Segalanya Tentang Makan..

Resepi Bread Butter Pudding Terlajak Sedap! Nampak Mewah Dengan Bahan Tambahan!

0 878

Bagi yang gilakan pemanis mulut, pernah tak anda cuba buat resepi bread butter pudding ni? Selalu kita nampak orang buat bread butter pudding simple je atau letakkan kismis dan mix fruits kan?

Kali ni apa kata kita buat advance sikit. Letakkan nenas dan beri hitam yang terus membuatkan puding roti kita nampak betul-betul mewah dan terlajak sedap. Bukan biasa-biasa penyediaan nenas tu. Kita buat dia jadi caramel!

Resepi bread butter pudding mewah ni dikongsikan oleh Irieku June. Satu persatu step yang ditunjukkan yang mudah je nak ikut. Hasil bread pudding beliau tebal penuh isi dan memang nampak sangat menyelerakan.

Bread butter pudding ni nanti akan dihidangkan dengan kuah kastard macam hidangan roti puding biasa. Yang specialnya nanti, akan ada lapisan nenas caramel di atasnya.

Rugi kalau tak cuba. Sesuai sangat nak buat hidangan 1 family atau untuk tetamu. Musim raya nanti bolehlah jadikan salah satu hidangan dessert tetamu. Jom kita tengok cara membuatnya.

 

RESEPI BREAD BUTTER PUDDING

Untuk resepi ni, caramel nenas akan dimasak dahulu dan akan berada di lapisan paling bawah masa dibakar nanti. Selepas siap dibakar, mangkuk akan diterbalikkan dan lapisan nenas tu akan berada di atas. Cantik dan nampak menyelerakan bila dihidangkan nanti.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Roti 7 keping
  • Gula 1 cawan
  • Susu segar 2 ½ cawan
  • Beri hitam 15-20 biji
  • Nenas ¼ biji
  • Telur 3 biji
  • Esen vanila 2 penutup kecil

Cara buat caramelized nenas:

▶️ Mula-mula susun nenas di dalam mangkuk.

▶️ Kemudian masukkan air sedikit.

▶️ Masukkan pula gula 5 sudu besar.

▶️ Masakkan atas api hingga keperangan.

▶️ Selepas tu buat puding roti.

Cara penyediaan puding roti:

▶️ Sediakan blender, dan masukkan susu segar, gula, telur, dan vanila esen ke dalamnya.

▶️ Kisar selama lebih kurang 3 minit atau sehingga adunan sebati.

▶️ Susun roti yang dah siap dipotong ke dalam mangkuk yang nenas dah dimasak tadi.

▶️ Susun beri hitam. Bagi anda yang nak gunakan kismis pun boleh juga. Atau buah-buahan lain yang sesuai.

▶️ Kemudian tuang adunan yang dah siap dikisar.

▶️ Biarkan sehingga roti menyerap kesemua adunan.

▶️ Sambil tu panaskan siap-siap oven.

▶️ Bakar dengan teknik double boil iaitu lapiskan dengan 1 lagi bekas berisi air. Bakar pada suhu 200’. Gunakan api atas selama 30 minit dan 10 minit api bawah.

▶️ Dah siap dibakar, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk seketika.

▶️ Selepas dah sejuk, terbalikkan mangkuk. Lapisan nenas akan berada di atas.

▶️ Potong, dan sedia dihidangkan dengan sos kastard.

▶️ Penyediaan sos kastard boleh dibuat masa menunggu puding roti masak dalam oven tadi.

 

Bahan-bahan sos kastard:
  • Susu 1 cawan
  • Gula ½ cawan
  • Tepung kastard 2 sudu besar
  • Vanila esen 1 penutup kecil

 

Cara buat sos kastard:

▶️ Panaskan periuk, kemudian masukkan kesemua bahan ke dalamnya.

▶️ Masak sehingga kuah menjadi pekat.

▶️ Perlu sentiasa kacau untuk elakkan sos melekat dan hangit.

▶️ Dah siap boleh sejukkan sekejap.

▶️ Tuangkan atas puding roti yang dah saip dipotong untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Apam Nasi Gebu Dan Lembut. Mudah Sangat Guna Sukatan Cawan!

 

Nyummyy, sedapnya bread butter pudding yang ada caramel nenas ni. Bila dituang pula sos kastard, nikmat betul rasa dia. Macam makan kat hotel atau restoran mewah pulak!

Kombinasi puding roti, beri hitam dan caramel nenas tu buatkan cukup rasa lemak, manis, dan masam. Bila dibuat tebal-tebal pula dalam mangkuk, lagi puas makan!

Bagi yang nak kan pencuci mulut sedap dan mewah macam ni, bolehlah cuba ikut resepi yang dikongsikan. Nanti boleh dihidangkan buat tetamu. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.