Segalanya Tentang Makan..

Kek Sarang Semut Sedap Atau Dipanggil Kek Gula Hangus. Resepi Yang Menjadi Dan Cantik Kejadiannya!

0 10,298

Lepas je potong kek ni dan nampak jalur-jalur pada kek serta lubang-lubang kecil di dalamnya, mesti teruja melihatnya kan? Wahh, dah confirm menjadi buat kek sarang semut yang sering orang viralkan tu! Kek sarang semut sedap sebab manis dan teksturnya kenyal.

Kalau yang tak biasa makan, sekali cuba mesti jatuh cinta. Muak juga kan bila selalu makan kek yang moist gebu yang selalu dibuat tu. Sekali-sekala try buat kek yang sejenis kenyal macam ni layan juga. Tak tahu kenapa kek ni ada tekstur sebegitu.

Mungkinkah sebab gula biasa dimasak dulu sehingga mencair dan keperangan, dan kemudian dicampurkan dengan tepung menjadi satu adunan? Sebab itulah mungkin ianya dipanggil kek gula hangus.

Sedap sangat kalau buat hidangan minum petang. Resepi kek sarang semut sedap yang dikongsikan oleh Iedaa Jahaya ni boleh dijadikan panduan pada yang nak mencuba. Tengoklah hasilnya. Cantik berkilat dan kenyal bila dipicit.

Untuk dapatkan kek yang banyak jalur sarangnya dalam keadaan cantik dan gebu, adunan kek akan diperap dulu selama 1 jam sebelum dibakar. Jom lihat cara membuatnya.

 

RESEPI KEK SARANG SEMUT ATAU GULA HANGUS

Kek sarang semut ni antara kek legend juga. Sering dibuat untuk hidangan tetamu kalau kenduri kecil-kecil di kampung. Bolehlah jadi idea hidangan pemanis mulut kalau anda nak hidangkan untuk tetamu yang bertandang nanti.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan gula:

  • Gula pasir 250 gram
  • Air panas 250 ml

 

Bahan tepung:
  • Tepung ubi 80 gram
  • Tepung gandum 80 gram
  • 1 sudu kecil soda
  • 1 sudu kecil baking powder

 

Bahan lain:
  • Susu pekat 2 sudu besar
  • 70 gram butter yang dicairkan
  • Telur 3 biji
  • Esen vanilla

Cara buat kek sarang semut:

▶️ Mula-mula sediakan bahan gula.

▶️ Masak gula pasir sehingga cair dan keperangan. Masukkannya sikit-sikit.

▶️ Kemudian masukkan 250 ml air yang panas mendidih. Kacaukan sehingga mendidih dan padamkan api. Ketepikan dulu.

▶️ Dalam satu mangkuk atau besen, campurkan kesemua bahan tepung. Tak perlu ayak pun tak apa sebab nanti bancuhan ni akan ditapis.

▶️ Seterusnya masukkan gula dimasak tadi sikit demi sikit dan kacaukan sehingga sebati.

▶️ Kemudian masukkan susu pekat dan butter dan kacau sehingga sekata.

▶️ Masukkan telur dan esen vanilla dan kacau lagi sampai betul-betul sebati.

▶️ Sediakan loyang, dan tuangkan adunan ke dalam loyang sambil tapiskannya . Dan perap selama 1 jam.

▶️ Selepas tu, bakar adunan kek ni pada suhu 150’c dalam 40 minit.

▶️ 20 minit pertama pakai api bawah dahulu.

▶️ Dan 20 minit kemudian bakar gunakan api atas bawah.

 

BACA JUGA: Roti Sarang Lebah Lembut, Gebu Dengan Sos Butterscotch Creamy. Sedap Sangat. Rugi Tak Cuba!

 

Dah siap, bolehlah keluarkan dan potong untuk dihidangkan. Kalau tengok kek ni, keknya gelap-gelap dengan warna hitam atau merah keperangan. Itu yang buatkan hidangannya cantik dan menyelerakan.

Lagi-lagi kita tahu pula kek ni ada tekstur yang lembut dan menarik, serta mempunyai rasa yang manis dan berlemak. Lepas ni kalau nak cuba, bolehlah ikut resepi kek sarang semut sedap yang dikongsikan ni. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.