Segalanya Tentang Makan..

Kek Red Velvet Gebu, Dengan Topping Cheese Leleh Banjir. Resepi Power Bikin Terliur!

0 4,601

Tak puas rasanya kalau beli kek yang macam hipster-hipster sikit yang selalu dijual tu kan. Sebab yang datang biasanya dalam packaging yang kecil. Ini antara kek yang sedap yang tak boleh nak lupa rasanya. Iaitu kek red velvet gebu dengan lelehan cheese banjir.

Sekarang makin banyak jualan kek sebegini di pasaran. Cuma perisa-perisa kek yang berlainan. Ada yang buat kek coklat, kek pandan dan sebagainya. Kali ni amat tertarik dengan kek red velvet yang dijual oleh Noor Syafiqah Muhamad ni.

Cantik dan gebu kejadian keknya. Ditambah pula lagi dengan topping lelehan cheese banjir dan parutan cheese yang buatkan bertambah sedap dan melting bila dinikmati.

Disebabkan laku keras jualan kek ni, dengan baik hati beliau kongsikan resepinya. Dapat kita manfaatnya bersama. Rasa kek ni memang sedap secantik rupa kejadian.

Ada rahsia nak buat kek red velvet yang gebu gebas sebegini. Begitu juga toppingnya yang melimpah ruah dan super creamy. Rugi kalau tak cuba!

 

RESEPI KEK RED VELVET CHEESE LELEH

Kek red velvet ni bukan je cantik warnanya, tapi wangi dan sedap dengan menggunakan emulco red velvet. Kombinasinya dengan sos cheese leleh nanti memang sepadan dan menaikkan lagi rasanya.

Bahan-bahan kek red velvet:
Bancuhan buttermilk red velvet:
  • 1 sudu besar pewarna merah
  • 1 sudu besar emulco red velvet
  • 1 sudu besar cuka makan
  • 1 tin susu cair

Bahan lain:
  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan (tak penuh) minyak
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 biji telur gred B (kalau guna gred A pakai 1 je)
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1 sudu teh cuka makan
Cara buat kek red velvet:

▶️ Bancuhkan buttermilk red velvet dulu.

▶️ Caranya, masukkan pewarna merah, emulco red velvet dan cuka makan dalam 1 bekas.

▶️ Masukkan susu cair  juga di dalamnya. Kemudian kacau sampai sebati.

▶️ Biarkan dalam 10 minit dan ketepikan. Sambil tu sediakan bahan lain.

▶️ Ayak tepung gandum bersama dengan baking powder.

▶️ Dalam bekas lain, masukkan gula halus ke dalamnya.

▶️ Kemudian masukkan minyak.

▶️ Masukkan juga esen vanilla.

▶️ Putarkan campuran bahan ni dengan mixer sampai sebati.

▶️ Lepas tu masukkan telur satu persatu dan putar dengan kelajuan yang tinggi.

▶️ Kalau dah keluar-keluar buih tu tandanya dah siap.

▶️ Perlahankan mixer, dan masukkan perlahan-lahan tepung yang dah diayak tadi berselang seli dengan bancuhan buttermilk red velvet.

▶️ Pukul sebati sehingga jadi macam ni.

▶️ Dalam mangkuk kecil, campurkan 1 sudu teh baking soda dan 1 sudu teh cuka makan.

▶️ Biarkan berbuih, dan kemudian masukkan dalam adunan kek yang dah siap tadi.

▶️ Sediakan loyang saiz 6 bentuk donut.

▶️ Sapu acuan dengan minyak di sekelilingnya supaya mudah nak keluarkan kek nanti.

▶️ Dan masukkan adunan kek ke dalamnya ¾ penuh acuan.

▶️ Kukuskan selama 40 minit. Sebelum tu pastikan air pengukus dah betul-betul panas. Jangan lupa juga lapik penutup pengukus dengan kain.

▶️ Dah siap!

▶️ Adunan ni boleh dapat 2 biji kek.

▶️ Kemudian boleh buat cheese lelehnya pula.

Untuk adunan cheese leleh ni, disebabkan pemilik resepi ni buat niaga, bancuhannya ialah untuk 20 biji kek. Jadi, anda boleh kurangkan atau agak-agak bersesuaian dengan berapa banyak kek anda buat dan berapa banyak cheese yang ingin dituang ke atas kek nanti.

Bahan-bahan untuk cheese leleh:
  • 1 mangkuk penuh cream cheese
  • 6 sudu besar susu pekat (kalau nak manis lagi boleh tambah di akhir-akhir nanti)
  • 2 kotak whipping cream

 

  • 2 tin susu cair atau susu segar
  • Cheddar cheese (untuk cheese parut di atas nanti)
Cara buat cheese leleh:

▶️ Satukan semangkuk cream cheese dengan susu pekat.

▶️ Kemudian putarkan dengan mixer.

▶️ Ini hasil cream cheese dan susu pekat yang diputarkan tadi.

▶️ Kemudian masukkan 2 kotak whipping cream, dan putarkan sehingga kental.

▶️ Masukkan susu cair atau susu segar ikut nak leleh macam mana.

▶️ Putarkannya sebati dan rasa sikit kalau cukup lemak berkrim ikut tekak anda.

▶️ Ini hasil cheese leleh yang cantik teksturnya.

▶️ Sedia dicurahkan atas kek.

▶️ Nak lagi sedap, taburkan parutan cheese ikut seberapa banyak anda suka.

▶️ Boleh tambah lagi apa-apa topping ikut kreativiti anda, contohnya serpihan kek red velvet dan coklat chips.

 

BACA JUGA: Cara Buat Kek Lapis Strawberi Sedap, Cantik Bertingkat Macam Kedai Bakery. Guna Bahan Mudah Je.

 

Memang puas hati kalau buat kek ni menjadi seperti yang dijual. Lepas ni kalau teragak, boleh buat sendiri. Malah boleh bertukar-tukar selera kepada kek lain pula contohnya kek coklat.

Sebenarnya lihat bahan-bahan buat kek ni tidaklah banyak mana. Dan mudah juga untuk dibuat. Begitu juga cheese lelehnya. Kalau lihat basic bahan dan step, boleh agak-agak nak dapat hasil yang macam mana, sama ada nak pekat lebih atau kurang.

Kek red velvet gebu dan cheese leleh banjir ni memang sesuai dengan nama kek yang sedap ni. Bolehlah nanti mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.