Segalanya Tentang Makan..

Kek Minyak Sunquick Kukus Sukatan Cawan. Sedap Dan Bau Semerbak. Sekejap Je Licin.

0 16,922

Tengok gambar kek ni terus rasa craving nak makan kek kan? Padahal kek ni simple je. Tak ada topping bagai. Tapi kek minyak sunquick kukus ni bukan macam kek biasa. Ada aromanya dan sedap makan bila-bila masa. Makan santai-santai sambil tengok tv tak perasan dah licin.

Kek ni yang pertama buatkan sedap dah tentu rasanya. Kedua bila teksturnya lembut dan gebu. Itu yang buatkan makan tanpa henti sebab anda tak akan cepat muak. Lagi pula perisa sunquick yang sedap dan wangi.

Resepi kek minyak sunquick yang dikongsikan oleh Masni Bahari ni mudah je nak buat. Cuma kenalah ikut sukatan bahan-bahannya dengan betul dan jangan derhaka dengan resepi.

Kalau nak ikutkan buat adunan bahannya sekejap je siap. Sebab bahan sikit. Agak kena menunggu tu waktu mengukus kek je. Itu pun tak sampai 1 jam. Tak sedar kek dah siap dan boleh terus ngap.

Buat seloyang confirm habis sehari je ni. Anak-anak mesti paling suka. Sebab kek oren kan. Rasanya tu mesti kena dengan selera mereka. Jom lihat cara buat kek yang sedap ni.

 

RESEPI KEK MINYAK SUNQUICK KUKUS SUKATAN CAWAN

Kek ni kalau dikukus sebenarnya lagi sedap. Sesetengah orang lebih suka kek kukus daripada bakar. Sebab tekstur gebunya tu lebih terasa. Lagi-lagi jenis kek span yang lembut macam ni. Tapi tak bermakna kalau bakar tak sedap. Ikut selera masing-masing juga.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 4 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula (dikisar halus)
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu besar ovelet
  • 1 sudu besar baking powder
  • 3 sudu besar pati sunquick (terpulang kalau anda nak masukkan lebih)
  • Sedikit pewarna oren
Cara buat kek minyak sunquick kukus:

▶️ Sediakan mangkuk/bekas mixer. Masukkan telur, gula, ovelet, baking powder, pati sunquick dan pewarna oren.

▶️ Putar sampai adunan jadi gebu.

▶️ Lepas tu baru tuangkan susu cair dan minyak. Mixer sehingga sebati.

▶️ Kemudian masukkan tepung dan adun sebati.

▶️ Sediakan loyang yang sesuai.

▶️ Sapukan minyak pada loyang dan lapikkan dengan baking paper.

▶️ Sambil tu panaskan air pengukus.

▶️ Tuang adunan ke dalam loyang dan masukkan dalam pengukus. Pastikan air pengukus dah betul-betul mendidih ya.

▶️ Kukus selama 45 minit atau sehingga kek masak.

▶️ Jangan lupa tutup tudung periuk dengan kain supaya air wap tak menitik atas kek.

▶️ Nak lihat sama ada kek dah masak, cucuk lidi di tengah kek dan lihat sama ada adunan kek melekat pada lidi atau tak. Kalau tak ada, bermakna kek dah masak.

 

BACA JUGA: Cara Buat Kek Butter Orang Lama, Lebih Gebu Dan Moist. Mudah Hanya 5 Bahan Je!

 

▶️ Dah siap, keluarkan kek dari loyang.

▶️ Kemudian potong dan sedia untuk dihidang.

Untuk lebih menarik, sebelum kukus kek, anda ambil sikit adunan dan letakkan pewarna yang anda suka. Lepas tu tuangkan di atas kek masa dah masuk dalam loyang. Lorek dengan lidi untuk jadikan corak.

Tegoklah hasilnya, bukan je sedap. Cantik dan menarik juga. Tak ada lah nampak kosong je kek anda. Lepas bakar boleh bau harum semerbak perisa oren sunquick tu.

Nak makan santai-santai atau nak buat minum petang memang sesuai kek minyak sunquick kukus ni. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.