Buat yang suka makan makanan yang bercheese, boleh buat korean garlic cheese bread ni. Atau nama lainnya roti korea keju bawang putih. Buat sendiri serius sedap boleh letak banyak mana cheese anda suka.
Ada 2 bahan yang anda perlu sediakan iaitu sos garlic dan juga bahan inti yang mana mudah dan ringkas je cara penyediaannya. Lepas tu masukkan dan sapu bahan-bahan ni pada roti burger biasa je. Bakar sehingga cheese cair dan roti menjadi rangup.
Sedapnya tak boleh nak gambarkan. Anak-anak mesti suka! Buat sebuku dua roti belum tentu cukup ni. Kalau tengok hasilnya dah macam roti cheese macam kat kedai tu.
Selain roti burger, kalau nak pakai roti sosej atau oblong pun boleh juga. Janji potong roti tu kemas-kemas jangan sampai terputus. Barulah mudah nak masukkan ramuan dan cantik lepas dibakar.
Buat ibu-ibu yang tak tahu nak buat apa untuk makanan santai anak-anak pada waktu petang, bolehlah buat Korean garlic cheese bread ni. Ikut resepi yang dikongsikan oleh Tyra Manan.
RESEPI KOREAN GARLIC CHEESE BREAD (ROTI KOREA KEJU BAWANG PUTIH)
Roti ni sedap kalau makan panas-panas. Lepas je bakar, boleh bau haruman roti dengan bahan cheese, butter dan macam-macam lagi. Waktu cheese meleleh panas tu buatkan tak tahan nak makan terus.
Bahan-bahan so garlic:
- Bawang putih (dicincang)
- Butter 100 gram
- Mayonis 2 sudu makan
- Telur 1 biji
- Parsley
Cara penyediaan sos garlic:
▶️ Mula-mula cairkan butter dulu. Kemudian biarkan sejuk seketika.
▶️ Baru campurkan kesemua bahan lain.
▶️ Kalau campurkan kesemua bahan waktu butter masih panas nanti telur jadi masak macam telur goreng.
Bahan-bahan inti:
- Cream cheese 250 gram
- Susu pekat 2 sudu makan
Cara penyediaan bahan inti:
▶️ Campurkan cream cheese dengan susu pekat.
▶️ Mix kan sampai sebati.
▶️ Lepas tu masukkan dalam pipping bag.
Cara pipe adunan cheese ke dalam roti:
▶️ Sediakan roti burger yang dah siap dipotong 6 tanpa putus. Kalau nak gunakan roti sosej pun boleh. Potong kemas jangan sampai putus.
▶️ Kemudian pipe kan adunan pada celah-celah roti yang dah dibelah.
▶️ Sapu sos garlic di atas roti.
▶️ Panaskan oven siap-siap sebelum tu, dan bakar roti pada suhu 150-160 degrees selama 10-15 minit ikut oven masing-masing.
▶️ Dah siap, sedia untuk hidangkan.
BACA JUGA: Jom Buat Kimbap Korea. Mudah Je Dan Dijamin Sedap. Buat Versi Selera Melayu. Confirm Repeat!
Bau semerbak lepas je bakar buatkan kita terliur. Roti cheese ni boleh jadi idea untuk hidangan santai tetamu juga. Terutama untuk kanak-kanak. Nak buatnya pun tak lah susah mana.
Buatlah sebanyak mana cheese yang anda nak letak. Tapi kalau dapat yang leleh macam ni serius sedap. Anak-anak pun mesti suka.
Hujung minggu ni bolehlah cuba buat korean garlic cheese bread ni. Sekali sekala layan roti cheese dari makan roti biasa je. Selamat mencuba!