https://grandhusky.com/

giok77

https://wildcatsportswearchico.com/

https://www.finishingtouchtopeka.com/

slot gacor

slot777

slot server thailand

robopragma

slot nexus engine

sbobet

https://foundationcarepharmacy.com/

https://www.restaurant-odyssey.com/

slot mahjong ways

spaceman

slot spaceman

joker123

slot starlight princess

slot qris

slot deposit 25 bonus 25

sicbo online uang asli

slot rujak

slot thailand

slot gates of Olympus

bonus new member

power of ninja

slot bet 100

slot qris 5000

slot deposit 10000

slot deposit 10 ribu

joker123

https://leenailspain.com/

slot deposit qris

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Brownies Red Velvet. Siap Ada Lapisan Cheese. Sedap, Moist Dan Gebu.

0 841

Tiap kali nak buat kek mesti rasa seram je kan? Takut tak menjadi. Tapi kalau ikut stepnya satu persatu mesti jadi. Buat kek ni boleh jadi ketagih kalau buat tu hasilnya sedap, cantik. Puas hati dapat makan hasil tangan sendiri. Lagi-lagi kalau buat resepi brownies red velvet ni.

Yelah, kalau kat luar entah berapa ringgitlah orang jual brownies ni. Ada pula lapisan cheese yang sedap berlemak-lemak. Mahu puluh ringgit juga sekali order. Buat sendiri ni puas hati. Makan puas sampai ke malam.

Bak kata orang satu pencapaian diri juga kalau menjadi buat brownies sedap dan lawa macam kedai kek. Brownies red velvet dari perkongsian Tyra Manan ni antara yang sedap, moist dan gebu anda boleh cuba.

Tapi kena ikutlah bahan dan caranya satu persatu. Jangan derhaka resepi pula. Brownies red velvet ni jarang orang buat. Selalunya kebanyakan buat brownies coklat.

Tapi kalau anda nak tau sebenarnya red velvet ni terhasil dari campuran serbuk koko, buttermilk dan cuka. Maka terhasillah kek atau brownies yang merah pekat. Kadang-kadang nak ke arah coklat warnanya.

 

RESEPI BROWNIES RED VELVET

Rasanya unik, sedap dan wangi. Tambah pula lagi ada lapisan cheese yang melengkapkan lagi rasanya. Sebab tu brownies macam ni selalu dijadikan pencuci mulut atau dessert kat majlis-majlis atau hotel.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 250 gram tepung gandum
  • 15 gram serbuk koko
  • ½ sudu teh baking powder

*Ketiga-tiga bahan ni ayakkan bersama.

  • 130 gram butter
  • 250 gram gula halus
  • 2 biji telur gred A
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 240 gram buttermilk
  • ½ sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh cuka

*Nak buat buttermilk ni ada caranya. Kena ada:

  • 240 gram susu full cream
  • 1 sudu teh cuka
  • 1 sudu besar pewarna merah

– Caranya, campurkan ketiga-tiga bahan ni dan biarkan dalam 5-10 minit sebelum masukkan dalam adunan.

*Untuk cuka dan soda bikarbonat pula, campurkan kedua-duanya dan tunggu sampai hilang buih baru masukkan dalam adunan. Nanti akan dimasukkan akhir sekali bila adunan dah siap.

Cara buat lapisan red velvet:

▶️ Mula-mula cairkan butter dalam periuk/pan dulu.

▶️ Lepas dah cair, tutup api.

▶️ Masa butter masih panas ni, masukkan gula.

▶️ Kemudian masukkan telur satu persatu dan juga esen vanilla.

▶️ Kacau sampai gula larut.

▶️ Masukkan bahan tepung yang telah diayak.

▶️ Tepung dimasukkan berselang seli dengan buttermilk yang telah dibancuh tadi.

▶️ Akhir sekali baru masukkan bancuhan cuka dan soda bikarbonat.

▶️ Ambil sikit adunan dan ketepikan. Nanti boleh guna untuk hiasan atas lapisan cheese.

▶️ Sediakan loyang saiz 10 inch dan masukkan adunan ke dalamnya.

▶️ Bakar selama 25 ke 30 minit dengan suhu 185’c (ikut oven masing-masing).

▶️ Jangan lupa sebelum masukkan loyang tu oven dah dipanaskan siap-siap.

▶️ Sementara tengah tunggu masak, buat lapisan cheese pula.

Bahan-bahan lapisan cheese:
  • 375 gram cream cheese
  • 180 gram gula halus
  • 2 sudu besar whipping cream
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 2 biji telur

Cara buat lapisan cheese:

▶️ Masukkan cream cheese dalam mixer dan putar sampai berkrim.

▶️ Lepas tu masukkan gula dan putar sampai sebati.

▶️ Masukkan telur dan jus lemon pula.

▶️ Akhir sekali masukkan tepung gandum dan whipping cream.

▶️ Bila kek mula-mula tadi dah masak, sejukkan sekejap.

▶️ Lepas tu baru tuangkan adunan cheese di atas kek.

▶️ Corakkanlah lapisan cheese ni ikut kreativiti anda.

▶️ Lepas tu bakar sekali lagi dengan teknik stim bath selama 30 minit pada suhu 160’c.

▶️ Dah siap.

 

BACA JUGA: Cadbury Brownies Ala Dip N Dip, Dengan Topping Coklat Leleh. Lagi Puas Buat Sendiri.

 

Bukan je sedap, cantik pula paras rupa kek rownies ni. Dapat hasil macam ni memang puas hati. Nikmat makan kek yang moist dan gebu.

Buat untuk tetamu memang sesuai. Biasanya sebut brownies je orang tau rasanya sedap dan moist. Yang ini lagi special siap ada lapisan cheese yang berhias pula.

Serius tak rugi cuba. Nanti hujung minggu ni cubalah buat brownies red velvet ni. Dapat bagi keluarga menikmati dessert istimewa kali ni. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.