Segalanya Tentang Makan..

Kek Red Velvet Cheese Leleh. Beli Tepung Red Velvet Kat Kedai Eco Je.

0 2,123

Nak buat kek sedap ni tak perlu modal besar pun dah boleh dapat hasil yang sedap dan memuaskan. Sudahlah murah, senang pula tu nak membuatnya. Kek red velvet cheese leleh ni antara kek atau pemanis mulut yang anda boleh buat santai-santai. Sekejap  je dah siap boleh terus ngap.

Sekarang ni kalau pergi ke kedai kek, kek red velvet ni selalu jadi hot selling. Bukan je warna kek tu cantik, tapi rasa dia sedap dengan aroma seakan koko. Biasanya kek red velvet ni dibuat moist dan lembut teksturnya.

Dengan rasanya yang sedap ni sesuai kalau dibuat topping cheese leleh. Resepi kek red velvet topping cheese leleh ni dikongsikan oleh Liza Idris. Pertama kali beliau buat terus menjadi dan sedap. Bahan-bahan yang digunakan ringkas je dan mudah.

Kek red velvet ni dikukus je untuk dapatkan hasil yang lembap. Kalau letak cheese leleh tebal-tebal menyeliputi kek, memang sedap dipotong dan makannya terus cair di mulut.

Buat untuk anak-anak pasti mereka teruja. Confirm lepas tu jadi kek favorite anda sekeluarga. Jom lihat cara membuatnya.

 

RESEPI KEK RED VELVET CHEESE LELEH

Kalau nak buat kek lebih ‘rich’ dan nampak mahal seperti kedai kek, boleh taburkan lagi cheese parut atas permukaan cheese leleh tadi. Kemudian taburkan lagi kek hancur sebagai hiasan.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Telur 1 biji
  • Minyak masak 5 sudu
  • Gula ½ cawan
  • Tepung red velvet kedai Eco 2.10
  • Air 80 ml

Bahan-bahan cheese leleh:
  • Susu pekat ½ cawan
  • Cream cheese 200 gram
  • Sedikit cheese untuk diparut
  • EO Lemon 1 titik (nak jimat, boleh gantikan dengan esen vanilla atau jus lemon)

Cara buat kek red velvet cheese leleh:

▶️ Masukkan telur, minyak masak dan gula ke dalam bekas mixer (dalam gambar masukkan 2 biji telur sebab buat dua adunan terus).

▶️ Kemudian putar sehingga kembang.

▶️ Kemudian masukkan tepung red velvet tadi.

▶️ Dan masukkan juga air 80 ml sedikit demi sedikit sambil putar sehingga adunan sebati.

▶️ Adunan akan kelihatan seperti ni.

▶️ Sediakan loyang saiz sederhana. Sebaiknya alaskan dengan kertas minyak supaya mudah nak keluarkan kek nanti tanpa melekat.

▶️ Tuangkan adunan tak perlu tebal sangat. Sedia untuk dikukus.

▶️ Kukus selama 40 minit.

▶️ Sambil tunggu kek dikukus, jom buat dulu cheese leleh.

Cara buat cheese leleh:

▶️ Masukkan kesemua bahan ke dalam mixer.

▶️ Kemudian pukul sehingga adunan kembang.

▶️ Dah siap.

▶️ Bila kek dikukus tadi dah masak, terbalikkannya.

▶️ Bahagian tak rata kek di atas tu nanti kikiskan sikit untuk ditaburkan sebagai hiasan nanti.

▶️ Cheese leleh yang kembang tadi masukkan ke dalam piping beg.

▶️ Kemudian piping kan atas permukaan kek.

▶️ Taburkan cheese parut di atasnya lagi bersama dengan taburan kek yang dihancurkan tadi.

 

BACA JUGA: Kek Coklat Tornado Super Sedap Cair Di Mulut. Tengok Je Pun Dah Terliur!

 

Dah siap, boleh masukkan dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum dimakan. Barulah sedap menikmatinya!

Resepi kek red velvet ni antara yang mudah anda boleh buat. Kalau pening-pening nak buat dessert apa untuk anak-anak, buat je terus kek ni.

Bahannya simple je. Dan proses pun hanya putarkan bahan dan kukus. Terus dapat makan kek yang moist dan sedap. Jangan lupa mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.