bag, dan gunakan nozzle saiz 11 untuk buat corak macam dalam gambar.

▶️ Untuk bahagian kacang tu gunakan kacang tanah yang dihancur kasar. Kalau nak letak badam hancur pun boleh juga.

▶️ Nak dapatkan hasil kacang cantik melekat pada tepi kek, letakkan kacang atas telapak tangan dan pusingkan kek tu sambil tekap perlahan-lahan.

▶️ Untuk bahagian lobak merah kecil atas kek pula, masukkan dalam kertas minyak, lepas tu guntingkan bahagian depan tak terlalu besar. Paipkan atas kek.

 

BACA JUGA: Cara Buat Kek Magic Chocoflan, Sedap Dengan 2 Lapisan. Ikut Resepi Ni. Mudah Dan Pasti Jadi.

 

Hasil keknya memang cantik memukau. Orang kata nak buat kek ni tangan kena biasakan juga. Lagi-lagi kek yang mempunyai hiasan seperti resepi ni.

Puas hati kalau hasil keknya lembut dan gebu. Bukan semata-mata cantik luaran je. Bila makan boleh berasa manis dan wangi, serta lembut creamnya.

Lepas ni kalau nak buat hari jadi kat rumah, bolehlah buat kek lobak merah yang sedap, mudah dan cantik hiasannya ni. Hasilnya pun macam kedai. Boleh berjimat. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.